🎶 CHAPTER 38 🎶
"So what!Kau takkan dapat lakukan apa-apa selagi ianya bukan salah aku."sengih Redd selepas sedar dari terkejutnya.Seth melepaskan dengusan mengejeknya dibuat balasan itu. Waktu itu dia hampir seinci rapat hendak hilang kesabaran dan menumbuk muka berlagak Redd. Kalau bukan mengenangkan dia hargai tangannya yang berharga memang dah hancur Redd dia kerjakan sekarang ni. "Bukan salah kau?Kalau bukan salah kau...semua ni takkan terjadi!"
"Betul!Lana cakap tadi Puteri Aria kata dia bubarkan kumpulan tu kerana tak suka pada Liana. Dan semuanya gara-gara perasaan suka Puteria Aria pada Redd. Puteri Aria cemburu sebab dia dapat tahu Redd sukakan Liana bukannya dia. Untuk tu Puteri Aria balas dendam dengan keluarkan kami bertiga dari kumpulan quadruplet tu dan rampas semua event persembahan kita orang..."tambah Mathias.
Mata Redd menjeling marah ke arah Mathias bila lelaki tu sampaikan hal sebenar kepada Seth. Memang sengaja tau Mathias ni. Nak tambah minyak atas api yang sedia membara ni!
"Apa dia?"Seth toleh memandang Mathias dengan mula 'what the f!' bila dengar semua tu.
"Puteri Aria?Buat semua ni sebab jelous dengan Liana hanya kerana Redd reject perasaan suka dia?"timbul urat belirat di pelipisnya waktu itu. Seth kembali memandang Redd lalu mencekak pinggang tak percaya. "Wow..kau memang something kan."sengihnya semasa lirik akan Redd dari atas ke bawah.
"Jangan kau nak mulakannya Seth!" deram Redd memberi amaran.
"Aku tak cakap apa-apa."Seth angkat tangan surrender. Dia hampir hendak ketawa di situ. "Better kau jauhkan diri dari Liana lepas ni Redd!Perangai Puteri Aria tu tak dijangka. Kalau dia nak sesuatu dia akan dapatkannya tak kira apa sekalipun caranya. Jadi sebelum apa-apa berlaku pada Liana...better kau berhenti cuba dekati Liana lagi."
Redd terus bergerak mendekati Seth. Tidak teragak-agak dia hayunkan penumbuknya ke depan muka Seth akibat tidak lagi dapat membendung rasa amarah yang berasak di dalam dada waktu itu. Dia tercabar kerana Seth berani mengarahkan dia jauhkan diri dari Liana! Hak dia!Keputusan dia!Sama ada nak jauhkan diri dari Liana ataupun tidak.
"Seth!"panggil Mathias apabila Seth terjatuh ke belakang. "Kau ni kan Redd!Memang melampau!"terus dia sergah Redd. Penumbuknya di hayun kemuka tu.
BUK!
Mathias tersandar pada meja belajarnya, hampir hendak terjatuh tapi dia sempat pegang meja sebagai sokongan apabila Redd terlebih dahulu menumbuk pipi kirinya tanpa di duga.
"Aku dah muak dengan kau orang berdua! Yang suka menyalahkan aku tanpa bukti!Berapa kali aku nak beritahu!Bukan salah aku!Bukan salah aku la!Apa ke bebal sangat kau orang berdua nak faham!"beritahu Redd termengah-mengah.
Mathias lekas-lekas bangun. Tanpa membuang masa dia hayun penumbuknya ke arah Redd lalu ianya hinggap ke perut lelaki itu hingga menyebatkan Redd tunduk ke bawah. Selepas itu dia cekau kolar baju Redd dan mencampak lelaki itu jatuh ke lantai lalu menghempap badan tu dari atas sebelum menumbuk muka tu beberapa kali..
"Cukup Mathias!"arah Seth sambil memegang tepi bibirnya. Ada darah terpalit di celah bibirnya yang pecah dek tumbukan Redd tadi.
"UrgGH!"kasar-kasar Mathias mengerang. Dia bangun dari Redd sambil genggam kepalan penumbuknya dengan kuat.
Redd yang dipukul Mathias tadi terbaring atas lantai tu tidak bergerak. Lelaki itu hanya terbatuk-batuk memandang siling dengan nafas naik turun kencangnya. Jadi kebas seluruh badan dia waktu itu kerana puas hati dapat lepaskan geram yang selama ini berbuku di dalam dada.
Seth berdiri di situ. Memandang keadaan Redd dengan perasaan bercampur baur. Marah ada kesian pun ada. Tapi paling banyak adalah kesal.
"Kau sebagai lelaki yang dah dewasa patut tahu nak buat keputusan dan bertindak dengan matang. Bukan kebudak-budakan Redd. Ingat sikit. Umur kau tu 19 tahun. Bukan 9 tahun."beritahu Seth dengan nada marahnya. Dia boleh aje melawan dan tumbuk Redd semula. Tapi tidak. Bagi Seth kekerasan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah atau isu. Tindakan Redd tadi adalah refleks lelaki itu kerana terlalu marah dan dalam keadaan tidak rasional. Dia faham. Sebab itu Seth tidak melawan. "Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau sampai kau provoke Puteri Aria hingga libatkan Liana dan yang lain dalam masalah. Apa aku tahu...kau betulkan semula keadaan ni. Jangan sampai aku yang masuk campur."
Mathias menggulum lidah lalu menelan air liur dengan marah. Hampir aje dia nak ludah muka Redd saat itu.
"Ini adalah amaran terakhir aku pada kau Redd. Sekali lagi kau buat apa-apa yang menyakiti hati Liana dan orang sekeliling dia. Aku takkan teragak-agak untuk lakukan hal yang sama dekat kau!"
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
Damn!
all the male lead make me confused which one is better!
Hahaha! Dah ter bias dekat Seth pulak.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...