🎶 CHAPTER 92 🎶Sambil diperhatikan oleh Seth dari jauh, dua orang itu duduk di bangku saling bersebelahan berhadapan dengan laman berumput akademi di situ.
"Apa awak cakap tadi?"
"Ya.."dengan kesal Redd cengkam rambut dia saat tunduk menopang siku atas kaki. "Saya sendiri baru sedar.."
Serius la?
Liana pandang Redd dengan mata Terkedip-kedip laju tidak faham. "Tapi kenapa awak beritahu saya semua ni?"
"Sebab awak aje yang boleh tolong saya sekarang ni"Redd angkat kepala dia yang serabut dibuat tangannya tadi. Rambutnya sudah berselerak ke merata arah tidak terurus.
Waktu itu Liana tercengang tidak tahu hendak katakan apa kerana terkejut akan kenyataan Redd sebentar tadi. Dia langsung tidak menjangka hal tersebut memandangkan Redd yang dulu beria tidak mahukannya.
"Tolong la Lia....bantu saya untuk bercakap dengan Puteri Aria semula."rayu Redd.
"Awak nak saya cakap apa dengan Aria?Awak tahu kan perangai degil dia macam mana?"Liana pandang tak percaya akan Redd. Masakan tidak, lelaki depannya ini baru sahaja beritahu bahawa Redd mahu get back semula dengan Puteri Aria kerana baru sedar selama ini Redd telah menyukai kehadiran Puteri Aria disampingnya. Dan sekarang Redd sedang frust sebab Puteri Aria sering didekati pelajar lelaki lain yang mahu jadi pasangan Puteri Aria. "Serius Redd...saya tak faham dengan awak.."
"Saya pun tak faham dengan diri saya Lia..."
Liana pegang lengan Redd saat menjenguk ke tepi melihat wajah sugul Redd. Dia sendiri tak tahu nak apakan lagi. "Awak nak apa sebenarnya ni Redd?"
Redd melepaskan keluhan kesal saat sandar ke belakang. Dia pandang letih ke depan dengan kening mencerun kejengkelan. Dia sebenarnya sedang binggung. Sejak hari Puteri Aria memutuskan hubungan mereka, entah kenapa hatinya tidak tenang. Sepanjang masa berasa rimas dan kejengkelan tanpa sebab. Malah dia rasa benci dan iri bila Nampak Puteri Aria senyum dan ketawa dengan orang lain bukan pada dia!
"Saya nak hilangkan rasa sesak dekat dada ni Lia...saya rimas.."keluhnya. '
Liana tersenyum kecil.
"Hari tu masa Puteri Aria beria mahu dekati awak...awak tolak dia. Masa Puteri Aria cakap dia sukakan awak, awak reject dia...bila Puteri Aria ada dekat sisi awak, awak berkelakuan seperti Puteri Aria tidak wujud depan mata awak...sekarang bila orang tu dah menjauh baru awak nak terkial-kial mencari..."
Redd berkerut kening susah hatinya. "Lia...."rengeknya kekesalan bila Liana mengungkit tindakan lepas dia pada Puteri Aria itu. "Awak nak bantu saya atau nak tambah kan lagi susah hati saya ni?"
"Salah ke saya cakap?"Liana ketawa kerana seronok menyakat.
"Saya tengah serius ni...awak boleh pulak ketawa?"Redd bercemberut geram.
"Ya...ya..sorry."Liana mengangguk-angguk kepala masih tersenyum kerana tahan diri dari ketawa. "Sejak bila awak rasakan semua ni?"
"Sejak kami break up..."
"Dan awak tak tahan sebab awak rindukan Puteri Aria sekarang ni?"
Redd beri renungan tak terkatanya bila Liana asyik ulang-ulang apa yang dia sampaikan tadi. "Awak nak saya ulang berapa kali?Ya!Saya rindukan Puteri Aria dan mahu get back semula dengan dia sebab saya sedar saya dah sukakan dia. Boleh awak bantu saya untuk bercakap dengan Puteri Aria!"ulang dia selagi lagi kebengangan.
Meledak ketawa Liana dibuatnya.
"Hahaha...kalau ya pun jangan la jegilkan mata macam tu dekat saya. Bukan salah saya kalau awak sedang angaukan Puteri Aria sekarang ni"
"Awak nak tolong saya ke tidak ni?"
Liana masih ketawanya sampai pegang perut sebab senak.
"Hentikannya Lia. Ianya tidak lucu!"deram Redd di balik ketapan gigi.
Sambil ketawa sambil menggeleng kepala kerana dia tidak tahan."Saya tak tahu awak nak saya buat apa sekarang ni Redd....Kalau rindu pergi la jumpa..apa yang susahnya?"beritahu Liana sambil ketawa.
"Itu yang buat saya serabut sekarang ni.."
"Kenapa?Apa yang nak diserabutkan?Ke ego awak terlalu tinggi sampaikan awak rasa rendah diri kalau bertemu dengan Puteri Aria kerana awak rindu pada dia?"
"Saya beria cakap saya bencikan dia hari tu..."cebik Redd mengutil kuku jarinya kerana kekok.
Terkekek-kekek Liana dekat situ ketawa hingga kepalanya terdongak ke belakang. "Hahaha...kenapa awak berdua ni comel sangat. Tak tahan la...seorang kata suka seorang kata rindu...tapi dua-dua keras kepala...degil tak nak jumpa antara satu sama lain dulu...hahaha..."
Tersengih Redd lepas tu kerana Liana ketawa. "Jangan la ketawa...saya tengah malu awak boleh pulak gelakkan saya.."
Liana galak ketawa kerana tidak boleh nak bendung perasaan lucu dia waktu itu.
"Tolong saya ya Lia.."
"Tak nak!Awak uruskan sendiri...awak yang salahkan..buat apa suruh saya.."ketawa Liana.
"Dia kan adik teman lelaki awak...mesti la Puteri Aria dengar awak dengan baik.."
"Tak ada...tak ada...saya tak nak."
Ketika itu jugalah Puteri Aria kebetulan melintasi koridor menghadap tempat dimana Liana dan Redd sedang duduk. Oleh kerana kedudukan dia itu betul-betul jelas, Puteri Aria menangkap suara ketawa Liana dan suara Redd dari situ. Hal itu buatkan dia berhenti serta merta dari berjalan untuk lihat ke arah Redd. Wajah yang dia rindui selama itu di pandang lama dengan renungan redup.
Apa aje la yang Redd dan Liana bualkan itu?nampak macam happy aje?
"Puteri Aria?"sentak rakan sekelasnya tiba-tiba di sebelah. "Ada apa?"
"Tak ada apa-apa..."ujar Puteri Aria sebelum menyambung langkahnya sesaat kemudian. Dia peluk bukunya rapat ke dada dengan muka merajuknya. Lantak la situ. Dia dan Redd sudah tiada apa-apa lagi hubungan!
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...