📜Join📜

643 92 2
                                    

🎶 CHAPTER 34 🎶

Matahari tegak memancar pada hari itu, para pelajar yang mempunyai kelas berasingan dengan matapelajaran seni telah memenuhi kawasan lapang dan padang untuk berolahraga. Selain pelajar seni, pelajar dari kelas muzik juga terlibat dengan aktiviti tersebut.

Terutama sekali pelajar yang menggunakan alat perkusi wind iaitu alat muzik yang melibatkan Teknik meniup dan kawalan nafas. Biasanya bagi pelajar yang menggunakan alat muzik ini, mereka perlu mempunyai kemahiran kawalan nafas yang baik serta kapisiti paru-paru yang sangat tinggi.

Untuk memastikan tune tidak lari, latihan pernafasan terutama sekali dengan berjoging adalah Teknik yang sangat penting. Jadi kebanyakan pelajar yang menggunakan alat instrument wind kerap bersenam dan berjoging keliling trek sebagai rutin.

Disebabkan hal itu, mereka yang tidak terlibat pun sanggup berjemur di bawah matahari semata hendak mencuci mata gara-gara kehadiran abang-abang senior di kawasan padang dan terutama sekali trek larian. Kebanyakannya adalah pelajar junior.

Antara ramai-ramai pelajar yang bersepah atas padang dan sekitar trek, kelihatan tiga sekawan sedang berborak di tepi trek yang redup di payungi dengan pokok-pokok sepanjang laluan itu.

         "Serius la kau cakap?"Lana tercungap-cungap.

         "Yalah..."angguk Liana memandang ke depan. Dia tidak kepenatan cuma mukanya saja kemerahan.

Mathias masih steady lagi walaupun sudah keliling trek dua kali.

Mathias dan Lana berjoging di kanan dan kiri Liana waktu itu. Mereka bertiga sebenarnya ada kelas latihan dengan kelas perkusi String tapi Liana malas itu yang ajak mereka berjoging.

           "Kau akan join pertandingan tu?"Lana kesat peluh yang merintik di sekitar leher dengan lengan baju sukannya itu.

          "Iya..berapa kali nak aku beritahu?"

          "Aku tak boleh nak join sebab ada exam. So...aku boleh sokong aje dari belakang.." Mathias beritahu.

          "Tak apa. Lana dah beritahu."

Tidak lama selepas itu mereka bertiga berhenti dari berjoging dan hanya berjalan saja. Melewati para pelajar lain yang sedang berolahraga di situ. Sama ada di atas trek mahupun atas padang.

Liana mengerling sekitar kawasan itu sebelum ternampak kelas dimana Redd berada. Macam mana dia boleh nampak? Obvious sangat la sebab ada payung logo diraja dekat tengah-tengah kumpulan tu. Puteri Aria berkepit dengan Redd.

        "Kau nampak tu?Bukan main lagi tuan puteri kita tu ke hulu hilir berkepit dengan Redd?Berbulu pulak mata kita tengok.." seloroh Lana menyentak fokus Liana. Gadis itu mencekak pinggang. Cuba hendak hilangkan senak di perut kerana penat berlari.

Liana berdengus kecil kerana berasa lucu mengingatkan situasi Redd confess kepadanya. Entah apa yang lelaki tu fikir dia tak tahu. Tiba-tiba aje kata suka dekat dia?Rasa dia nak jawab apa?

Of course la speechless. Benda tiba-tiba kut....siapa aje sedia. Memang malam tu dia blah tak cakap apa-apa la jawabnya.

        "Biarkan la dia..janji tak ganggu hidup aku lagi sudah."Liana tarik zip hoodie baju sukannya itu ke bawah sebelum menanggalkannya ia dari tubuhnya kerana sudah kuyup dengan peluh. Mendedahkan badannya yang hanya mengenakan t-shirt putih fit bentuk badan.

         "Oh ya...cakap pasal Redd. Aku dengar malam semalam kau temankan dia masuk istana, betul ke?"Mathias bersuara pula.

         "Ha'ah...yang kelakarnya Puteri Aria lepas nampak aku dekat situ, she look me like she can split me in half with her murder look." Liana buat dua jari dekat mata sambil kecilkan matanya semasa pandang Lana.

        "Apa kau ni!Hahaha.."Lana ketawa bila Liana bawa jari tu nak dikenakan pada matanya.

        "Ya wei...dia pandang aku macam ni..macam ada laser boleh keluar dari mata dia..."ajuk Liana buat mata yang menyebabkan Lana semakin galak ketawa.

Mathias pandang ke kanan bila dia terdengar bunyi derap kaki seragam orang bergerak dalam kumpulan. Rupa-rupanya,

          "Seth!"panggil Mathias apabila melihat lelaki dengan singlet hitam paling hadapan sekali sedang berjoging dalam barisan.

Waktu itu Liana dan Lana tidak perasan kerana mereka berdua sedang bergurau. Cuba hendak mencucuk jari ke mata dan lubang hidung masing-masing. Liana pula cabar hendak gigit jari Lana.

           "Kau orang ada sekali dekat sini?"Seth berpisah dari kumpulannya itu lalu berhenti di depan Mathias.

           "Ha'ah...Lia ajak jogging sebab dia malas berlatih.."Mathias tunding ibu jari ke balik bahunya.

Seth tersenyum, dia mengerling sekejap ke belakang Mathias untuk melihat Liana. Tapi gadis itu sedang bergurau dengan Lana, tidak mahu menganggu dia kembali memandang Mathias.

            "Aku dengar kelas kau orang belum ada yang sertai pertandingan muse diraja tu?"soal Seth.

            "Belum..kebanyakan budak kelas aku budak kelas seni...tadi Liana ada beritahu aku dia nak join pertandingan tu nanti."

            "Memangnya dia tak nak join ke?"

             "Awalnya hari tu cakap tak nak... baru tadi dia cakap dia nak join. Kau join tak?"

             Suara tawa Liana dan Lana kedengaran saat Seth berkata. "Aku masih dalam pertimbangan lagi. Kalau Liana confirm untuk join..maybe aku join."

Sedang mereka berbual waktu itulah Liana dan Lana muncul, mereka berdua saling berkejaran mengelilingi Seth serta Mathias.

            "Ke sini kau!Berani kau bagi ludah dekat aku!"marah Lana.

             Liana sembunyi di belakang Seth. Memegang tepi lengan tu hendak elak dirinya dari di tangkap. "Hahaha...kau yang bagi tahi hidung kau dekat aku!"

            "Siapa yang mulakan dulu!"Lana cuba terkam ke tepi Seth tapi Liana larikan diri ke kanan dengan laju.

           "Aku belum sentuh kau tadi...lepas kau buat aku baru aku balas balik!"ketawa Liana saat berdiri di celah Mathias dan Seth semasa Lana cuba capai dia dari tepi.

Waktu dua orang gadis tersebut saling bergelut hendak dapatkan satu sama lain, Seth dan Mathias langsung tidak terganggu dengan lagat mereka berdua. Seakan bukan apa-apa, mereka terus berborak.

🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now