📜Nak Jugak!📜

650 89 7
                                    


🎶 CHAPTER 99 🎶


Alunan lagu dari piano bergema dalam bilik studio Redd semasa lelaki itu sedang tekun memainkan note muzik dari kertas di hadapannya. Mata berbulu mata lentik itu gerak naik turun memandang note silih ganti papan kekunci piano di bawah tangan. Jari jemarinya bergerak dengan elegan setiap kali menekan kekunci hitam putih di situ menghasilkan melodi klasik.

Kalau sesiapa tahu mengenal alunan muzik yang dimainkan pasti orang akan tahu betapa sedihnya lagu itu kedengaran. ianya ibarat memberitahu yang memetik lagu itu sendiri sedang bersedih sedangkan rentak yang dimainkan sama saja seperti note lagu yang lain.

Redd tekan dan tekan setiap kekunci di situ bersama renungan dingin setiap kali dia memainkan lagu. Riak wajahnya tiada ekspresi.

DING!

Tangan Redd berhenti mendadak diatas satu daripada kekunci piano apabila dia termenung tidak bergerak untuk seketika. Rahangnya berketik! Dia berasa kesal sebab bila difikirkan balik alasan kenapa dia ikuti pertandingan Muse Diraja ini kerana Puteri Aria yang beria mahu melihat dirinya naik ke pentas dan membuat persembahan. Namun setelah difikirkan semula, buat apa dia lakukan semua ni kalau Puteri Aria tidak lagi berminat terhadap dirinya.

            "Sound so sad for me..."suara lembut menyapa tidak semena.

Dengan nafas tertahan Redd serta merta mengangkat kepalanya lalu pandang ke arah pintu dimana Puteri Aria sedang bersandar pada dinding dengan tangan bersilang di dada menghadapnya. Redd kelu tak terkata.

Apa yang dah berlaku?

Kenapa Puteri Aria ada dekat situ?

Sejak bila Puteri Aria berada di depan pintu?

Pelbagai soalan bermain dalam kepala Redd sampaikan dia jadi tak keruan.

           "Did I bother you?Should I leave?"sambil bertanya Puteri Aria tolak badan dari dinding lantas mengatur langkah ke arah piano dimana Redd sedang berada.

             Untuk seketika Redd tidak mengatakan apa-apa, lelaki itu hanya diam dan memerhatikan gerak geri Puteri Aria menghampiri dia. Waktu itu dia mula di hurung dengan rasa sebak. "Tak.."jawabnya perlahan.

Puteri Aria melirik kekok sekeliling bilik itu.

              "Sorry saya datang tak beritahu...kebetulan saya lintas sini, dengar alunan lagu senior."perlahan-lahan Puteri Aria berhentikan dirinya di bahagian belakang kerusi piano Redd sebelum duduk di samping Redd. Selepas itu dia mendiamkan diri. Dia hanya tunduk termenung memandang hujung kasut di kaki.

Dan Redd pula hanya diam memandang Puteri Aria.

Mereka berdua saling berdiamkan diri kerana masing-masing jadi kelu tak terkata bila berada dekat begitu.

             Sambil memandang tangan Puteri Aria yang terletak di kerusi sebelahnya, dia bersuara."Liana ke yang suruh tuan puteri ke sini?"Redd memecah kesunyian di antara mereka berdua tidak lama kemudian. Hati dia waktu terdetik hendak mencapai tangan tu lalu diramas dengan eratnya. Tapi dikawal sebaik mungkin.

           Segan silu, Puteri Aria curi-curi mengerling ke tepi muka Redd. Tak berani nak pandang lama muka tu. "Ha'ah..."

            Hujung bibir Redd terjungkit hendak tersenyum. Dia tidak menyangka Liana benar-benar berjaya memujuk Puteri Aria untuk menemuinya. "Maafkan saya kalau macam tu."ucapnya semasa mengangkat mata. Memandang Puteri Aria dengan rasa serba salah.

Kening Puteri Aria berkerut.

           "Saya tahu saya dah banyak berkasar kepada tuan puteri dan menyakiti hati tuan puteri dengan sikap ego sayasaya tak berhak nak paksa tuan puteri maafkan saya apalagi menerima saya semula. Jadi saya nak minta maaf.."ucap Redd tidak berlengah. "Saya sedar, selama ni saya selalu menolak tuan puteri sedangkan apa yang tuan puteri cuma mahukan adalah perasaan saya"

            "Senior-"

            Redd mengangguk kepala. "Tak apa. Saya faham. Tuan puteri tak perlu jelaskan apa-apa. Kehadiran tuan puteri ke sini pun dah mencukupi. Terima kasih sebab sudi temui saya."

Puteri Aria menjadi bingung di situ. Senior Redd nak temui dirinya?Rasanya dekat sini dia yang mahu temui Senior Redd?

            "Apa maksud awak?Awak nak temui saya?"

             Redd mengangguk kepala. "Ya..saya minta tolong Liana untuk minta tuan puteri temui saya. Sebab tu tuan puteri ke sini?Sebab Liana?"

             Terkebil-kebil Puteri Aria lepas sedar apa yang berlaku masa tu. Dari reaksi muramnya tadi dia tersenyum lebar. Liana telah pancing dia untuk temui Redd...perempuan menyakitkan hati tu buatkan dia yang cari Redd sedangkan dari awal lagi sebenarnya Redd yang hendak menemui diri dia? "Kenapa Senior Redd cari saya?"soalnya semasa tersenyum memandang Redd.

             "Adakah tuan puteri masih bencikan saya?"tanya Redd mata itu mula berkaca.

Puteri Aria diam di situ memandang wajah kacak Redd dengan dalam tanpa berkedip.

              Dengan teragak-agak, Redd akhirnya beranikan diri mencapai tangan Puteri Aria lalu di genggam erat. "Saya sukakan awak, Aria, saya sukakan awak tanpa sedar. Bila awak tinggalkan saya baru saya sedar. Perasaan saya terhadap awak, tapi saya terlalu ego untuk mengakuinya sehinggalah awak tinggalkan saya...so can you forgive me?"Redd dah bersedia. Kalau Puteri Aria menolak dirinya, dia takkan paksa Puteri Aria menerima dirinya, sebab dia tahu selama ni Puteri Aria banyak terasa hati dengan sikap dinginnya.

              Puteri Aria tersenyum saat air mata gembira       mengalir turun ke pipi dia. Dia begitu gembira mendengar kata-kata Redd. Kata-kata yang dia nantikan selama ni. Dia tidak sangka yang perasaan dia akhirnya berbalas jua akhirnya. Ingatkan dia takkan dapat cinta pertama dia sehingga Redd tamat belajar. "Saya terima senior..."angguknya dengan laju. "Saya pun. Saya putuskan hubungan kita sebab saya tak nak buatkan senior bencikan saya...sedangkan saya memang sukakan senior.."nangis dia waktu itu.

             Tidak semena Redd pun ikut menangis saat   menarik Puteri Aria ke dalam pelukannya. Berasa lega kerana puteri Aria tidak menolaknya selepas apa yang dia telah lakukan kepada Puteri Aria. Serius!Dia bersyukur sangat. Kedua-dua tangannya di lingkarkan ke sekeliling badan itu. "Maafkan saya Aria...saya janji saya takkan sakiti awak lagi..."

Puteri Aria mengangguk kepala.

            "Terima kasih senior.."ucap Puteri Aria membalas pelukan itu bersama senyuman di bibir.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now