🎶 CHAPTER 30 🎶
"Sorry!Apa dia tadi master?""Kamu ditugaskan untuk menjadi page turner Redd buat persembahan dia di istana esok."
Tf!
Liana pandang penuh kengerian pada Master Luciana di hadapannya waktu itu. Tak tahu la dia salah langkah keluar bilik hari ni ke apa...tiba-tiba aje dapat berita malang begini?
Memangnya tiada orang lain apa dekat dalam akademi ni?
Bukan main besar lagi tu campus ni, takkan la dia jugak yang terpilih?
"Kenapa saya?"
"Sebab Redd sendiri yang minta kamu untuk menemani dia ke istana"Master Luciana memberikan Liana satu buku not muzik selepas dia keluarkannya dari laci."Ramai lagi kut orang yang nak jadi page turner dia...kenapa saya pulak?"Liana menyilang tangannya ke dada tanda protes. Tak gemar betul la dia kalau hal-hal melibatkan Si Hering tu.
"Liana..master tahu kamu tidak suka pada Redd..tapi please. Ini penting kerana membawa nama baik akademi kita...tolak ke tepi sekejap perasaan tak suka kamu tu pada Redd." Master Luciana menyua sekali lagi buku itu bila Liana enggan mengambilnya.
"Ughh!"Dengan malas Liana capai jugak buku itu lalu tunduk menyelaknya satu persatu muka surat buku tersebut. "What?Empat buah lagu?"tanya dia selepas membaca nama lagu yang perlu dipersembahkan oleh Redd.
Here we are...
Berdiri di depan pintu masuk itu, Liana disebelah Redd sudah ternganga kerana berasa kagum akan kemegahan istana tersebut di waktu malam, terutama sekali bila berdepan begini.
"Woah.."serunya dengan perlahan.
Redd di sebelah Liana tersenyum. Dua hari jugak la dia cuba dapatkan Liana untuk beri kerjasama kepadanya untuk ikut dia masuk ke istana. Sedia maklum dengan sikap keras kepala Liana, Redd terpaksa tadah telinga untuk bebelan gadis tu..
Waktu itu dua orang pengawal istana muncul di depan Redd dan Liana. Dua orang itu kemudiannya beri tundukkan hormat sebelum ajukan tangan ke arah pintu masuk.
"Silakan.."ujar mereka.
Redd yang sudah terbiasa itu terus pegang belakang Liana. Mengajak gadis itu ikut sama maju ke depan memandang Liana terlalu khusyuk memandang kawasan istana itu. Dia dengan renungan kosongnya melangkah ke arah dalam.
Di samping, Liana pandang kanan dan kiri dengan minat. Pertama kali jejak kaki ke dalam kawasan itu, rasanya kalau Lana ikut sekali mesti rakannya itu tidak senang duduk.
"Terima kasih sebab sudi temani saya ke sini.."bicara Redd di sebelah. "Puteri Aria yang bertegas untuk jemput saya masuk istana hari ni.."
Liana tersentak.
Dia palingkan kepalanya ke tepi lalu berdengus kecil. "Awak tahu tak kalau Puteri Aria tahu saya bersama dengan awak, mahunya tuan puteri tu meroyan..."bisiknya perlahan di tepi lelaki itu. "Kalau apa-apa berlaku, awak tanggung sendiri. Jangan libatkan saya."sudah berapa kali dia beritahu hal ni pada Redd selepas dia diberitahu menjadi page turner Redd. Tapi Redd menjadi Redd, lelaki itu langsung tidak mempedulikan kata-katanya.
"Kenapa awak cakap macam tu..kan saya cakap. Puteri Aria tak seteruk yang awak fikirkan.."
Liana pandang tepi muka Redd dengan reaksi 'what the hell'. Rasanya kali terakhir dia berjumpa dengan Puteri Aria adalah selepas budak kecik tu menengking dan maki dia sebab cuba dekati Redd. Lelaki ni cakap apa? "Saya rasa otak awak ada problem.." jawabnya sebelum palingkan kepala ke kanan setelah tiba di koridor menghala arah Utama ke ruang istana itu.
Redd menarik sengih dengan komen Liana. Dia tidak membalas kerana bersetuju dengan apa yang Liana katakan. Otak dia memang ada problem. Dan problem itu semuanya berpunca dengan gadis bernama Liana Florence.
Setibanya mereka di anak tangga, waktu itu pengawal tadi berhenti dan meninggalkan mereka berdua sendirian untuk daki tangga itu sendiri. "Puteri Aria ada di tingkat satu, bilik ke dua sebelah kanan."
"Baik...terima kasih."tunduk Redd tidak kekok di situ kerana bukan kali pertama dia jejak kaki ke dalam istana tersebut.
Reeya di sebelah sejak tadi hanya perhatikan pengawal yang mengiringi mereka. Kagum dan juga hairan pada masa yang sama. Kagum sebab pengawal tu boleh buat muka kayu tiada emosi sepanjang masa. Hairan kenapa ya pengawal ni hanya iringi mereka sampai ke tangga aje?
"Awak tak nampak janggal ya bila ke sini?"kata Liana semasa pegang tembok batu di tepinya saat mula mendaki tangga. "Oh ya...lupa. Ini bukan pertama kali awak ke istana."
"Memang tak janggal tapi saya berdebar sebab risau.."jawab Redd sambil perhatikan kaki Liana sewaktu gadis itu memijak tangga dengan heel yang dipakai. Risau kalau Liana terpelecok atau tersungkur.
Liana baru sahaja hendak bersuara, sekali tu mata dia terpandang akan bingkai gambar yang tergantung di dinding menghadap tangga setelah tiba di tingkat satu tu. Bagai mahu terlucut jantung dari tangkai setelah lihat akan sepasang mata yang ada di bingkai gambar depannya.
Double take Liana sewaktu mengedipkan mata beberapa kali hendak pastikan dia tidak salah nampak!
"What the hell?"nafas Liana tersekat di kerongkong. Mulutnya tergantung luas.
Redd di belakang Liana ikut berhenti bila Liana tidak lagi berjalan. "Ada apa Lia?"pandangnya ke arah depan di aman Liana sedang lihat. "Oh...ini. Awak mesti belum lihat ahli keluarga Puteri Aria yang lain kan.."dia berdiri di sebelah Liana lepas tu.
HOLY
GUACAMOLE!
WHAT!
THE!
FUDGE!
Tidak terkata kerana begitu terkejut, Liana tidak berkedip dari menilik wajah lelaki yang mengenakan crown atas kepala belakang Raja Genovia. Tak mungkin!
"Depan ni Raja Aryan, sebelahnya adalah Permaisuri Johenah Genovia, di belakang tu Puteri Aria Giovina dan Putera Mahkota Ares Giovanni."beritahu Redd. "Tapi hari ni kita hanya akan berjumpa dengan tuanku permairusi dan Puteri Aria...sebab Raja dan Putera Mahkota ada urusan dekat luar."jelas lelaki itu yang langsung tidak perasan betapa pucatnya muka Liana saat itu.
Liana hampir hendak terduduk di lantai itu kerana begitu kejung sampaikan lututnya hilang daya untuk berdiri. Tapi dia gagahkan diri. Lengan Redd jugak jadi tempat dia bersandar nak sokong diri waktu itu.
"Tak mungkin.."gelengnya cuba menafikan yang selama ini dia bersama dengan Putera Mahkota Ares?Guitar Boy dia?
Jadi sebab itu la!
Guitar Boy tak nak beritahu siapa dirinya kerana lelaki itu adalah Putera Mahkota! Pewaris negeri ni!?
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...