📜Lemah Semangat!📜

649 88 2
                                    

🎶 CHAPTER 73🎶

Malam berlabuh semasa mereka berempat pulang ke bangunan asrama masing-masing. Walaupun penat dan terkejut, mereka happy dengan reaksi masing-masing. Bersama tangan memegang beg barangan yang dibeli, Liana dan Lana menyusuri koridor tu berdua. Disebabkan hari itu hujung minggu, tiada curfew buat pelajar-pelajar untuk outing. Kebanyakan pelajar ada yang pulang ke rumah masing-masing, ada juga yang luangkan masa sampai ke esokkan pagi sebab itu warden tak buat spot check setiap kali hari minggu. Sebab itu dengan selamba mereka berdua jalan masuk ke situ walaupun waktu sudah masuk 10 malam.

          "Aku jelous dengan kau Lia...bukan setakat  ditemani Seth, malah diiringi dengan bodyguard rahsia dari putera mahkota..."komen Lana di sebelah penuh dengan feel fangirl dia.

Jelous kepala mu!

Liana yang sudah lesu kerana penat tidak memberi sebarang komen mengenainya. Kepala dia yang pening dipicit lembut. Bukannya dia suka sangat dengan apa yang berlaku siang tadi. Buat dia rasa tak selesa ada la. Mana tak nya, Seth sepanjang masa tarik muka tak puas hati macam nak cari gaduh dengan orang. Mereka nak ke mana-mana pun tiada mood sebab Mathias asyik desak nak balik awal sebab risaukan keselamatan Lana.

Haih!

What a day!

         "Kau nak tukar tempat dengan aku?Kalau nak aku lagi suka?"tanya Liana tidak lama selepas itu.

         "Ish...ke situ pulak..memang tak la. Aku tak macam kau Liana. Lagipun kan...kau dengan Ares tu dah berbaik ke sampai dia arahkan pengawal diraja keluar istana hanya untuk perhatikan kau?"

          "Mana ada...aku gaduh dengan dia lagi masa last time kita orang jumpa."

           "Pelik betul...macam mana dia tahu kita keluar hari eh?"

Kalau bukan pengawas yang biasa hantar surat dekat dia beritahu rutinnya pada Ares, Liana tidak pasti siapa lagi. Apa yang Liana pasti, Ares masih enggan lepaskan dia lagi sejak dia beritahu yang dia bencikan Ares!Lelaki tu memang sedegil Puteri Aria. Possessive yet so obsessive.

           "Ada la tu yang memerhati...kan dia putera mahkota, kuasa separuh ada dalam tangan dia. Apa-apa urusan dia punya hak.."beritahu Liana sebelum tiba di depan pintu biliknya.

           Lana yang berada tiga pintu dari situ jalan melewati Liana sambil lambai tangan. "Yalah Cik Liana Florence...Goodnight Lia..jumpa esok."pamitnya.

            "Good night Lana..."balas Liana sambil mengocek kunci dari poket seluarnya. Setelah dia memancing keluar kunci pintunya dia gerak hendak memasukkan kuncinya ke tombol tu. Tapi bila dia dah masukkan kunci tu, tombol tu tidak langsung tidak terkunci sebaik dia memulasnya.

Pelik.

Rasanya sebelum keluar dia kunci pintu tadi?

Ke dia perasan sendiri yang dia dah kunci sedangkan tak kunci?

Dengan hairan Liana tolak pintu itu ke dalam. Serta merta mata dia disapa dengan kegelapan. Sebaik saja dia tutup pintu barulah suis lampu dihidupkan.

FLICK!!

Seluruh bilik itu dibias dengan cahaya sesaat kemudian. Membuatkan Liana melompat terkejut dekat depan pintu lepas tengok apa yang ada di atas katil waktu itu.

Like seriously!

Memangnya lelaki ni bayar sewa bilik dia sekali ke?Sesuka hati muncul tak berjemput!

          "Oh my goodness..."lafaz Liana sambil pegang dadanya yang berdegup kencang bagai nak gila. "Apa awak buat dalam gelap macam ni Ares?"soalnya dengan nada tak percaya.

Di atas katil tu, Ares sedang duduk bersila sambil sandar ke belakang dengan sebelah kaki tegak, sebelah lagi di silakan ke bawah. Memandang ke arah Liana dengan renungan gelapnya. Tangan kiri lelaki itu tergantung pada lutut kaki kiri yang ditegakkan.

Long short...he's look tempting!

           "Ingat bilik saya ni apa?Yang awak boleh keluar masuk macam tu aje?You a crown prince for god sake!"keluh Liana sebab terkejutnya tadi.

            "Seronok nampaknya kau keluar lepas mengaku kau bencikan aku?"selorohnya saat perhatikan langkah Liana melakukan itu dan ini di keliling bilik tu.

             "Awak nampak saya tengah happy ke sekarang?"pandang Liana semasa tanggalkan kardigen dari badan lalu disangkut pada hanger.

              "You seem happy. Salah ke aku cakap?"

Banyak salahnya!

Liana mengetap gigi menahan sabar. Dia masih tak biasa dengan sikap sebenar Ares ni. Serius!Dia takut tapi tak boleh nak tunjuk sangat. Risau kalau Ares akan pergunakan dirinya. Macam tak percaya yang depan dia ni adalah lelaki sama yang dia pernah panggil sebagai Guitar Boy!

            "Boleh tak berhenti muncul tiba-tiba macam pencuri?Kalau orang nampak macam mana?"pintu almari di buka. "Lama-lama lemah semangat saya macam ni..!"

             "Biarlah...biar semua orang tahu kau tu siapa..."balas Ares memerhatikan belakang badan Liana yang hanya mengenakan tank top hitam dan skinny jean hitam. Setiap kali gadis itu bergerak pakaian itu terangkat sedikit. Mendedahkan sebahagian pinggang dan perut tu.

              Lantas Liana gerak ke arah katil tu, berdiri sambil menyilang tangan ke dada. Keningnya mencerun marah. "Apa yang awak fikir awak cuba lakukan?Awak cuba letakkan saya dalam situasi yang lagi sukar ke apa?" tanya dia.

              Terus mata Ares gerak turun memandang tangan kanan Liana. "Kau marah sebab aku kacau date kau dengan Seth ke?"dia tolak diri dari sandarnya lalu bersila dengan betul di atas katil tu. masih memandang Liana dengan tatapan dinginnya.

            "Jangan nak tukar topik Ares...bukan itu soalnya sekarang."Liana tunduk capai bantal kecil di katil hanya untuk di lempar ke Ares. Tapi lelaki tu sedikit pun tidak terganggu. "Soalnya sekarang, saya tahu awak tu putera mahkota. At least jangan salah guna kuasa awak untuk orang biasa macam saya ni..?Apa kata orang nanti kalau mereka dapat tahu awak bazirkan tenaga bodyguard yang sepatutnya jaga keselamatan awak untuk perhatikan saya dalam diam?"

               "Ace beritahu aku kau kena bentak lepas lelaki  keparat entah siapa tu sentuh kau?"kepala Ares terlentok sedikit semasa dia pandang Liana.

Liana terpandang kening kiri Ares yang terjungkit semasa dia bertentang mata dengan muka handsome tu. Kenapa dia Nampak macam Ares bangga lakukan semua ni?

               "Awak buat saya tak selesa dengan semua layanan ni Ares. Jadi hentikannya sebelum ia ketahuan dengan Permaisuri Johenah dan Puteri Aria. Mereka berdua sedia tak suka dengan saya...jangan ditambahkan lagi perasaan benci mereka tu.."

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now