📜Secret Guard📜

582 83 0
                                    

🎶 CHAPTER 71 🎶

Suasana dalam diner sibuk disebabkan waktu mereka tiba sudahpun masa tengah hari. Jadi seluruh ruang diner tu penuh dengan pengunjung dan hiruk pikuk orang berborak. Bau asap Masakan dan asap rokok bercampur baur. Buatkan yang hidu sendiri keliru nak bau makanan ke bau rokok pengunjung yang ada di sekitar.

Kebetulan meja Liana, Lana, Mathias dan Seth berada sedikit jauh dari tingkap dan pintu jadi memang bersesak la mereka dengan kumpulan mat motor yang berpakaian serba hitam ala gangster mereka di meja belakang. Sejak mereka datang ke situ dan memenuhi lima meja, keadaan diner di situ ribut.

Sampaikan ada yang memberi side eye tidak selesa mereka. Tapi tak ada siapa berani nak katakan apa-apa termasuk la owner diner tersebut.

        "Uhuk!Uhuk!"batuk Lana ekoran tidak dapat bernafas dengan baik bila ada asap muncul dari belakang kerusi dia duduk.

Mathias dengan risau memalingkan kepala ke Lana, dia pandang tepi muka itu seketika sebelum berpaling ke arah belakang Lana. Di situ duduknya tiga lelaki buffy dengan seronok menyedut rokok mereka dan dihembus dengan galak ke Udara. Jengkel seketika dia waktu itu.

        Liana di samping Lana waktu itu sedaya upaya cuba kurangkan menghirup asap yang di sekeliling mereka waktu itu. "Lana..kau okay?"menggunakan tangannya dia kipas depan muka tu. "Nak keluar sekejap ke?"

        Lana menggeleng kepala. "Aku okay je...kau sambung la makan. Dari tadi aku perhati kau tak jamah banyak mana pun makanan dalam pinggan kau tu.."

        "Aku ada makan sikit tadi..jom aku teman kau keluar.."Liana gerak menolak kerusinya ke belakang entah macam mana dengan tak sengaja, kerusi dia berlanggar dengan kerusi orang di belakangnya. Dengan lekas Liana pandang ke tuan punya kerusi. "Ma-maaf." ucapnya serta merta.

Seorang lelaki berjambang pun berpaling kepala dan memberi renungan menakutkannya sebelum tersenyum selepas lihat wajah Liana.

Disebabkan ruangan yang memisahkan meja dan tempat duduk mereka sangat terhad ditambahkan lagi geng mat motor yang duduk di situ semua anjak ke belakang menyimpitkan lagi laluan nak keluar, Liana beri senyuman nipis terpaksanya kepada lelaki berjambang tu.

        "Kalau tak kisah boleh tak ke tepi sedikit sebab kami berdua nak keluar.."beritahu Liana yang buatkan beberapa lagi kepala mat motor di situ mengangkat mata mereka lalu memandang ke arah Liana.

         "Lalu aje la kalau nak...kaki saya ni terbuka luas untuk awak langkah.."

        "Tak sangka ya dalam pekan ni ada adik manis macam cik cantik ni ya?"

         "Hahahaha.."

Blushing muka Liana bila dengar.

Kata-kata itu buatkan Seth dan Mathias berdiri dengan serentak. Lana dekat sebelah Liana tadi dah ikut berdiri sebab niat nak ikut Liana keluar, dia yang perhatikan hanya diamkan diri sebab takut.

Semua kepala di dalam diner itu toleh ke arah meja dimana kekecohan sedang berlaku. Tiada siapa berani hendak bangun untuk leraikan ketegangan tu. Sebab semua orang kenal geng mat motor yang sering ronda dari satu pekan ke satu pekan hanya untuk mendapatkan makanan percuma. Pernah ada satu kes terjadi dimana owner kedai tu cuba minta bayaran, akhirnya kedainya terbakar pada keesokan harinya. Disebabkan tiada saksi mahupun bukti tiada siapa boleh ambil tindakan atas geng ni.

        "Ke sini Lia..."ajak Seth memanggil Liana supaya mendekat kepadanya. "Jangan hiraukan dia orang."

Mathias keluar dari tempat duduknya lalu capai lengan Lana dan Liana pada masa yang sama. Hendak jauhkan dua orang tu dari kumpulan menakutkan tu.

Pada masa Liana ditarik Mathias, pada masa yang sama pergelangan tangannya dengan mengejut di cengkam oleh lelaki berjambang tadi. Membuatkan Mathias terhenti dan pandang ke Liana dengan terkejut.

         "Hei...nak ke mana cepat-cepat."

         "Wooo...bos...minat pada cik adik manis ni nampaknya."

         "Jangan la malu. Bos kami ni baik tau..."

Seth sudah pun gerak hendak maju ke depan mahu mendapatkan Liana, namun belum sempat dia hendak melangkah, muncul beberapa orang lelaki berdiri dari meja makan berdekatan dan mula mengerumuni kawasan itu dan seorang daripada mereka jalan dengan langkah tegap tidak gentar mereka.

Sh*t!Dia tak boleh lakukan sesuatu secara random begini kerana status yang dipegang saat itu. Salah sahaja langkahnya, nama baik keluarga dia jadi taruhan!Seth mengepal penumbuknya dengan erat.

Liana yang kebingungan pandang lelaki berjambang depan dia lalu ke arah lelaki-lelaki yang mengenakan pakaian casual mendekat ke arah dia silih ganti. Apa yang tengah berlaku ni. Dari mana mereka semua muncul?

         Seorang lelaki bertopi hitam di kepala berdiri di depan tangan Liana yang sedang di cengkam lalu pandang ke lelaki berjambang sebelum berkata. "Lepaskan tangan saudari ini dengan segera."

Seth, Lana dan Mathias dekat situ begitu tercengang. Mereka sendiri terkejut bila Nampak kira-kira 10 orang lelaki berdiri di sekeliling geng mat motor itu dengan gaya seperti pengawal sedang berjaga-jaga.

          "Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"soal lelaki berjambang tu semasa mengeratkan cengkamannya pada pergelangan tangan Liana sambil balas tatapan dingin lelaki bertopi di depannya. "Badan cekeding macam ikan bilis kau ni nak lawan aku?"

          "Auw.."aduh Liana kerana merasa sakit di buat cengkaman di pergelangan tangannya. "Encik tangan saya-"

          "KAU DIAM!"ngaum lelaki itu di depan Liana tidak semena.

Melompat terkejut Liana dibuat bentakan menakutkan itu sampai Lana pulak yang menjerit sebab tersentak.

Waktu itulah segalanya berlaku dalam sekelip mata di depan mata semua yang melihat.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now