🎶 CHAPTER 93 🎶Jeremiah tunggu di depan tangga memerhatikan gadis yang ringkas mengenakan sundress paras lutut bunga-bunga merah biru turun anak tangga menuju ke kereta itu bersama senyuman di bibir.
"Hai..."sapa Liana setelah berada hampir.
Dengan hormat Jeremiah memberi tundukkan kepada Liana sebelum membuka pintu kereta seat belakang untuk Liana. "Selamat siang Cik Liana."
"Putera mahkota tak ikut sekali ke?"tanya Liana semasa gerak hendak tunduk masuk ke dalam. Dia pandang Jeremiah menunggu jawapan dari lelaki itu.
"Tuanku sedang menunggu di istana. Ada urusan yang perlu tuanku siapkan.."jawab Jeremiah saat meletakkan tangan di atas kepala Liana untuk menghalang dari kepala itu terhantuk.
Liana mengangguk kepala faham sebelum masuk ke dalam kenderaan itu dan duduk selesakan diri sebelum Jeremiah tutup pintu.
Lantas mereka semua dipandu menuju ke istana dan pemanduan selama 10 minit berakhir setelah tiba di perkarangan Istana Utama Genovia.
Liana diiring oleh Jeremiah merentasi koridor tingkat dua istana itu untuk ke satu tempat. Tiga orang pengawal di raja mengekori dari belakang.
"Permaisuri Johenah dengan Raja Aryan ada di istana ke?"tanya Liana.
"Tiada cik. Mereka hadiri lawatan ke beberapa kedutaan di luar negara saat ini. Kerana itu Putera Mahkota Ares agak sibuk, mengganti tugas raja dan permaisuri."jelas Jeremiah tanpa memandang.
Liana gerak meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang badan sebelum melepaskan hela nafas yang Panjang. Dia pandang ke depan memerhatikan koridor yang luas lagikan mewah itu. "Saya harap saya tak ganggu masa dia.."ucapnya perlahan. Sudah masuk tiga hari mereka tidak bertemu apalagi berhubung. Jadi Liana berasa gugup memikirkan dia mungkin mengangguk urusan rasmi Ares.
Jeremiah tidak mengatakan apa-apa selepas itu. Dia hanya diam sehinggalah tiba di ruangan dimana Putera Mahkota Ares berada. "Saya tinggalkan cik di sini. Tuanku ada di dalam."beritahu Jeremiah semasa memberi tundukkan kecil kepada Liana dengan tangan di depan perut, sebelah lagi di belakang pinggang.
"Baik. Terima kasih."ucap Liana sebelum mengetuk pintu itu beberapa kali lantas memegang tombol tersebut untuk di tolak ke dalam.
Krik~~
Liana jengah kepalanya terlebih dahulu melalui kuakan tersebut melihat ke dalam bilik tu. Ianya adalah ruangan bacaan tempoh hari. Yang dia pernah datang sewaktu sambutan hari lahir Ares. Dan empunya bilik sedang baring menelentang atas sofa dengan helaian kertas di atas dada tu.
Aik!
Tidur ke?
Hati Liana terdetik saat dia masuk ke situ dan menutupi pintu dengan perlahan sebelum mengatur langkah ke arah sofa tersebut.
Mata di balik cermin mata bingkai bulat itu terpejam rapat. Dengan seragam dada Ares naik turun setiap kali lelaki itu menghela nafas.
Perlahan-lahan Liana bersimpuh di atas permaidani tepi sofa itu, menghadap Ares tanpa bersuara.. Dia hanya diam tersenyum menopang tangan di bawah dagu menilik wajah lena teman lelakinya itu.
Macam penat aje?Tak apa ke dia ke sini?
Liana diam di situ merenung lama setiap inci wajah Ares. Dari dahi turun ke kening lalu ke hidung sebelum ke bibir.
"Kau tahu ambil gambar lebih tahan lama dari kau pandang aku macam tu?"tiba-tiba mulut Ares bergerak.
Tersentak Liana sampai tangan dia jatuh dari bawah dagu. "Awak sedar?"
Ares menarik senyuman meleretnya saat dia membuka mata lalu memalingkan kepala ke tepi sofa itu. Bertemu muka dengan Liana. "Hi my love..."sapanya.
"Hi..."Senyuman terukir di bibir Liana semasa dia beri senyuman manis kepada Ares.
Lalu mereka berdua hanya diam di situ saling membalas tatapan antara satu sama lain. Tanpa mengatakan apa-apa Ares dan Liana tahu apa yang mereka sedang fikirkan saat itu. Jadi tiada siapa yang perlu bercakap untuk katakannya secara terang-terangan. Sebab masing-masing boleh faham apa yang cuba mereka rasakan.
Waktu itu Ares mahu minta maaf sebab kesibukkan dia buatkan dirinya jarang berhubung dengan Liana, sedangkan Ares yang beria mahu teruskan hubungan mereka. Dan Liana pula faham kesibukkan Ares, jadi dia tidak perlukan mohon maaf dari Ares kerana dia sedar siapa Ares dalam posisi lelaki itu. Jadi mereka tak perlu ulang perkara sama setiap kali berjumpa.
"Sini..."Ares hulur tangan kepada Liana supaya panjat sofa itu dan baring di sebelahnya.
"Okay.."Dengan riangnya Liana bangun dan gerak mengambil tempat di sisi kanan Ares, berbantalkan dada lelaki itu dia merehatkan kepalanya di atas bahu Ares. Tangan kanannya melingkar ke depan perut Ares dengan erat. Rindu nak bau Ares!
Hendak selesakan Liana, Ares baring mengiring sedikit ke belakang sofa itu dan melingkarkan kakinya ke atas kaki Liana sebelum memeluk badan Liana. "Macam mana hari kau, Lia?"soalnya sebelum memberi kucupan di dahi itu dengan mata terpejam. Nafas dalam di tarik saat menghidu bau kegemarannya dari Liana. Hilang terus rasa penat sebab tidak dapat tidur lama kerana jadualnya yang padat sejak minggu lepas lagi. Inipun dia baru pulang dari penerbangannya ke Venice. Kalau bukan kerana dia hanya ada masa sedikit pasti dia takkan dapat suruh Jeremiah panggil Liana untuk masuk ke istana.
"Biasa...busy dengan latihan untuk pertandingan, tolong tutor pelajar junior, kemudian study untuk recitation seterusnya..."cerita Liana termenung memandang siling bilik itu. "Kemudian Redd minta saya bantu dia untuk berbaik dengan Puteri Aria.."
"Hmm...jangan push sangat diri macam hari tu sampai sakit..."beritahu Ares di dahi Liana, tidak menjauhkan diri sejak mengucup dahi tu tadi. "Redd?Mamat tu nak get back semula dengan Aria?Jangan nak melawak.."
Liana dongakkan kepalanya sedikit untuk memandang Ares. Lelaki itu sedang memejamkan mata. Nampak sangat la Ares kepenatan. "Tak. Saya serius ni Ares. Boleh saya tolong Aria kalau macam tu?"
Perlahan-lahan Ares membuka matanya. Dia tunduk memandang ke bawah dengan tatapan redup. Menilik wajah Liana yang berjarak satu hela nafas sahaja dari wajahnya. "Kau nak tolong?"
"Tak boleh ke?Kan Aria dah tolong saya get back semula dengan awak, giliran saya tolong dia get back semula dengan Redd..."
Ares ketawa kecil lalu mengangguk kepala. "Buatlah kalau itu yang kau nak..."dia gerakkan tangannya yang ada di bawah kepala Liana buatkan wajah Liana merapat kepadanya.
"Macam mana dengan hari awak?Makan jaga tak?"tanya Liana pula.
"Boleh la...ada la makan tu tapi tak banyak mana sebab tak sempat...tapi masa naik flight ada la makan breakfast yang mereka sediakan.."Ares usap kepala Liana dengan tangan kirinya sebelum memegang belakang leher itu dengan kasih.
"Rehatlah kalau macam tu...saya temankan."beritahu Liana.
Dengan sisa senyuman di bibir, Ares memandang lama wajah Liana dengan senyap. Walaupun sekejap, entah kenapa dia berasa dah lama sangat tidak berjumpa dengan kekasihnya itu. "Can I kiss you now?" soalnya perlahan.
Dia mengangguk."Yes."Liana tersenyum senang sebelum memejamkan matanya. Tangannya mencengkam kuat kemeja di dada Ares sesaat sebelum bibir Ares hinggap dengan perlahan ke bibirnya.
Ares mengeratkan pelukannya di badan Liana saat mengubah kedudukan mereka berdua di atas sofa itu. Buatkan Liana berada di bawah dan dia di atas Liana.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...