🎶 CHAPTER 6🎶
Pada hari itu, kesemua pelajar yang menggunakan alat muzik bertali bakal menjalankan sesi recitation berdasarkan note lagu yang diberikan oleh master. Biasanya aktiviti ini jalankan setiap satu minggu sekali bagi menilai prestasi pelajar.
Setiap note lagu yang diberikan ada peringkatnya. Level mudah, sederhana susah dan paling sukar. Mana yang berjaya melepasi peringkat awal akan diberikan lagu baru. Dan seterusnya. Mana yang cemerlang dapat rekod yang cemerlang. Mana yang lemah kena usaha lebih lagi.
Dewan Georgia pada hari itu penuh dengan pelajar dan juga master yang bakal menilai setiap perkembangan mereka di situ. Sama ada persembahan solo, duet, trio atau quadruplet bergantung pada pelajar yang terlibat sahaja.
Di atas pentas, seorang pelajar perempuan dengan harp. Tahu-tahu la rentak harp bagaimana. Berdayu-dayu lantunan melodinya. Buatkan pelajar dekat situ ada yang ternganga sebab khayal dengan lagu tu, ada jugak yang ternganga sebab sudah tertidur. Ada jugak yang pandai kanan dan kiri atas dan bawah sebab lebih tertarik dengan dewan tu.
Tidak lama kemudian muncul dua orang pelajar lelaki dan perempuan. Mereka berdua memainkan lagu The Four Season. Masing-masing menggunakan violet. Ianya merupakan note lagu paling mudah untuk dimainkan. Tapi kalau dah sampai part hujung kalau silap memang out tune!Macam bunyi cakaran di permukaan papan hitam. Bunyi ngilu macam tu..
Master yang dengar pun mengangguk-angguk ada jugak yang pejam mata sambil gerakkan pen dekat tangan. Cuba ikut rentak note yang dimainkan.
Sedang semua orang di situ beri perhatian, tiba-tiba seseorang muncul dari pintu dewan di bahagian bawah. Kemunculannya itu buatkan pelajar-pelajar perempuan berdesah kerana teruja sebaik melihat kehadiran tersebut.
"OH M G...Senior Redd la.."
"Dia ada sekali ke??"
"Macam mana ni...gelabah la aku.."
Redd mengerling sekeliling ruangan itu sebelum beri tunduk hormat pada master di situ. Disebabkan kehadirannya telah dimaklumkan lebih awal, master di situ tidak kisah malah hanya terus fokus pada pelajar yang membuat persembahan.
Saat Redd bergerak hendak ke tempat duduk, matanya terarah pada gadis berambut pendek di tempat duduk tengah barisan ketiga bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki. Alasannya ke situ kerana hendak melihat sesi gadis berambut pendek itu je.
"Baik...pelajar seterusnya Liana Florence. Dipersilakan naik ke pentas."
Liana tersentak kerana melihat Redd yang sedang berjalan naik mendekati seat kosong yang ada. Mereka berdua saling bertentangan mata untuk seketika sebelum dia yang mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Waktu itulah Redd pandang ke arah yang sama, melihat gadis berambut pendek tadi bangun dari situ dan berjalan menaiki tangga bersama dengan pelajar lelaki lampai di belakang. Terkutik sedikit hatinya bila Nampak pelajar lelaki tu pegang lengan tu sewaktu menaiki tangga.
Berdiri sahaja di atas pentas itu, Liana memberi senyuman manis kepada penonton di situ sebelum beri tunduk hormat. Regulation biasa setiap pelajar taktala naik ke pentas.
"Hai...selamat pagi saya ucapkan..saya Liana Florence. Ini pasangan saya pada hari ni Seth Rudden. Kami akan recite note dari C Major, Op. 6 No.. 11. Allegro."beritahunya.
Seth ikut sama beri tundukkan kecil apabila dirinya diperkenalkan.
Redd di situ duduk tegak. Memberi perhatian pada gadis berambut pendek di atas pentas itu dengan senyuman nipis di bibir. Bersemangat dia hendak beri sokongan! Walaupun dia tahu keputusan apa, still dia berdoa supaya semuanya mudah untuk Liana.
"Kamu boleh mulakannya."
Liana menyelesakan dirinya di sebelah Seth yang sedang duduk di atas bangku. Sempat dia mengerling ke tempat penonton waktu itu. Dan bila dia terpandang akan Seth, air mukanya berubah. Tak kira la berapa kali dia Nampak Redd, hatinya tidak pernah berhenti berdenyut sakit!"Kenapa mamat ni ada dekat sini?Saja nak spoilt mood dia la ni!"getus hatinya sebelum mula menggesek tali violin itu. Memulakan note. Seth menyusul kemudiannya.
Berdendang saja lagu itu, semua mata terarah pada tangan dan jari jemari Liana setiap kali ia bergerak. Cekap dan pantas.
Ditambahkan dengan selangan cello, lagu yang mainkan itu kedengaran begitu kaya dengan kualitinya.
Sepadan dengan mereka berdua, Seth jugak tidak kurang hebatnya. Jari jemari runcing lelaki itu dengan mudah menekan-nekan tali di cello itu tanpa cacat celanya.
Oleh kerana berpuas hati, master-master di situ saling memandang antara satu sama lain memberi pujian.
"Seingat aku la Senior Seth seorang yang sangat cerewet bab menjadi partner dalam recite. Boleh ya dia nak latihan dengan Liana.."
"Aku dengar dia orang berdua kekasih?"
"Iya ke?"
"Patutlah....Senior Seth nak.."
"Banyak khabar angin mengatakan mereka berdua kekasih sebab rapat dan sering kelihatan berdua..."
"Iya la tu...asal rapat mesra aje kekasih la macam tu?"
"Tak hairan la...mereka berdua kan pelajar top akademi ni.."
"Senior Seth handal dalam cello sebab ayah dia kan instructor terkenal...Lia pulak parents dia adalah bekas pelajar akademi ni...buat apa nak hairan. Kalau dah dari lahir lagi memang bakat tu dah ada.."
Redd dengar. Dia waktu itu memasang telinga akan perbualan pelajar-pelajar yang duduk berdekat dengannya. Bukan kali pertama dia dengar semua cerita ni.
Dari awal perkenalannya dengan Liana sehingga sekarang dia dah tahu. Jadi tak ada terkejut sangat. Still...hati dia terasa. Dalam diam jari jemarinya dikepal dalam genggaman. Pandangan mata dia terarah pada Seth lalu ke wajah Liana.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...