📜Gugup📜

629 87 1
                                    

🎶 CHAPTER 50 🎶

Seminggu sejak Puteri Aria memaklumkan relaynya bersama Redd, seluruh akademi menjadi gempar. Kelab peminat lelaki itu break down siap mogok untuk bubarkan kelab fans untuk Redd kerana patah hati. Redd pula menjadi lebih dingin dari sebelumnya. Walaupun Puteri Aria ceria mendampingi Redd, lelaki itu kelihatan jauh dari ceria. Seperti ada awan hitam atas kepala lelaki tu.

Liana dan rakannya tidak lagi sibuk seperti sebelumnya. Jadi Lana dan Mathias dapat luangkan masa dalam kelas seni mereka. Sementara itu Liana sibuk membuat tesis dengan teori muzik serta membantu junior dari kelab String menggunakan violin.

Seth boleh tahan sibuk jugak sebab pertandingan fencing lelaki itu semakin hampir yang mana buatkan Seth jarang bertemu dengan Liana.

Dan Liana telah daftar masuk untuk pertandingan Muse Diraja yang bakal diadakan pada minggu depan.

        "Senior..betul ke?"tanya pelajar lelaki yang sedang kekok memegang bow di situ.

         Liana yang sedang memberi tunjuk ajar pelajar perempuan tahun satu di situ tersentak. Dia angkat kepalanya. Bila dia perasan tangan yang memegang bow itu tidak kena dia tersenyum nipis."Kalau awak turunkan sedikit bow tu ke bawah mungkin okay."beritahunya.

         "Macam ni?"pelajar lelaki tu pegang bow sebelum digesek pada tali violin.

Screeet!!

Berkerut kening Liana dengar bunyi nyaring yang keluar dari gesekan itu.

        "Sini...saya tunjuk."Liana dekati pelajar lelaki itu sebelum pegang tangan itu sekali dengan bow. "Ibu jari awak letak dekat tepi ni, lengan tu angkat sikit."

        Pelajar junior itu perhatikan wajah Liana yang begitu hampir dengannya dengan senyuman berminat. "Senior tahu...bila tengok dekat-dekat macam ni senior Nampak cantik?"bisiknya dengan perlahan.

        Terkedu Liana dekat situ semasa bertentang muka dengan juniornya itu. Comel je budak depannya ini. Tapi sayang. Masih berumur 16 tahun. Tak boleh dia sakat! "Terima kasih untuk pujian tu. Sekarang fokus pada latihan..awak ada recitation minggu. Kalau tak lepas pegang bow, ranking tak naik.."

        Junior itu tersenyum boyish. "Saya minat dengan senior sejak tahun pertama. Bila saya dapat tahu senior major dalam violin saya terus cuba belajar."

        "Yalah..sekarang teruskan latihan awak. Pegang bow tu."beritahu Liana dengan senyuman nipis. Ada-ada je la.

         "Senior dah ada boyfriend?"

          Liana turunkan tangannya dari tangan junior itu lalu melepaskan keluhan panjang. "Kenapa tanya?"

Baru sahaja junior itu hendak bersuara, bunyi orang berdehem kedengaran dari arah belakang Liana.

Dengan terkejut, Liana dan semua pelajar dalam bilik latihan tu memalingkan kepala ke arah itu.Berdirinya Seth di situ sambil menggalas beg kelas fencingnya.

         Seth pandang ke pelajar lelaki yang bercakap dengan Liana tadi lama-lama. "Kau busy?"soalnya sebelum memandang Liana.

         "Tak. Cuma tolong tengok budak-budak ni berlatih. Ada apa?"

         "Ikut aku sekejap."Seth gerakkan kepalanya ke arah pintu keluar bilik itu.

Beberapa orang pelajar junior perempuan dekat situ pandang tidak berkelip akan Seth waktu itu. Mereka semua blushing sebab excited tengok idola kegemaran mereka ada di situ.

         "Sekarang ke?"Liana selak rambutnya ke belakang telinga saat tunduk mencapai beg case violin dari atas kerusi di kanannya.

          Seth dekati Liana lalu capai kot dan beg sandang Liana sebelum gadis itu sempat mengambilnya. "Ha'ah sekarang..."sempat dia memberi jelingan amaran pada pelajar junior lelaki yang cuba mengurat Liana tadi.

          "Kau baru habis latihan atau baru nak ke bilik latihan?"tanya Liana semasa dekati Seth di situ. Matanya menilik rambut dan wajah yang kelihatan segar seperti baru mandi.

          Seth buka pintu untuk Liana sebaik tiba di depan itu dan membiarkan Liana keluar dahulu sebelum dirinya. "Aku baru aje selesai latihan. Tadi aku cari kau dalam studio kau. Tapi tak ada. Sekali tu aku teringat kau mungkin singgah dekat sini kalau tak ada jadual atau lepak dengan Lana."

          Liana ketawa kecil. "Wow...tentative betul kau dengan gerak geri aku ya."belakang badan Seth ditepuknya perlahan. "So macam mana dengan latihan kau?Aku dengar jadual kau padat memandangkan pertandingan tu akan berlangsung tak lama lagi."

          "Os far so good. Coach panjangkan sikit masa untuk latihan. Aku pun tengah prep untuk latihan cello aku. " Seth menggosok belakang tengkuknya. "Aku dengar kau akan ikuti Muse Diraja tu. Macam mana dengan latihan kau?"

          "Boleh la . Sambil aku ajar budak-budak praktis sambil tu aku ambik masa untuk praktis. Oh ya...kau dah makan ke ni?Kalau nak kita singgaj sekejap ke mesin layan diri dekat tingkat dua.."

          "Aku on diet sekarang. Kalau kau nak makan aku boleh teman."

           Liana pandang ke tepinya lalu dongak sedikit untuk memandang tepi wajah Seth. "Boleh tak dalam satu masa tu kau utamakan diri kau sebelum aku?10 tahun kita berkawan, 10 tahun tu jugak kau tak pernah nak lupa dari lebihkan aku.."

          Seth pandang ke sisi lalu bertentang mata dengan Liana. "Tak suka ke?"

         "Suka tu suka..tapi kau kena belajar utamakan diri sendiri dulu sebelum orang lain. Aku tahu kau suka tengok aku happy. Tapi aku harap kau happy kan diri kau dulu baru orang lain. Sebabnya kalau kau nak tengok orang sekeliling happy, kau kena happy dulu baru dia orang happy." Liana beri senyuman nipis kepada Seth.

        Untuk seketika Seth pandang ke Liana sebelum memandang ke depan. Mereka berdua melintasi jabatan yang menyambung ke bangunan sebelah. Setibanya di situ baru dia bersuara. "Kalau macam tu boleh kau tunggu aku..tiga hari dari sekarang aku takkan ada dekat akademi sebab pertandingan fencing tu. Bila aku balik nanti, boleh kau sambut aku?"

         "Sure."

           "Ada sesuatu aku nak beritahu kau nanti....."tambah Seth dengan gugup. Dia melarikan pandangannya ke pemandangan luar bangunan.

Liana dapat mengagak apa yang Seth mahu sampaikan. Kalau macam tu dia akan lakukan hal yang sama. Untuk jelaskan situasi sebenar kepada Seth supaya sahabat baiknya berhenti berharap padanya supaya tidak kecewa. Kalau dia beritahu sekarang risau Seth akan hilang tumpuan.

            "Okay. Aku tunggu. Balik dengan selamat. Jangan lupa bawa pingat emas untuk aku sekali." Liana singgul bahunya ke lengan Seth setelah itu.

Seth menarik senyuman senang hatinya bila dengar. Dia seluk tangannya ke dalam poket seluar.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now