📜Hari Ahad!📜

669 102 4
                                    

🎶 CHAPTER 76 🎶

Gosh!

Salah makan apa dia hari ni kenapa perut dia memulas sejak awal pagi?

Oh ya!Baru teringat!

Semuanya sebab salah this royalty god Greek looking prince yang dari malam tadi sampai ke pagi masih terperap dalam bilik dia macam dah tak ada tempat lain nak pergi!

Bukan main sedap lagi gaya baring tu ya.

Gaya mengalahkan madam besar!

        "Bila awak nak keluar dari bilik saya ni Ares!Awak tak ada urusan diraja yang perlu dihadiri ke?"deramnya di balik ketapan gigi.

Tahu tak betapa tertekannya dia lepas bangun tidur tadi? Entah dari mana, macam mana dan bila, seorang lelaki bersuit hitam berdiri dekat dalam bilik dia macam pembunuh bersiri!

Terkejut punya pasal Liana hampir nak menjerit kuat like bloody murderer lepas nampak tu. Ingatkan siapa, rupa-rupanya lelaki bersuit tu adalah Jeremiah. Lelaki tu tolong hantar baju dan makanan untuk tuan putera sekoq ni!

Yang menambahkan lagi tekanan darah dia, masa nak mandi, nak pakai baju semua dalam bilik air dia! Dan lelaki ni, dengan selamba badak macam tak sedar yang dia ni perempuan, bukak baju depan-depan, keluar bilik air berlenggang dengan tuala dekat sekeliling pinggang.

Perut siapa aje yang tak buat hal?

Cuba cakap!

Lepas tu masa makan, kena temankan pulak tu. Kalau tak teman tak nak makan. Siap makan bolehnya Ares ajak dia main game entah apa-apa yang terlintas dalam kepala lelaki tu.

       "Tak. Hari ni kan hari ahad. Biasanya aku luangkan masa dalam istana dengan tidur atau main game. Disebabkan bonda dan ayahanda aku tiada di istana, aku ambil keputusan untuk lepak dengan kau.."balas Ares sambil menyelak buku note muzik Liana yang dia bentang atas katil tu. Sejak tadi dia belek semua tulisan cantik milik Liana.

          Terduduk Liana dekat kerusi belajar dia. Serius dia tak faham dengan kepala angin Ares ni. "Saya pun nak rehat...bukan awak aje Ares.."kepalanya di letakkan atas meja tu. Berpaling memandang katil dimana Ares sedang baring mengiring menopang kepala pada tangan.

Ares tersengih.

           "Sini..."tepuk dia di tilam tu tepat di sebelahnya. Tapi tidak memandang Liana kerana terlalu kusyuk membelek buku nota muzik Liana.

            "Alone by myself mister.."serius badan dia penat, dan kepala dia berat sebab stress dan kepadatan jadual latihan dia. Semalam dia habiskan satu hari berjalan-jalan. Takkan la hari ahad begini cuti dia kena hadap putera mahkota pulak!

            "Boleh aku mainkan lagu ni?"tanya Ares tiba-tiba bangun dari baringnya.

            Kening Liana berkerut, dia turut mengangkat kepala sambil mengecilkan mata untuk lihat lagu apa yang Ares nak mainkan. "Oohh..lagu tu. Tapi saya tak habis tulis lagi. Kan ada banyak lagu dah siap?"

            "Tak apa. Aku tolong siapkan..."Ares bangun dari katil tu lalu dekati Liana. Tanpa menunggu Liana bangun terus di dukung badan tu dan dibaringkan atas katil.

Hinggap sahaja kepalanya atas bantal, Liana baring menghadap Ares. Dia perhatikan saja pergerakkan lelaki itu merentasi bilik tidur dia macam sudah terbiasa. Tarik stand note music la, pen la...gitar hitam dia la...kemudian kerusi. Lepas selesai set up baru lelaki tu duduk selesakan diri menghadap katil tu.

           Bila Ares mula petik tali gitar tu, Liana secara automatik tersenyum sebab terus Nampak imej guitar boy yang dirindui. Bukan putera mahkota. Bukan Ares. Cuma guitar boy dia. Rindunya masa-masa sebelum ni. "Saya suka tengok awak pegang gitar.."ucapnya perlahan saat menguap.

Ares tersengih tapi tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya fokus dengan petikan gitar dan nota muzik yang ada di depannya waktu itu. Lagu yang Liana tidak habiskan tu adalah lagu yang mereka berdua cipta dalam hutan. Disebabkan banyak halangnya yang mendatang lagu tu tak pernah siap. Itu yang Ares duk selak-selak sejak tadi. Cuba nak pastikan Liana dah habiskan belum lagu mereka berdua tu.

Dan entah bila la masanya dari matahari tegak terus terbenam, Ares tekun memetik gitar untuk selesaikan lagu tersebut. Tahu-tahu aje pintu bilik diketuk sebelum Jeremiah melangkah masuk ke dalam bilik tu.

           "Tuanku...masa untuk pulang ke istana."

            Ares tersentak dari memandang gitar, dan dia terus pandang ke Jeremiah dengan kening terangkat. "Hah?Sekarang ke?"soalnya sebelum memandang ke arah katil pula. Liana sudahpun terlena dalam selimut sambil memeluk jaket miliknya. "Tak sedar dah lewat ya?Sekejap. Kau keluar dulu."

            "Baik tuanku."tunduk Jeremiah sebelum tutup pintu bilik tersebut sebaik saja keluar.

Perlahan-lahan Ares letakkan gitar hitam Liana dekat tempat asal sebelum capai nota muzik yang dia buat tadi sebelum dilipat-lipat kemas lantas di seluk ke dalam poket seluarnya. Selesai kemas sepah yang dia buat, barulah dia dapatkan Liana.

Gadis itu yang baring mengiring menghadap Ares sejak tadi langsung tidak terkutik. Malah tenggelam dalam lena panjangnya.

             "Lia.."bisik Ares di tepi muka tu dengan rapat. Tangan dia sempat hinggap di kepala berambut pendek namun lembut itu untuk diusap. "My love..wake up.."panggilnya lagi.

            "Mm.."terkutik Liana dibuatnya. Dengan susah paya dia buka mata lalu bertentang muka dengan Ares yang bercangkung di tepi katil menghadapnya. "Kenapa?"

            "Aku kena balik sekarang..."bisik Ares lagi.

            "Mm..okay"angguk Liana dengan perlahan.

Ares tersenyum lebar, dia tenung wajah mamai Liana dengan lama.

           "Jumpa hari Isnin esok. Good luck untuk persembahannya. Love you.."ucap Ares sebelum kucup lembut bibir Liana dan bangun dari cangkungannya. Tidak peduli untuk mengambil apa saja barang yang dia tinggalkan, Ares hanya keluar berlegang dari situ. Meninggalkan Liana yang kembali lena di atas katil sendirian.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now