🎶CHAPTER 3🎶
Nun jauh dari perhatian sesiapa, terdapatnya sebuah bukit yang menyempadankan kawasan Istana Utama Genovia dan juga Akademi Art and Music. Kawasan berukuran beberapa ratus ekar itu di liputi dengan tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pohon renek dan pokok kanopi yang sering berubah warna mengikut musimnya.
Disebabkan ianya bukit, terhasilnya sebuah mata air yang asalnya dari puncak bukit tersebut lalu membentuk sungai yang bersih sepanjang laluan kawasan hutan tu. Disebabkan kawasan itu termasuk dengan kawasan Istana Utama Genovia, kawasan hutan tersebut jarang dikunjungi sesiapa kerana ianya kawasan terlarang.
Terutama sekali pelajar dari Akademi Art And Music. Mereka tidak pernah jejak kaki ke situ kerana tidak berani.
Dan lokasi rahsia ini sudahpun menjadi tempat kegemaran dia untuk larikan diri dan bersembunyi dari master serta mereka yang cukup menyesakkan kepala otaknya ini.
Masuk dua tahun Liana luangkan masa di tempat rahsianya itu. Dia biasanya selinap keluar sewaktu sesi latihan sendiri. Dia tak banyak luangkan masa di dalam studionya. Hutan ini la yang menjadi telinga dan sumber dia mencurahkan idea.
Bersama gitar hitam kegemarannya, dia ambil tempat duduk di pohon kegemarannya menghadap suasana damai kawasan hutan tu. Pemandangan dari batu tunggul itu banyak memberikan dia ilham untuk mencipta lagu baru.
Buku not musik terhampar di tepi, sementara gitar terletak atas riba yang bersilanya. Liana petik-petik setiap tali di situ sambil humming irama yang dia mahu lagukan.
Sedang dia asyik memetik gitar di situ, seseorang muncul dari arah belakang pokok berdekatan. Jejak kaki itu langsung tidak menghasilkan sebarang bunyi. Ditambahkan lagi dengan Alunan muzik dari gitar Liana telah membuatkan kehadirannya langsung tidak disedari.
Mata Liana tunduk meneliti tali yang dia petik sebelum ekor matanya terlihat satu kelibat dari kanannya. Saat itulah baru dia mengangkat kepala lantas bertentang mata dengan rakan rahsianya.
Well...well...look who's here?
"What's up Guitar Boy.."sengih Liana kepada lelaki berhoodie hitam di depannya.
Kenalkan, rakan rahsia Liana sejak dia berusia 16 tahun sehinggalah dia mencecah usia 18 tahun sejak di akademi. Rakan yang dia temui sewaktu kali pertama jejak kaki dalam hutan ni. Kenapa Guitar Boy?Sebab Liana tak tahu nama lelaki ni. Dia cuba tanya, tapi tak nak di kongsikan langsung dengan dia. Nak hormat punya pasal, Liana biarkan saja dan menggelar rakan rahsia ini sebagai Guitar Boy. Dan rakannya ini jugak yang ajar dia main guitar sejak dua tahun lepas.
"Hahah..hai Liana."sapa lelaki itu.
Awalnya, Liana memang skeptikal la jugak...masa kenal tu terfikir mungkin lelaki ni pembunuh bersiri ke...penculik ke..cannibal ke apa kan..tapi tak logic la pulak lepas lama-lama kenal tu.
Perlahan-lahan Liana berkenalan dengan rakannya ini dan mereka terus ada clique antara satu sama lain dan kemudian menjadi akrab sehingga sekarang. Punca kenapa Liana suka tinggal di akademi ni walaupun dia tak berapa minat sangat....
"Kau datang macam biasa.."lelaki berambut hitam kilat itu ambil tempat di sebelah Liana lalu bersila rapat. Dia senyum memandang Liana kerana senang melihat rakannya di situ.
"Mestilah saya datang. Kan ini tempat biasa saya lepak. Yang awak ni..datang pulak hari ni...semalam tak ada pun."Liana lirik akan wajah kacak kawan rahsia itu dengan minat. Dia sebenarnya tertanya-tanya asal usul Guitar Boy ni..tapi dia tahu kalau ditanya sekalipun rakannya ini takkan cerita. Selama dua tahun berkawan, selama tu dia cuba korek rahsia rakan rahsianya ini. Tapi satu sen klu pun tak ada.
Apa yang dia tahu, Guitar Boy ni tua dua tahun dengan dia. Duduk tidak jauh dari kawasan akademi ni. Tak tahu la betul ke tidak..apa yang pasti bukan student akademi dia. Kemudian, seorang lelaki yang sangat mesra walaupun kadang-kadang tu adalah menyakitkan hatinya jugak. Tapi mostly gentle. Pandai dan mempunyai suara deep yang lunak untuk telinga mendengar.
"Aku busy semalam...tapi hari ni free sebab tak ada kerja nak buat dekat rumah. Itu datang ke sini. Nak ambil angin."buku not muzik Liana di capai lalu di belek. "Kau buat lagu baru ke?"
Dengan semangat Liana ikut sondong ke tepi. Mendekat pada Guitar Boy itu. "Ha'ah..tengok muka surat ni. Saya baru siapkan dua rangkap dan korus..sekarang nak buat bridge dia.."jelasnya sambil tunjuk.
"Hahah...nice. Boleh aku dengar?"
"Heh?Tak siap lagi kut..takkan nak dengar?"
"Apa salahnya..macam la kau tak biasa dengan aku. Bukan ke selama ni aku orang pertama yang dengar lagu kau?"
Liana menggeleng kepala. Rasa tak percaya. "Kalau macam tu, beritahu saya satu perkara...baru saya mainkan lagu untuk awak."
"Itu lagi...itu lagi. Kau memang tak nak mengalahkan?"
Liana menjungkit bahu tak peduli. "You know me well...so?"
"Fine..kau nak tanya apa?"
"Awak tinggal dekat mana?"tanya Liana semasa mula memetik gitarnya.
"Kenapa?Kau nak stalk aku ke?"sengih Guitar Boy dengan boyish. Dia singgul bahu Liana main-main.
"Oh please...macam saya tak ada kerja nak stalk awak. Saya tanya sebab saya nak tahu. Kenapa awak boleh muncul dekat sini...tu je."
"Anggap aje aku ada kuasa magis...yang boleh teleport ke mana-mana aje yang aku suka."
Tengok la tu. Kalau di tanya tak pernah nak jawab dengan serius. Ada aje modal nak mengelat. "Hahaha...fine. Tak payah beritahu saya apa-apa. Janji awak tak kerat saya jadi 20 bahagian sudah." Liana mula memainkan lagunya dengan gitar hitam itu.
Guitar Boy di sebelah Liana tersenyum senang memerhatikan Liana dan jari gadis itu saat lagu dimainkan. "Salah tu...kalau G..dekat atas ni..E dekat bawah.."tegurnya semasa memegang jari Liana untuk diubah kedudukannya.
"Oh...okay."angguk Liana dengan sengih tersembunyi.
Perkenalkan, ini lah muse music dia. Sumber inspirasi setiap lagu yang dia cipta. Yang dinamakan sebagai The Guitar Boy!
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...