🎶 CHAPTER 70🎶
Pada hujung minggu mereka, Lana, Mathias, Liana dan Seth ambil keputusan untuk turun ke pekan mengambil angin. Disebabkan jadual mereka yang padat dengan latihan dan kelas, baru mereka sempat hendak lakukan aktiviti outing bersama.
Menggunakan kenderaan yang disewa oleh Seth iaitu sebuah kereta tanpa hood, lelaki itu drive Liana, Lana dan Mathias ke pekan tersebut.
Siap memarkir kereta, mereka berempat berjalan kaki sepanjang perjalanan di dalam kawasan pasar dan tempat tinggal kawasan di pekan itu.
Saling jalan berdua-dua, Lana bersama Mathias comel mengenakan pakaian sedondon warnanya. Gadis itu dengan sundress purple dan sandal putih. Sementara Mathias mengenakan t-shirt round neck lengan pendek warna purple dan seluar khaki pendek warna hitam di padankan dengan sandal sama warna.
Liana dan Seth jalan berdua sambil berborak akan itu dan ini mengenai apa yang mereka lihat dan temui di dalam pasar tu.
Dan dalam diam, empat sekawan itu diperhatikan oleh beberapa pasang mata secara sembunyi.
"Mathias...tengok tu. Ada gerai perhiasan la.."beritahu Lana yang berjalan di belakang Liana dan Seth.
"So?"balas Mathias acuh tak acuh. '
"Ish!Kau ni kan...tak sweet langsung tau. Maknanya aku nak la. Takkan itu pun nak suruh aku cakap terang-terang?"balas Lana.
"Ha'ah...memang aku tak faham. Kalau nak cakap la nak. Kalau suka cakaplah suka. Nak bertapis-tapis segala bagai. Kau ingat otak lelaki ni kompleks macam otak perempuan ke?Yang boleh faham segala kejadahnya bahasa rahsia kau orang?"
Dua orang itu bertekak untuk kali keberapa tak dapat dihitung. Sudah banyak kali sebenarnya. Tapi tak dihiraukan sebab memang nature mereka berdua.
Liana waktu itu sedang termenung melihat pemandangan dimana orang bersampan dekat sungai kecil di tepi laluan mereka. Ada pasangan kekasih sedang duduk di dalam sampan tu. Momen tersebut buatkan dia teringat pada Ares serta merta. Beberapa bulan yang lepas dia dan Ares juga luangkan masa di dalam sampan.
"Kau nak naik ke?"aju Seth di sebelah tiba-tiba.
Tidak tersentak Liana menarik sengih nipis sebelum memandang ke depan. "Tak adalah...tengok je. Kenapa?"dia palingkan kepala ke Seth. "Kau nak naik sampan?"soalnya selepas tu.
"Aku ikut je mana kau nak. Lagipun kan ni hari outing kau lepas beberapa minggu terperap dalam akademi. Aku dah banyak kali ulang alik kawasan pekan ni.."beritahu Seth semasa merangkul bahu Liana lalu menarik gadis itu merapat tepi rusuknya.
"Okay....kalau macam tu belikan aku snek dan makanan paling sedap yang dijual dekat gerai-gerai kecil dekat sini."arah Liana menjuih bibir ke deretan stall kecil yang ada di sepanjang laluan mereka.
"Kalau macam tu kau nak gula-gula kapas?Kau sukakan?"aju Seth saat tunjuk ke arah sebuah gerai yang menjual gula-gula kapas tidak jauh dari situ.
Berkerut kening Liana bila terbayang wajah Ares sewaktu lelaki itu tersenyum saat membelikan dia gula-gula kapas. Gosh!Di mana-mana saja dia hanya teringatkan pada Guitar Boy dia. Sedih betul rasa. "Yang lain la pulak...macam snek ke..mee ke atau sup ke fruit candy ke...ada banyak sini..pilih mana yang kau rasa sedap.."dalihnya.
"Situ pun sedap. Potato tornado dia orang sedap. Kau nak add on apa?Cheese? Chilli flakes? Chicken flakes?Aku prefer cheese..."
Waktu itu ekor mata Liana perasan ada tak kena dengan sekelilingnya waktu itu. Jadi dia gerakkan kepalanya dari balik bahu Seth yang sedang merangkul dia. Sekali bila di toleh dia perasan seperti ada yang berpusing kemudian berpura-pura macam tengok sesuatu dekat gerai di situ. Macam orang mengelak dari di tangkap, macam tu feel yang Liana rasakan lepas nampak.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...