🎶 CHAPTER 14 🎶
Seth meletakkan beg latihan fencingnya di tepi meja belajar sebelum duduk menghenyak punggung di kerusi belajarnya dengan keluhan Panjang. Kepalanya di dongak ke siling dalam keadaan memejamkan mata. Segala rasa penatnya mula dirasai sebaik dia duduk. Seharian itu dia sibuk menghadiri kelas dan juga jalani latihan. Tidak berehat dari awal pagi sehingga la lewat petang. Hendak makan tengah hari pun tidak sempat kerana masanya terhad.
Klik!
Bunyi pintu bilik air tertutup.
Kepala Seth pun ikut tersentak kerana bunyi itu. Dengan malas dia palingkan kepala ke arah pintu bilik air. Lelaki tidak berbaju dan hanya bertuala sekeliling pinggang berjalan keluar dari bilik air itu.
"Awalnya kau mandi?Nak ke mana?"tegur Seth.
"Ada hal...."
Seth perhatikan gerak geri lelaki lampai yang bergerak ke arah katil. Mengambil pakaian yang tersedia di situ.
"Aku dengar kau dapat pujian untuk persembahan dekat istana malam tadi..."
Redd berpaling menghadap meja belajar itu. Dia pandang Seth dengan renungan dingin tidak berminatnya. Baju t-shirt hitam ada di tangannya. Serentak itu jugalah pintu bilik terbuka. Seorang lagi dorm mate berjalan masuk ke situ.
Sempat Seth lirik akan rakan sebiliknya itu sekejap sebelum memandang Redd semula. "Mesti seronok kan...buat persembahan di atas kesusahan orang lain?"
"Kau jangan nak mula boleh tak?"keluh Redd.
Waktu itu Mathias pandang tidak berkedip akan dua orang yang saling berhadapan itu. Dia yang baru sahaja pulang dari kelas seninya. Tidak menyangka kepulangan dia serentak dengan mereka berdua.
"Ada apa ni?"tanya Mathias kepada Seth dan Redd di situ.
Redd menyarung t-shirt di atas kepala lantas berkata. "Kau tanya la kawan kau ni.."katanya saat capai seluar dan menyarungnya ke kaki marah-marah.
Perlahan-lahan Mathias mendekat ke arah mereka sebelum berdiri beberapa langkah jaraknya dari meja Seth dan katil Redd. "Please la..dah tiga tahun sebilik pun masih nak bergaduh ke?"tanya dia keletihan. Entah kenapa dia boleh tersepit antara dua orang manusia depannya ini. Hendak menukar bilik tak boleh sebab dah tahun akhir. Nak tak nak terpaksa la di hadap.
"Kalau dia tak cuba sakitkan hati Liana..maybe aku boleh bertimbang rasa dengan Redd..kau sendiri tahu apa perasaan Liana pasal impian dia untuk jadi pianist?"ujar Seth dengan nada dinginnya kepada Mathias saat dia memandang Redd sejak tadi.
Redd berdengus mengejek. Dia lirik akan wajah serius Seth dengan riak sinis di wajah. Tak tahu la berapa kali dia nak jelaskan dirinya pada semua orang. Banyak kali dia kata, kejadian tu bukan di rancang. Ianya kemalangan. Dia sendiri tak jangka yang Liana akan jatuh sakit dan tersingkir.
"Kau tak tahu apa-apa jangan nak tunjuk bagus, Seth. Ingat sikit kau tu cuma kawan aje bagi Liana, jadi berhenti berlagak macam kau teman lelaki dia.."
Mathias mencekak pinggang tak percaya. Silih berganti dia pandang akan Seth dan Redd di situ. Dua orang ni kan, Liana jugak yang jadi rebutan kenapa. Macam tak ada orang lain apa dalam akademi yang mereka mahukan. Kalau dia ceritakan hal ni pada Liana, mahunya kawan dia itu ketawa besar.
"Sudah la tu kau orang..."mintanya selepas itu.
Seth berdiri dari situ lalu jalan dekati Redd sehingga berdiri betul-betul bertemu muka dengan Redd. Dua orang itu sama tinggi sama saiz, jadi kalau salah seorang cuba nak intimidate antara satu sama lain, memang tak ada siapa kalah tak ada siapa menang.
"Memang aku bukan teman lelaki dia, tapi aku adalah lelaki yang boleh buatkan title teman lelaki berubah jadi bekas teman lelaki macam tu aje.."beritahu Seth dengan perlahan di depan muka Redd.
Hujung bibir Redd terjungkit sinis. Dalam diam dia mengepal jari jemari di dalam genggaman. Perasaan cemburu di dalam dada mula berombak kencang hinggakan Redd sudah terbayang akan tangannya naik menumbuk muka Seth. Namun dia terpaksa tahankan diri kerana enggan buat Liana susah hati jika dia tumbuk kawan baik Liana depannya ini.
"Aku nak tengok sejauh mana pengaruh kau beri efek pada Liana..."cabar Redd sebelum berpaling ke arah pintu almari. Dia kena jauhkan diri cepat-cepat, takut tangan dia ni melayang sendiri dekat muka berlagak bagus Seth pulak.
Seth memberi side eye kepada Redd. Sebelum kejadian yang menimpa Liana, hubungan dia dengan Redd okay je. Tapi lepas dua tahun lalu, sejak tu dia tidak pernah berhenti dari berasa jengkel setiap kali pandang muka tu. Masakan tidak, Liana menangis tiga hari tiga malam selepas keluar dari hospital gara-gara kerancunan makanan kerana kecewa. Sudahlah Liana bertungkus lumus berlatih hendak masuk ke pusingan akhir itu, tapi sayangnya Redd yang menang.
"Jauhkan diri kau dari Liana, Redd. Kau adalah berita buruk untuk dia. Cukup sekali aje aku tengok dia menangis sebab kau. Jangan kali kedua..."beritahu Seth dengan serius.
Mathias di situ tidak membantah. Dia yang dengar turut bersetuju. Dia bukannya tidak suka akan Redd. Cuma dia rasakan, Redd mungkin beri pengaruh tidak sihat untuk mental Liana kalau Redd cuba dekati rakannya itu.
BAM!
Tidak semena pintu almari itu di tutup kuat oleh Redd. Dia dengan mencerun marah pandang akan Seth. "Hak aku nak dekati sesiapa. Kau bukan bapak aku nak masuk campur!"deramnya sebelum melangkah luas ke arah pintu dan keluar dari situ.
BAM!'
Dihempas pula pintu bilik itu hingga bergegar rasa tanah yang dipijak.
Mathias ikut berkedip mata sebab terkejut.
Sementara Seth hanya diam memandang pintu yang tertutup rapat itu dengan gigi berketap kuat.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...