🎶 CHAPTER 32 🎶
Selesai hadiri makan malam dengan Menteri dan orang terhormat, Putera Mahkota Ares bersama Raja Aryan pulang semula ke istana dengan iringan pengawal keselamatan. Dua buah kereta dengan empat motor pengiring memenuhi jalan raya tu sehingga la tiba di perkarangan istana.
"Selamat pulang tuanku.."ucap pengawal yang menjadi pintu masuk Utama istana tu.
"Ya."angguk Raja Aryan saat membetulkan kot di badan sebelum melangkah naik mendaki tangga.
Lalu muncul Putera Mahkota Ares tidak lama kemudian selepas lelaki itu keluar dari kereta satu lagi. Setiba saja di situ dia jalan di belakang Raja Aryan tanpa mengatakan apa-apa selain mendengar perbualan raja dengan pengawal tadi.
"Bagaimana dengan Permaisuri dan Puteri Aria?"
"Mereka baru sahaja selesai makan malam bersama tetamu Encik Redd Sterling tadi."
"Ohh..lupa. Pelajar itu datang membuat persembahan lagi ya?"Raja Aryan tersenyum.
"Ya tuanku."
Putera Mahkota Ares melemparkan pandangannya ke arah hutan gelap di kiri bawahnya sesaat sebelum mereka masuk ke pintu masuk bangunan tu. Yalah..seronok la Puteri Aria kerana dapat menemui crush tanpa susah payah. Sementara dirinya terpaksa hadiri urusan diraja dan ketinggalan sesi pertemuan rahsianya dengan insan istimewanya.
"Beta ingin terus ke bilik tidur. Kamu attend putera mahkota."arah Raja Aryan sebelum dia bergerak ke kanan.
"Baik tuanku."angguk pengawal itu dengan tundukkan hormatnya.
Menjauh sahaja raja dari situ, Putera Mahkota Ares melepaskan keluhan panjang keletihannya. Butang suit dibuka satu persatu. "Di mana tuanku Permaisuri sekarang?"soalnya sambil menanggalkan suit dari badan.
"Baginda bersama dengan tuan puteri."beritahu pengawal itu sambil hulur tangan mahu mengambil suit itu.
Sedang Ares menyerahkan suit dia kepada pengawal itu, tiba-tiba sahaja telinganya menangkap bunyi Alunan piano yang sangat tidak asing dari situ. Tidak bergerak apalagi bernafas, Ares diam di situ memasang telinga.
"Adakah tetamu Puteri Aria masih ada di sini?"tanya Ares memandang sekelilingnya dengan ingin tahu. Kenapa lagi ni dimainkan?
"Mereka masih ada di dalam tuanku."pengawal itu menjawab dengan pandangan di atas lantai. Peraturan diraja yang perlu dipatuhinya.
"Kalau macam tu tinggalkan saya...saya akan uruskan diri sendiri. Kamu semua boleh dismiss."arahnya sambil berpaling dari situ.
Semakin lama alunan piano tersebut menjadi jelas. Memang betul ianya adalah lagu yang dia dengar semasa Liana dengarkan kepadanya di hutan tempoh hari, mengetahui hal tersebut telah membuatkan jantung Ares berdetak laju dengan tiba-tiba. Selain Liana dan dirinya, tiada siapa patut tahu lagu ini.
Perasaan Ares waktu itu campur baur. Takut, teruja dan risau berlegar-legar dalam dadanya sepanjang masa dia berjalan merentasi koridor di situ sebelum tiba di depan anak tangga. Dari situ lagi dia dapat dengar Alunan lagu tu.
Selangkah demi selangkah anak tangga di dakinya. sambil tu dia memasang telinga dengan lagu yang berdendang dari arah tingkat satu tu.
Please...jangan beritahu dia...!
Jangan beritahu dia Liana ada di dalam istana ni!
Langkah Ares terasa berat sepanjang masa dia mendaki anak tangga di bawahnya. Memikirkan kemungkinan yang Liana berada di istana menyebabkan nafasnya naik turun hendak diserang anxiety.
Sesampai saja Ares di puncak tangga, dia membelok ke kanan. Masih mengikut asal lagu tu datang...iaitu di ruangan Utama istana tu. Ada piano di situ. Jadi dia pasti ianya dari situ.
Dengan penuh debaran di setiap langkah yang diatur, Ares hampiri pintu ruangan itu.
"Anakanda Ares?"suara Permaisuri Johenah memanggil dari belakang kedengaran tiba-tiba.
Dengan nafas tertahan Ares berpaling. Langkahnya terhenti serta merta kerana hendak berpusing menghadap ke belakangnya. "Bonda.."sambutnya di balik nafas tidak tenangnya.
"Bila anakanda pulang?"Permaisuri jalan mendekat ke arah Ares dengan senyuman lega di bibirnya. "Ayahanda kamu dimana?"
Ares toleh ke belakang. memandang ke arah pintu ruang Utama yang berada tiga meter dari tempat di berdiri. Sikit aje lagi. "Ada di bilik tidur katanya tadi...bonda dari mana?"dia mendekat ke arah Permaisuri Johenah sebelum merangkul lengan tu.
"Oh iya ke..."Permaisuri Johenah bawa mereka ke arah tangga semula. Membuatkan Ares terpaksa ikut langkah Permaisuri. "Bonda baru saja memujuk adinda kamu selepas merajuk tadi."
"Merajuk?Kenapa?"
Tidak semena Permaisuri ketawa kecil. "Ada ke patut dia marahi tetamu kita hanya kerana dia menolak lamaran adinda kamu tu.."
Ares pandang tepi wajah Permaisuri semasa memimpin wanita itu menuruni anak tangga di situ. "Lamaran?"
"Iya...Adinda kamu berminat sungguh kepada Pianist Redd Sterling tu...tapi dengan hormat pianist itu menolak lamaran Puteri Aria..."Permaisuri Johenah menggeleng kepala bersama senyuman di bibir.
"Di mana lelaki tu sekarang?"waktu itu Ares sudah tidak lagi mendengar lagu yang didengarinya. Hal itu membuatkan dia semakin tidak sabar hendak naik ke atas semula untuk check!
"Rasanya ada di ruangan Utama tadi..."beritahu Permaisuri Johenah memandang langkah yang di atur saat menuruni tangga di bawahnya.
Cepat-cepat Ares dongak memandang ke tingkat atas. Dia gigit bawah bibir dengan tidak sabar! "Jom anakanda teman bonda balik ke bilik.."ajaknya mahu segerakan langkah mereka itu.
Pada waktu Ares dan Permaisuri Johenah tiba di bawah tangga, waktu itulah Liana muncul bersama Redd di samping dari tingkat atas itu. Dan bila Liana hendak pandang ke arah tangga, kelibat Ares menghilang setelah lelaki itu membelok masuk ke satu selekoh di tingkat bawah itu.
Apabila Ares muncul dan pergi ke ruangan utama itu, mereka sudahpun tiada. Tidak dapat dia dapatkan kepastian kerananya.
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
عشوائيKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...