🎶 CHAPTER 70 🎶
Bow violin bergerak ke atas dan bawah mengikut pergerakkan tangan yang memegangnya. Sendirian di dalam bilik studionya., Liana sudah berdiri di situ sejak tiga jam yang lepas. Tidak berhenti dari menjalani latihan untuk pertandingannya yang bakal berlangsung minggu hadapan. 10 orang peserta yang terlibat. Dia antaranya. Untuk itu latihan pada saat genting amat penting buat dia.
Kebanyakan pelajar telah pun beransur pulang ke asrama masing-masing. Lana dan Mathias ada la jugak temankan dia sekejap. Tapi Liana suruh mereka berdua pulang supaya tidak ke bosanan. Setelah itu Seth pula muncul. lelaki itu berikan dia minuman dan snek untuk kudap-kudapan dia sekiranya lapar. Setengah jam kemudian Seth terpaksa keluar kerana ada latihan fencing yang perlu dilakukan. Sejak itu Liana bersendirian.
Berhenti sekejap Liana masa dia tunduk memeriksa note muzik dari kertas di note music stand depannya.
Tik!
Tik!
Dua titisan darah menitis jatuh atas nota tu dengan mengejut.
Tersentak melihatnya Liana terus pegang bawah hidungnya. "Sh*t!"lafaznya setelah bawa tangannya ke depan muka. Darah terpalit pada jari dia waktu itu.
Dengan sebelah tangan pegang hidung, Liana gerak ke beg sandang di atas meja sebelahnya. mengeluarkan tisu dari situ dengan kalut sampai buatkan beg dia terjatuh atas lantai, menyepahkan segala isi dalam beg tu.
Ahh!
Boleh pulak time macam ni nak jatuh!
Liana bercangkung dekat situ, cuba cari tisu dari dalam beg pada masa yang sama simpan semula barang dia yang bersepah. Saat tangan kanan dia mahu mencapai pen yang tergolek di situ, muncul satu sapu tangan di atas tapak tangan di depan mukanya.
Dengan terkejut dia dongak pandang ke atas sebelum bertentang mata dengan Puteri Aria.
"Kau nak ambik atau nak tengok muka aku sampai bila-bila?"tanya Puteri Aria semasa tunduk melihat keadaan Liana yang sedang berdarah di tangan yang menekup hidung.
Bila dengan macam tu,Liana nak tak nak capai jugak sapu tangan dari tangan Puteri Aria lalu membersihkan darah dari hidungnya menggunakan sapu tangan tersebut. "Puteri Aria...apa tuan puteri buat dekat sini?"tanya dia dengan kekok saat mengangkat beg dari atas lantai lalu berdiri menghadap gadis tu.
Nak apa pulak minah tiga suku ni dari dia?
Kalau tak maki mesti marah..kalau tak marah mesti nak cari gaduh. Bosan sangat agaknya hidup Puteri Aria ni sebab asyik cari dia.
Puteri Aria menyilangkan tangannya ke dada lalu melihat violin dan kertas note muzik Liana di belakang. "Suka hati aku la..."balasnya dengan muka tak suka.
See!Dah agak punya. Ni muka ketat macam spender batman ni mesti ada yang tak kena la ni. Liana mengangkat keningnya dengan tinggi. "Kalau tuan puteri datang sini cuma nak cari gaduh dengan saya, baik tuan puteri keluar. Saya tak ada masa nak nak menghadap tuan puteri."beritahu Liana awal-awal.
Entah dah berapa kali dia dengar perkataan yang sama. 'tak ada masa nak menghadap!'. Semua orang dekat kanan dan kiri dia cakap macam tu. Merimaskan sangat ke diri dia ni? "Ni...aku nak tanya kau...kau ada jumpa dengan Senior Redd ya?"
"Dah kenapa tiba-tiba tuan puteri fikir saya temui Redd?Tuan puteri Nampak ke?"Liana pandang funny ke Puteri Aria saat ambil tempat di kerusi semula. Botol air berwarna biru miliknya di capai lalu meneguk sedikit air kosong dari dalamnya.
"Hei!Aku tanya sebab aku tak tahu la!Kau jangan nak berlagak sangat boleh tak. Buat naik darah aku je la."
Aik?Liana pandang Puteri Aria dengan kening berkerutnya. Budak ni yang datang jumpa dia kut!Tetiba nak menyentap kenapa. Pening la kepala tengok Puteri Aria ni. Cepat-cepat la dewasa. Biar berkembang sikit otak tu. Asyik-asyik cemburu, Redd memanjang, macam dah tak ada lelaki lain dekat muka bumi ni?Tak Nampak ke Redd tu tak sukakan Puteri Aria?
"Tak. Saya tak jumpa Redd. Saya ada banyak benda nak buat dari bercakap dengan Redd."
"Dah tu kenapa Senior Redd layan aku kasar-kasar. Selama ni tak ada pun?"cebik Puteri Aria sambil mencekak pinggang.
Dia dah muak la tu. Liana dengus mengejek. Hujung bibirnya terjungkit sedikit. "Mana la saya tahu. Kan Redd teman lelaki tuan puteri?Kenapa tuan puteri tak tanya dia sendiri??""
Sambil menarik muka panjang, Puteri Aria dengan kesal gerak ke arah kerusi di hadapan meja Liana lalu menghenyak punggung dengan marah. "Macam mana aku nak tanya kalau dia asyik jeling dekat aku macam aku buat salah!"
"Memangnya dia marahkan pasal apa?"Liana perhatikan mimic muka Puteri Aria yang sedang menarik muncung. Nampak macam nak menangis pun ada dia perhatikan. Ini mesti tentang keputusan Red hendak pindah.
Untuk seketika Puteri Aria termenung memandang jari jemarinya. Dia kutil-kutil hujung kuku dengan kuku yang lain.
Liana yang masih memegang violin terus angkat bow, dia sambung semula latihannya.
"Teruk sangat ke aku ni?Sampai semua orang buat tak tahu dengan kehadiran aku?"tanya Puteri Aria tidak lama kemudian. "Halau aku pergi macam aku ni tak penting..."
Terhenti terus tangan Liana dari menggesek tali violinnya. Dia termenung sekejap semasa pandang ke note musik sebelum angkat kepala memandang Puteri Aria. Perlahan-lahan dia turunkan violin dari bahu sebelum ditegakkan atas peha. Ni kenapa?Baru sedar nak tanya perkara yang sepatutnya di sedari dari awal lagi ke?Atau saja nak cari topik untuk berbual?
"Aku dah dibesarkan dengan semua benda tersedia, dan tak di tegah kalau nak buat sesuatu, atau di tegaskan dengan sesiapa kalau apa aku buat tu salah ke betul, dah di biasakan dengan perhatian dan semua kehendak aku di tunaikanjadi normal la kalau aku macam ni kan?"Puteri Aria berkata tanpa memandang Liana.
Liana mengeluh.
"Kalau macam tu jangan memaksa orang untuk terima kehadiran tuan puteri dalam hidup mereka. Saya faham tuan puteri sukakan pada perhatian. Tapi ada batasnya. Kalau tuan puteri terlalu mendesak, ianya takkan berakhir dengan baik.."
Puteri Aria mengangkat matanya lalu bertentang mata dengan Liana.
"Saya pun macam tu jugak. Kalau orang tak sudi terima kehadiran kita, cepat-cepat la undurkan diri. Jangan stay. Jangan sakiti diri sendiri bila tiada siapa yang hargai kewujudan kita di sisi mereka. Sebab semakin kita nekad hendak kekal, semakin banyak ia akan memakan diri kita."Liana beri senyuman nipis kepada Puteri Aria.
"Maksud kau, aku kena lepaskan Senior Redd?"
Liana menjungkit bahu.
"Kadang-kadang apa yang kita rasa tu terbaik untuk kita tak semestinya elok untuk kita."Sakit tu memang sakit, tapi lama-lama okay la balik.
Puteri Aria buat muka tak Sukanya sebelum silang tangan ke dada dan sandar ke belakang. Dia pandang pintu bilik studio Liana tanpa mengatakan apa-apa. Entah kenapa kalau dia dengar apa yang Liana cakap sedikit sebanyak tenangkan hati dia. Sedangkan dia tak suka pun pada Liana.
Tidak lama selepas itu ,Puteri Aria luangkan masa dalam bilik itu menemani Liana menghabiskan sesi latihan Liana tanpa menganggu senior dia itu. Yang mana Liana biarkan saja sebab sudah menjadi kebiasaannya.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...