📜Kemalangan📜

650 87 0
                                    

🎶 CHAPTER 17🎶

Lengang.

Dingin.

Lalu diselangi dengan suara halus tanggisan kecil seseorang kedengaran.

Hanya sekejap-sekejap tu adalah jururawat dan petugas ke hulu dan hilir masuk ke ruangan dan bilik berdekatan. Melintasi bangku dimana dua orang tu duduk. Teresak-esak menekup mukanya, Lana tidak berhenti menangis sejak tadi. Mathias di depan pintu bilik rawatan tidak senang duduk. Hujung jarinya di gigit resah.

           "Penjaga pesakit Liana?"panggil jururawat yang keluar dari bilik rawatan tidak lama kemudian.

Cepat-cepat Lana bangun. Dia berdiri depan jururawat tu lalu diikuti Mathias dekat belakang.

            "Saya doktor.."nangis Lana begitu merah mukanya.

            Jururawat itu tersenyum senang. "Jangan risau. pesakit tak apa-apa. Cuma tangan kanannya terkehel dan kaki kanannya terpaksa di simen kerana legimen pada buku lali dia terkoyak. Untuk elakkan kecederaan serius, dia terpaksa memakai topang ketiak dan braces sehingga sembuh sepenuhnya. Selain tu luka kecil di dahi serta lengannya tidak dalam. "

           "Ya tuhanku.."terus Lana pusing menghadap Mathias. menyembam mukanya ke dada itu kerana begitu sedih.

            Secara refleks Mathias peluk badan kecil Lana lalu diusap perlahan belakang badan tu. Sambil tu dia memandang jururawat tu. "Boleh kami lihat Liana?"

           "Boleh. Dia tidak akan bermalam di hospital. Kamu boleh bawa dia balik terus selepas mengambil ubat penahan sakit dan antibiotic."

Esak tanggis Lana semakin menjadi-jadi.

            "Baik."angguk Mathias dengan senyuman nipis di bibir.

            "Macam mana ni Mathias...Lia cedera sebab aku.."rengek Lana saat menjarakkan dirinya dari Mathias.

Nak buat macam malang tak berbau!

             Mathias berkerut kening saat mengesat air mata dari pipi Lana. "It's okay. Lia takkan salahkan kau. Dia pun dah okay. Jangan nangis dah. Kau tahu kan Lia orang yang kuat."pujuknya dengan perlahan.

Waktu itulah pintu bilik rawatan kecemasan itu terbuka, Liana muncul di kerusi roda saat jururawat mendorongnya keluar. Bila mereka Nampak Liana bertampal di dahi, kaki berbungkus, Mathias dan Lana terus tunduk mendakap tubuh kawan mereka itu.

             "Maafkan aku Lia.."ucap Lana tersedu sedan.

              Sambil tersenyum senang, Liana balas pelukan itu. "Aku tak apa-apa la. Jangan la nangis macam ni.."pintanya.

              "Kau tahu...aku tak apa-apa. Mungkin ada masalah dengan system sebab itu ada salah faham. kau jangan la bahayakan diri kau lagi macam tadi.."beritahu Lana saat memegang lengan Liana di atas kerusi roda itu.

              Kata-kata Lana membuatkan riak wajah Liana menjadi serius semula. Dia tatap wajah sembab Lana dengan dada berdegup sakit. "Tak mungkin ada salah system..ini mesti ada yang tak kena dengan email yang kau terima tu...kita kena cari tahu."

               Cepat-cepat Lana menggeleng kepala. Air mata berjuraian di pipi. "Aku tak apa-apa. Lupakan aje la. Ianya hanya sebuah lagu. Aku okay je. Please Lia...aku tak nak kau kenapa-kenapa sebab aku..."

                "Betul tu Lia...kasihan Lana. Menggigil dia  merisaukan kau sejak tadi. Ianya mungkin salah system. Benda dah jadi. Lupakan aje la. Apa yang penting keselamatan kau.."beritahu Mathias dengan kening berkerut susah hati bila lihat pipi gebu Lia kemerahan kerana kesan terhantuk selepas jatuh berguling dari tangga besi di belakang pentas tu. Serius!masa dia Nampak tu bagai hendak luruh jantung dibuatnya.

               "Tapi..kau dah bersekang mata untuk lagu kau tu...pertandingan ni penting untuk kau kan?"tanya Liana.

                "Tak apa. Kalau ada peluang lain aku join."geleng Lana. "Serius...aku tak kisah."

                "Dia orang tak bertanggungjawab lepas apa yang terjadi..."beritahu Mathias. "Lepas aku bawa kau ke hospital, pihak management mahupun perempuan nama Miley tu tak majukan diri untuk mohon maaf ke apa.."

                "Maafkan aku Lia."ucap Lana serba salah.

                 Liana capai bahu Lana lalu menarik kawannya itu semula ke dalam pelukan. Dia gosok belakang badan tu dengan laju cuba untuk tenangkan Lana. Dan memang betul, Lana waktu itu sedang menggigil teruk. "Shh...aku dekat sini..jangan nangis lagi dah. Sorry buat kau takut."

                 Mathias tunduk ke atas kepala Liana lalu mengucup mahkota itu dengan mata terpejam rapat. "Syukur la kau tak apa-apa..."ucapnya saat menyandarkan pipi pada kepala tu.

Dan waktu itu Liana berkerut kening memandang tak puas hati akan dinding hospital di depannya. Terbayang dia akan wajah perempuan rambut karat mintak penampar tu. Sejak dia di bawah ke hospital, menerima rawatan dan selesai rawatan, fikirannya tidak habis fahamkan akan situasi yang terjadi di pusat pertandingan tadi.

Macam mana hasil karya Lana boleh tertukar nama dengan peserta lain?

Yang tak boleh blahnya, peserta tu terima anugerah macam tu aje tak cakap apa-apa?

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now