📜Burn!📜

625 86 2
                                    


🎶 CHAPTER 82 🎶

Ugh!

Malunya!

Kenapa!

Kenapa semua ni berlaku!

Mana nak letak muka lepas ni!

Banyak-banyak tempat kenapa depan orang ramai!

        "Haih!"ngeluh Liana bukan kesekian kalinya semasa memandang tak percaya ke depan katil dalam keadaan duduk bersila. Sejak dia sedarkan diri dua jam yang lalu dia hanya termenung dan mengingatkan semula insiden dia pengsan dalam dewan tu depan puluhan orang.

Paling parah depan master dan semua orang tu Ares ambil keputusan untuk tolong dia!

What the heck!

Kalau macam ni la gayanya, dia sanggup jatuh bergolek dekat tangga tu dari disaksikan oleh semua orang atas tindakan Ares!

Kepala dia yang sedia pening menjadi semakin pening bila memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi di akademi selepas dia keluar dari hospital ni nanti!

Cuba la bayangkan macam mana kecohnya keadaan akademi tu nanti!

          "Apa yang cik keluhkan dari tadi?"tegur Jeremiah di tepi katil tu sewaktu tuangkan air mineral ke dalam gelas.

           "Awak tanya saya?Awak tanya saya apa yang saya keluhkan?"Liana palingkan kepala dengan letih ke kanan. Pandang akan lelaki lampai tu dengan muka nak menangis. "Kalau betul apa yang awak beritahu saya sebentar tadi...itu bermakna saya dalam masalah besar.."

            Jeremiah gerak ke meja stand yang ada di hujung katil lalu ditarik mendekat kepada Liana. "Masalah besar?Apa maksudnya?"tanya dia sambil tu.

          "Awak tahu tak bersungguh saya cuba nak elakkan daripada gossip dan juga khabar angin mengenai hubungan saya dan putera mahkota dari ketahuan dengan sesiapa...Ares boleh pulak dengan terbuka lakukan hal apa?Lompat melangkau meja untuk dapatkan saya?Dukung saya?Depan puluhan ramai pelajar?Awak rasa apa patut saya rasakan sekarang ni?"

Makanan dalam dulang tadi di aturkan atas meja stand itu dengan Jeremiah sewaktu Liana bercakap dengan dia. Disebabkan Putera Mahkota Ares telah dipanggil untuk masuk istana atas arahan Raja Aryan, Jeremiah di arahkan untuk ke situ menjaga Liana. Pesan Ares, gadis itu mungkin akan sedar bila-bila masa. Jadi untuk elakkan Liana terkejut ke bingung ke apa, Ares suruh la Jeremiah ke situ. Sekali tu tak lama Jeremiah tunggu Liana pun sedar. itu yang dia sediakan makanan, mana la tahu gadis itu lapar.

            "Nak dirisaukan apa lagi.."Jeremiah berikan sudu kepada Liana. "Kalau berita mengenai Cik Liana dan putera mahkota tersebar sekalipun...tiada apa-apa yang orang lain boleh lakukan. Ianya adalah hal peribadi putera mahkota sendiri."

             Liana capai sudu itu sambil pandang tak percaya ke Jeremiah. "Mesti la saya risau. Macam mana kalau permaisuri tahu mengenai hal ni?Tak ke mahunya leher saya ni jadi taruhannya.."bebel dia saat tunduk memeriksa mangkuk berisi bubur nasi berbau sup ayam depannya. Baru dia teringat betapa laparnya dia waktu itu. Tapi tekak dia yang sakit buatkan selera dia mati.

Dengan senyuman nipis di bibir Jeremiah pusing mengambil gelas berisi air mineral tadi lalu di letakkan tepi mangkuk dessert Liana. Walaupun dia teringin sangat nak sampaikan hal sebenar yang terjadi, Jeremiah tahankan diri dari mengatakan apa-apa. Biar nanti Liana tahu sendiri.

           "Cik Liana makan la dulu. Sebab nanti cik kena makan ubat semula..jangan peningkan kepala tentang hal tu."

            "Bubur ayam ke ni?"tanya Liana saat mencedok sudu ke dalam mangkuk tu.

             "Ha'ah...putera mahkota sendiri yang pesan saya sediakannya khas dari chef istana. Kenapa cik tak suka?"

              Liana menggeleng kepala. "Terima kasih...dan maaf sebab menyusahkan."dia malu dekat situ tak pasal-pasal kena layan dengan baik oleh mereka disebabkan Ares! Lelaki tu kalau muncul depan dia!Tahu la apa dia nak buat!

            "Tiada apa yang menyusahkan." Jeremiah berdiri di situ dengan kedua-dua tangan di belakang badan memandang tugas dia menghidang Liana makanan telahpun selesai. Sekarang tugas dia adalah memastikan Liana habiskan makanan di situ.

Liana suap sudu berisi bubur ke mulut semasa pintu bilik terbuka. Seorang lelaki bersut jalan masuk ke situ sambil memegang beg kertas. Tersentak kepala dia waktu itu lepas sedar siapa lelaki bersuit itu.

           "Ketua, ini barang yang ketua mahukan."beritahu Ace saat berdiri di tepi Jeremiah.

           "Saiznya ikut yang aku beritahu ke?"

           "Ya."

Waktu itu Liana perhatikan dua lelaki lampai tu dengan muka blur. Tidak Ares...tidak pengawal dan juga pembantu lelaki tu...memangnya orang diraja mempunyai rupa paras yang menawan ya? Jelous pulak!

Jeremiah capai beg kertas itu lalu tunduk meletakkannya ke bawah katil.

Dan Ace di situ bertentang mata dengan Liana. Dengan anggukan kecil dia beri sapa pada Liana.

          "Apa tu?"Liana tanya kepada Ace memandangkan lelaki tu bertentang mata dengan dia.

          "Pakaian untuk cik."beritahu Ace.

          "Kenapa?"Liana tunduk pakaian hospital berwarna kuning cair di badan dia lalu kembali memandang mereka berdua. "Ohh..." kemudian dia berkerut kening. Sekejap!Baju dia?

Mata Jeremiah dan Ace ikut gerak memandang ke Liana bila mereka perasan wajah Liana pandang semacam ke mereka. Dan bila mereka sedar apa yang Liana fikirkan cepat-cepat mereka menggeleng kepala dan bersuara pada masa yang sama.

             "Bukan kami!"

Liana ternganga. Apa yang bukan!?

Ace dan Jeremiah menggeleng kepala.

              "Putera Mahkota yang sediakan. Saya cuma sampaikan."jelas Ace mengenai pilihan baju yang dia bawa tu.

              "Dan nurse yang tukar pakaian cik...."sambung Jeremiah pula.

Gelabah mereka dibuatnya.

              Liana pulak buat muka lega dia lepas dengar. "Oh. Okay."angguknya sebelum tunduk menyambung makan semula.

Dan waktu itu Jeremiah dan Ace masing-masing buat muka 'nasib baik sempat beritahu' mereka.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now