🎶 CHAPTER 22 🎶
Sambil tunduk menulis sesuatu di dalam buku, Seth bersila di hadapan Liana yang sedang tekun memetik tali gitar. Mengalunkan rentak lagu Ed Sheeran.
Waktu itu adalah riadah di antara kelas. Kebetulan pada masa yang sama kelas Liana dan Seth sama-sama mempunyai gap untuk rehat yang serentak. Jadi dua orang itu bertemu di bilik umum pelajar kelas muzik di tingkat tiga bangunan sayap selatan bersebelahan dengan studio dimana pelajar-pelajar piano praktis.
"Mama aku cakap nak ajak balik hujung minggu ni, kau nak ikut?"soal Seth semasa memandang Liana sekejap.
"Hujung minggu ni?"tanya Liana saat menulis sesuatu di dalam buku not muzik dan kembali memetik tali gitarnya.
"Ha'ah...nanti aku balik kau tumpang sekali la."Seth tunduk semula memandang buku sketch dia. Penselnya mula bergerak melukis wajah Liana yang dikerjakan sejak tadi.
Liana mengangguk-angguk kepala saat mula memainkan lagu yang dia sedang reka waktu itu. Dari satu not ke satu not di sambungkan semula membentuk satu melodi.
Sudah tiga buah lagu dia siapkan. Dan ini adalah lagu terbarunya. Sambil dia reka lagu, sambil tu dia bayangkan muse dia, iaitu Guitar Boy misterinya. Rindu dia mahu menemui lelaki tu.
Cukup seminggu dia tidak keluar dari akademi akibat kakinya yang masih belum sembuh sepenuhnya.
"Tak menganggu family kau ke?"Liana pandang semula ke Seth. Menatap tepi wajah yang berhidung mancung tu sekejap.
"Apa yang menganggunya...macam tak biasa pulak."Seth ikut sama mengangkat kepalanya. Niat dia mahu melihat Liana sekali tu mereka berdua saling bertentang mata. Terkedu dia dibuatnya. "Kau nak ikut tak?" soalnya hendak menghilang rasa gugup setelah bertentang mata dengan mata itu.
Untuk seketika Liana membuat muka berfikirnya. Entah la dia tak pasti nak ikut ke tidak. Lagipun dia ada latihan dan recitation minggu ni. "Tengok la dulu. Kalau ada apa-apa aku beritahu kau."jelasnya.
Seth mengangguk kepala faham. Tidak memaksa Liana sekiranya kawannya itu enggan ikut.
Baru sahaja Liana hendak membuka mulutnya, muncul seseorang dari tepi kerusi Seth. Seorang pelajar perempuan bertoncang. Dan bila mereka berdua perasan, dengan serentak Liana dan Seth dongak memandang pelajar perempuan itu.
"Hai Senior Seth.."sapa pelajar perempuan itu dengan senyuman manis di bibir sebaik Seth memandangnya.
Dengan giddy Liana pandang akan Seth lalu pelajar perempuan itu. Well...well....kawan dia ada peminat la.
"Ya.."Seth pandang pelajar perempuan itu dengan riak poker facenya. Dia sedikit pun tidak kelihatan berminat atau tertarik kerana ianya bukan kali pertama didatangi pelajar perempuan mendekati diri dia.
Tersipu malu kerana tatapan dalam Seth, pelajar perempuan itu pun menyerahkan satu sampul surat. "Untuk senior..."serahnya.
Dan seperti yang di duga,
Mata Seth serta merta memandang sampul surat itu sebelum memberi senyuman serba salahnya kepada pelajar perempuan tersebut.
"Maaf. Saya tak berminat."tolaknya yang enggan mengambil surat itu. Yalah daripada dia buang, baiknya pelajar perempuan itu yang simpan sebab tidak kira apa sekalipun sebabnya dia takkan membaca isi kandungan surat tersebut.
Liana yang saksikan hal itu beri muka 'what the hell?' memandang Seth di depannya. Selamba badak aje kawan dia reject pelajar perempuan tu. Sikit pun tak beri peluang atau berlapik. At least ambil la surat tu. Bukannya rugi mana pun. Tak gentle langsung.
"Tapi saya sukakan Senior Seth... takkan senior tak boleh nak pertimbangkannya?"pelajar perempuan masih bertegas. Surat yang dihulur itu masih kekal di depan muka Seth.
"Saya tahu.."angguk Seth yang kemudiannya menolak turun tangan pelajar perempuan itu kebawah. matanya mengerling ke Liana sekejap. "Sebab tu saya tolak. Saya tak nak beri sebarang harapan atau lead awak, saya dah ada orang yang saya sayang.."beritahunya semasa memandang pelajar perempuan tersebut.
Kata-kata Seth itu membuatkan pelajar perempuan itu bungkam. Dia terus memalingkan kepala ke Liana di sebarang kerusi tu. Tak payah jauh-jauh fikir siapa orang yang dimaksudkan tu.
Liana pun bertentang mata dengan pelajar perempuan tu bila dengar Seth cakap begitu. Dia yang tak tahu menahu terus angkat tangan dan menggeleng kepala. No!Jangan libatkan dia! Dia tak tahu apa dalam kepala Seth!Lelaki ni kadang-kadang suka menyusahkan orang!
"Oh...jadi betul la senior Seth bersama dengan Senior Liana?"pelajar perempuan itu menarik sengih sinis saat memandang Liana.
"Eh...ke situ pulak..."Liana pandang ke Seth. Meminta lelaki itu mengatakan sesuatu. "Seth-"
"Sudah Gina. Jangan nak ganggu Liana. " beritahu Seth.
Sambil menyilang tangannya ke dada, pelajar perempuan itu berkata.
"Apa bagusnya dia?Apa kurangnya saya?pandangnya kepada Seth. Dia main violin saya pun pakar violin, nak kata cantik dan bergaya saya lebih baik dari dia, nak kata latar belakang, saya juga ada latar belakang yang setaraf dengan dia..."
Dah kenapa!Liana dekat situ macam apa. Matanya silih ganti memandang pelajar junior di tepi Seth lalu ke muka serius Seth. Tak pasal-pasal pulak. Kenapa babitkan diri dia pulak? Dah kena reject tu terima aje la...menyentap pulak dengan dia apahal!
"Gina..."panggil Seth apabila dia mula berdiri melangit di depan pelajar perempuan tu dan beri renungan mencerun kepadanya. "Jangan libatkan Liana dalam hal ni. Kalau awak dah tak ada apa-apa. Tolong beredar." arahnya.
"Ugh!Fine!"renggus pelajar itu sebelum berlalu pergi dari situ dengan langkah marah. Meninggalkan Liana dan Seth kekok berdua.
"Apa tadi tu?"soal Liana bila Seth kembali duduk.
Tidak memberi sebarang komen, Seth kembali melukis. Sedikit pun tidak kelihatan terjejas dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.
Sebaliknya, Liana yang agak terpinga-pinga dan rasa serba salah. Asal dia pulak!Kan salah Seth!?
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...