🎶 CHAPTER 20 🎶
Knock!
Knock!
Knock!
Ketukan pintu kedengaran berkali-kali dari luar.
Knock!
Knock!
Waktu itu jam di dinding baru menunjuk waktu masuk 7 pagi, Namun ketukan tersebut menyebabkan tuan punya bilik terkutik dari lenannya.
Terpisat-pisat di atas katil tu, Liana gerak untuk menelentang dari tiarapnya semasa bunyi bising dari arah pintu tidak berhenti sejak tadi.
"Liana!Bangun sekarang!"suara dari luar bilik kedengaran tidak lama selepas itu.
Dalam keadaan mamainya, Liana ikut bangun dari baring. Dia duduk sekejap di atas katil cuba hendak sober kan diri dari perasaan lesu yang menghurung waktu itu. Rasanya malam tadi dia tidur awal, tapi rasa mengantuknya itu seakan dia tidur lewat pula.
"Geez women!Please come down!"gerutu Liana apabila dia gerak ke tepi katil dan turun dari situ. Kalau pintu bilik dia roboh rasanya sudah lama ia tumbang dek di pukul dengan Lana.
Setiba di depan pintu, selak di tolak ke tepi sebelum tombolnya di tarik ke dalam. Lantas ia terkuak kecil.
"Kenapa lama sangat kau nak bukak pintu ni??"tanya Lana menolak pintu itu lebih besar lagi lalu masuk ke bilik Liana tanpa menunggu empunya bilik pelawa. "Kau tahu tak apa yang berlaku?"
Masih terpinga-pinga Liana garu kepala dia semasa menutup pintu bilik. "Apa yang dah berlaku?Kau yang rempuh bagai nak rak bilik aku...Patutnya aku yang tanya kau?" kakinya terincut-incut semasa berjalan.
"Kau takkan percaya dengan apa yang aku akan beritahu kau..."senyum Lana dengan lebar. Telefon di tangan di angkat lalu skrin tersebut di talakan kepada Liana. "Aku dapat panggilan dari Pengurus Pertandingan Reka Cipta lagu tu...mereka kata, Miley Helena telah scam aku dengan maklumat palsu supaya aku dapat berikan lagu yang aku cipta pada dia. Dengan cara tu Miley dapat daftar masuk pertandingan tu. Alasanya, Miley buat artikel palsu dan email dia untuk tarik perhatian pelajar akademi ni. Yang mana aku yang lembab ni percaya dan buta-buta emailkan hasil karya aku."jelasnya.
Liana dekat situ buat muka. Dia mengedipkan mata beberapa kali cuba hendak memproses apa yang baru di dengarinya. "Huh?"serius dia tak faham.
"Aku tak tahu apa yang berlaku. Tapi pihak pengurusan tu dah tarik balik hadiah dan pingat dari Miley Helena lepas perempuan datang mengaku ke semuanya sekali.."Lana tersenyum lebar memandang skrin telefon tu lalu di tekap ke dada dengan gembira. "Aku di namakan sebagai pemenang sebenar. Duit kemenangan tu dah dimasukkan dalam akaun pagi tadi. Serius aku tak tahu nak react macam mana. Apa aku tahu perkara pertama aku fikir adalah kau."
Liana yang mamai dan terkejut itu masih tidak dapat berkata-kata.
"Paling teruknya, Miley Helena dikenakan tindakan atas tuduhan assault selepas menyebabkan kau cedera pada hari kejadian. Disebabkan ramai saksi dan bukti yang kukuh, anak mayor tu telah di reman selama dua minggu atas kesalah dia tu..." beritahu Lana. "Padan muka perempuan...berani dia sakiti kau!Sekarang tengok...karma cari dia!"
Huh?
Liana pandang dengan mulut tercengang.
"Aku tak tahu siapa yang lakukan hal ni, tapi aku hargainya. Untuk kau sekali sebab dia orang nak bantu tegakkan keadilan buat kita berdua...heheh...Mathias mesti happy lepas tahu hal ni.."
Liana dekati Lana lalu duduk di sebelah kawannya atas katil tu. "Sini bagi aku tengok.."hulurnya mahu telefon Lana. Serius dia benar-benar kehairanan. Apa yang dah berlaku?
Cepat-cepat Lana serahkan telefonnya kepada Liana. "Aku dengar Mayor Massimo sendiri yang uruskan hal penipuan anak perempuan dia tu..."
Saat Liana baca butiran dalam teks di skrin telefon itu, dia berkerut kening kerana tidak faham. Yalah...macam tu aje?Perempuan berlagak yang tolak dia sampai jatuh tangga mengaku salah?
Macam mana?
"Bagus la semuanya dah kembali kepada hak yang sepatutnya. "Liana menyerahkan telefon itu kepada Lana semula.
"Kan...aku nak beritahu pada ibu aku lepas ni. Dia mesti gembira."beritahu Lana sambil tunduk menyentuh itu dan ini pada skrin telefon tu.
Sementara itu Liana di sebelah termenung memandang ke pintu almari baju dengan kening berkerut. Fikirannya terus teringat akan Guitar Boy. Lelaki tu sibuk bertanyakan dia akan sesuatu mengenai kecederaan dia. Takkan la sebab itu?
"Lana.."panggil Liana semasa toleh ke tepi. Meneliti rakannya sibuk meniap sesuatu di skrin telefon.
"Hmm.."jeda Lana dengan ceria.
Untuk beberapa saat Liana dia sekejap kerana cuba mengatur ayat yang sesuai untuk di katakan. "Kau tahu rupa sebenar Putera Mahkota Ares tak?"tanya dia selepas itu.
"Hm..tak...Ramai yang jumpa tapi tak ramai yang boleh bukak mulut apa lagi ceritakan rupa sebenar putera mahkota sebab privasi. Kenapa kau tanya?"
"Tak...cuma tertanya-tanya.."Liana memandang kakinya yang sudah tidak lagi bersimen tetapi hanya berbalut sahaja. Kecederaannya yang dialami tidak lagi menyakitkan setiap kali bergerak, tapi sediki tegang kalau dia hendak berjalan. "Ramai cerita pasal putera mahkota tu..tapi sekalipun aku tak pernah nampak dia buat public appearance."
Lana mengangkat kepalanya lantas memandang Liana. "Alah...biar aje la. Lagipun kita ni rakyat biasa. Apalah sangat nak dibandingkan dengan golong diraja seperti mereka tu...nak dekat pun tak layak apa lagi berjumpa."
Tidak mengatakan apa-apa selepas itu, keluhan panjang sahaja yang lepas dari Liana. Dia kembali termenung memandang ke depan tanpa sebab sambil terfikirkan akan Guitar Boy yang misteri identitinya itu. Takkan la..lelaki tu yang tolong Lana kan?
🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RastgeleKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...