📜Permintaan📜

672 93 0
                                    

🎶 CHAPTER 24 🎶

Petang Jumaatnya, semua pelajar-pelajar akademi keluar untuk beriadah atau pulang ke rumah masing-masing selepas mendapatkan pass keluar mereka. Ada yang dijemput balik, ada juga yang balik sendiri dengan kenderaan yang mereka upah. Jadi memang sibuk la kawasan laman akademi hari tu dengan kenderaan serta bas keluar masuk ke tempat itu menjemput mereka.

Suara orang melambai tangan dan mengucap selamat jalan kedengaran di sana sini. ada jugak yang berborak akan itu dan ini dengan ahli keluarga mereka yang datang menjemput mereka pulang.

Di balik kesibukan itu, kelihatan seorang pengawas mengintai curiga akan sekelilingnya sebelum gerak masuk menyusuri koridor belakang bangunan sehingga menembusi bangunan dorm pelajar perempuan.

Tidak dicurigai sesiapa. pengawas itu dengan mudah menyelinap naik ke tangga terus ke tingkat tiga. Dia jalan melepasi pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ dengan bagasi atau ahli keluarga mereka. Mereka yang melintasi pengawas tu pula sedikit pun tidak mengerling apalagi menyedari kehadirannya.

Setelah beberapa minit berjalan, pengawas itupun tiba di destinasi Utama dia. Pintu bilik berwarna merah merun. Plak yang ditarah dengan nama 'LIANA FLORENCE' tergantung kemas pada depan muka pintu tu.

Terus dia seluk tangan ke dalam poket kotnya, sekeping lipatan kertas di keluarkan dari situ lalu dimasukkan bawah celah pintu. Seusai itu dia beri beberapa ketukan pada muka pintu tu sebelum bergegas pergi dari situ.

Beberapa saat kemudian pintu bilik tu terbuka, muncul Liana yang bercermin mata bulat menjengah kepala memandang kanan dan kiri koridor tu sambil memegang lipatan kertas di tangannya.

         "Nyah!Siapa kau hah!"panggil Liana lepas dia sedar tak ada orang pun dekat koridor yang lengang tu. Kacau betul!Orang baru nak mencurahkan ilham..dah diketuk pintu. "Apa ni?"bebelnya sendiri semasa membaca coretan di kertas tu.

Tidak lain tidak bukan, ianya dari Guitar Boy!

Memang tersenyum sampai ke telinga la Liana setelah dia membacanya. Sekali lagi dia pandang kanan dan kiri. Cuba nak pastikan orang yang menghantar note itu telah tiada betul-betul atau masih berlegar di situ. Bila confirm orang tu dah pergi Liana gerak masuk ke dalam.

Sambil menutupi pintu biliknya, Liana baca tulisan kemas di kertas itu sekali lagi dengan senyuman lebar.

'Jom jumpa, di tempat biasa..'

Itulah yang tertulis pada kertas itu.

Permintaan yang dia dengan rela hati menurut!

Terus Liana simpan lipatan keras tu di dalam bekas kayu yang diletakkan dalam laci meja belajarnya. Setelah itu dia bergegas untuk menukar pakaian dan bersiap!

Disebabkan kunci yang dia curi dari warden telah dirampas, Liana gunakan cara lain untuk curi keluar dari kawasan akademi itu. Iaitu menggunakan lubang anjing yang tersorok di balik semak belakang kawasan bangunan pusat perpustakaan akademi tu. Ianya sedikit jauh dari tempat tu, tapi jalannya selamat untuk digunakan.

Seperti pencuri takut kena tangkap, Liana jalan sambil tengok kanan dan kirinya dengan awas sepanjang perjalanannya ke belakang bangunan itu. Setibanya di kawasan semak tu, Liana mula membongkok. Dahan halus yang menutupi lubang anjing tu di selak ke tepi. Maka terdedah la satu lubang yang cukup besar untuk Liana menerusinya.

Tidak membawa apa-apa selain beg sandang kecilnya, Liana mula merangkak masuk ke lubang itu melepasi tembok gergasi akademi tu. Dan ia serta merta menembusi kawasan hutan tu. Berdiri saja dia ,kotoran pada bahagian tapak tangan dan lutut kakinya di tepis-tepis.

Menggunakan laluan biasa yang dihiasi dengan papan-papan kecil, Liana menyusuri kawasan hutan itu dengan girang. Kakinya pun tidak sakit lagi, makin bertambah senang hati dia kerana dapat keluar ke tempat kegemarannya semula.

Bunyi kicauan burung dan nyanyian unggas dapat didengari dari mana-mana arah. Tak Nampak dimana tapi sangat jelas bunyinya. membuatkan kawasan hutan itu harmoni dan tenang untuk di lawat.

Semakin jauh Liana masuk ke dalam hutan tu, bunyi desiran air sungai yang mengalir mulai menyapa telinganya. Yang mana buatkan dia mempercepatkan langkahnya itu kerana dia semakin hampir!

Tak sabar dia rasa!

Masa itulah bunyi petikan gitar sayup kedengaran. Lagu yang dimainkan pula seakan memanggil Liana. Tidak berlengah lagi, dia berlari anak ke arah pokok menghadap pemandangan hutan.

Mendekat saja Liana di situ, lagu dari petikan gitar tu semakin jelas, dan barulah dia Nampak Guitar Boy duduk bersila sebelah kaki atas batang pokok mati di sebelah tempat dia berdiri. Senang melihat wajah itu, diam-diam Liana mendekat.

Heheh!

Namun belum sempat Liana mahu mendekat, Ares telah berpaling. Lelaki itu ikut tersenyum kepada Liana apabila mereka saling bertentang mata.

          "Hai..."sapa Ares terlebih dahulu.

          "Alah...baru nak sergah awak tadi.."keluh Liana mengalah saat ambil tempat di sebelah Ares yang sudah menurunkan kaki dari situ apabila sedar dia mendekat.

          "Hahaha...sorry la."Mata Ares waktu itu terlebih dahulu terarah pada kaki kana Liana. "Kaki kau dah okay ke?"

          Liana angkat kakinya serta merta lalu dipusing-pusingkan. "Dah."

          "Syukurlah..."tersenyum lega Ares bila dia Nampak Liana cergas semula. "Jangan sakit lagi. Aku jauh dari kau, kalau ada apa-apa berlaku. Aku tak boleh nak tolong."pesannya.

Kening Liana berkerut semasa dia buat muka funny tak fahamnya.

          "Dengar tak ni?"tanya Ares lagi bila Liana buat tak hirau akan kata-katanya tadi.

          "Ya-ya. Saya dengar."perhatian Liana terarah pada gitar hitam atas riba tu sebelum dia memandang muka pula. "Lama ke awak tunggu?"

          "Tak...baru je beberapa minit."Ares pegang gitar tu sambil memandang Liana. Ingin melampias rasa rindu yang menggunung setelah berhari lamanya tidak bersua.Saat dia menggerak-gerakkan jari jemarinya, wajah gadis itu di tenung lama sebelum berhenti di bibir tu.

           "Sorry kalau saya buat awak tunggu lama. Tadi saya kemas beg..."beritahu Liana. "Seth ajak saya balik dengan dia. Tak nak buat dia terasa hati, saya setuju untuk ikut dia balik lepas makan malam nanti."

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now