🎶 CHAPTER 19🎶
Untuk pertama kali sejak tiga tahun berada di akademi ini, buat julung kalinya dia jejak kaki di bangunan sayap Utara akademi ini. Disebabkan ianya adalah kawasan menara yang jarang diguna pakai, Liana tidak pernah ke situ kerana tiada kepentingan. Lagipun ianya jauh dari kawasan Utama kelas dia diadakan.
Batu-bata yang membentuk ukiran seakan kuda dan naga tersusun sekeliling membentuk bulatan di Lorong sebelah bangunan menara tiga tingkat tu. Pohon renek seperti blueberries dan raspberi tubuh sihat sepanjang dinding bangunan di situ. Daun menjalar telah naik menutupi sebahagian pokok di situ. Menjadikan tempat itu rimbun dan redup sedap mata memandang.
Melalui catatan yang diberikan, Liana tiba di kawasan tersebut pada waktu yang sama biasanya dia selinap keluar untuk hutan. Kesunyian yang menyambut kedatangan dia ke tempat itu.
Berdiri sendirian di situ dengan topang ketiak di bawah lengan, Liana pandang kanan dan kirinya. Cuba nak cari tahu siapa yang ingin menemui dia di tempat yang jauh dari pengetahuan orang lain ni. Harap-harap bukan Puteri Aria la.
Kssk!
Kssk!
Bunyi kersikan kedengaran dari atas pokok sebelum sesuatu jatuh mendarat tepat ke bawah.
Liana dengan kejung memandang ke belakang. Bertentang mata dengan orang yang bangun dari jatuhnya tadi. Ingatkan penjahat, rupa-rupanya Guitar Boy dia. Menahan nafas terkejut dia setelah sedar yang mesej yang dia terima adalah dari lelaki di depannya ini.
"Apa yang dah berlaku?Awak ke yang hantar pesanan tu pada saya?"tanya dia.
Mata hazel itu turun memandang topang di tangan sebelum jatuh pada kaki Liana yang masih mengenakan braces itu. "Kau tak ada dekat tempat lepak kita beberapa hari ni...jadi aku fikir sesuatu berlaku pada kau...tak sangka betul apa yang aku fikirkan.."lelaki itu berhenti di depan Liana dengan rapat.
Liana mengetap bibir kerana mahu tersenyum saat buat muka tak percayanya. Ingatkan dia seorang aje yang teringat akan Guitar Boy, rupa-rupanya Guitar Boy dia juga sama. "Awak cari saya?Dekat hutan tu?"sengihnya meleret.
Dengusan kedengaran dari lelaki itu saat dia tersengih menahan diri dari ketawa di situ.
"Well...as you can see. I can't walk to the forest with this leg.."tunduk Liana memandang kakinya yang berbalut.
"Apa yang berlaku??"Ares tunduk sedikit ke bawah sebelum dia cempung badan Liana begitu sahaja tanpa beritahu.
"Oh my-"Liana terkejut sekejap, tapi dia tenang semula apabila tangannya memeluk bahu luas itu. Hish!Suka sangat dukung dia tak beritahu, buat terkejut je. "Panjang ceritanya kalau nak diberitahu.."
Setiba di tembok batu, Ares dudukkan Liana atasnya sebelum dia melutut sebelah kaki di depan kaki Liana yang cedera itu hendak di periksa. "Aku ada banyak masa. Cerita la.."ujarnya saat pegang kaki yang di pakaikan braces itu.
Liana pandang wajah Guitar Boy dengan kepala terlentok sedikit. Dia perasan wajah itu sedikit serius dari biasa yang dia lihat. "Jangan risau. Saya tak apa-apa. Cuma legimen buku lali saya terkoyak lepas jatuh hari tu.."jelasnya.
"Apa yang buatkan kau terjatuh?" berkerut tengah kening Ares semasa dia dongak memandang Liana.
Berasa aneh dengan aura Guitar Boy dia, Liana ketawa buat-buat untuk hilangkan perasaannya itu. "Hei...relaks. Jangan la serius sangat. Saya betul tak apa-apa. Patutnya saya tanya awak..macam mana awak boleh masuk ke dalam sini dan berikan surat tu kepada pengawas akademi ni?" dalihnya.
Namun pertanyaan Liana sama sekali tidak dihiraukan.
"Liana...beritahu aku. Jangan nak mengelak. Apa yang dah berlaku sampai kau cedera macam ni?"
"Betul...saya cuma terjatuh.."nafi Liana lagi.
Lantas Ares beri tatapan seriusnya kepada Liana. Tiada sedikit pun riak ceria di wajah kacak itu.
Takut dengan perubahan angin Guitar Boy, Liana menelan air liur.
"Ianya cuma kemalangan. Saya cuba bantu Lana dari ditindas masa kami temankan dia ke pertandingan reka cipta lagu di Pekan Almar ahad semalam."beritahunya mahu tak mahu. "Tapi lagu Lana menang atas nama orang lain. Bukan nama Lana. Saya tak puas hati saya cari la pengurus tu. Tapi pemenang yang guna karya Lana tu tak nak mengaku. Saya pun cabar la yang saya akan dedahkan hal sebenar. Tapi dia tarik rambut saya...kemudian-itu yang berbalut bagai ni." dia tunduk kakinya yang berbalut.
Sepanjang masa Liana bercakap, mata hazel itu sedikit pun tidak berkalih apa lagi berkelip dari memandang Liana. Ianya tertancap serius ke wajah Liana. "Siapa nama dia?"
"Hah?"nganga Liana terkedu.
"Siapa nama perempuan tu?"Terus Liana senyum kekok. Dia pegang lengan tu. "Awak...jangan la serius sangat."pintanya kerana hairan dengan perubahan angin lelaki depannya itu. Pertama kali dia nampak lelaki yang selalu bergurau dan ketawa dengan dia marah macam ni.
Tidak semena, Ares capai lengan Liana, dia tarik tangan itu hingga buatkan Liana terdorong ke depan mendekat padanya.
Tertahan nafas kerana tindakan itu, Liana pandang tidak berkedip akan wajah yang begitu hampir dengannya waktu itu. Betapa terpegunnya dia gara-gara itu.
Lantas mereka berdua saling bertentangan mata untuk seketika.
"Jangan buat saya ulang semula. Siapa mereka?"bisik Ares di depan muka Liana setelah Liana mendiam tidak mahu bersuara.
Damn!
Seakan terpukau dengan tatapan mata itu, Liana pandang tidak berkedip lalu berkata. "Miley Helena..anak Mayor Massimo." beritahu dia dalam keadaan terpaku. Selama ni dia okay aje pandang muka Guitar Boy. Tapi tak pernah pulak jantung dia berdegup aneh seperti kali ni!
Jari jemari Ares yang masih erat memegang lengan Liana perlahan-lahan longgar cengkamannya. "Kau patut hati-hati lain kali. Mujur tiada apa-apa yang serius berlaku." beritahunya masih tidak menjauhkan diri dari jarak rapat mereka saat itu.
Barulah Liana mengedipkan mata. "O-okay."angguknya perlahan.
"Dah. Aku temankan kau keluar dari sini. Lepas ni rehat betul-betul jangan main lasak-lasak." Ares bangun dari situ sambil tarik lengan Liana sama untuk bantu gadis itu berdiri. "Bila kau dah sihat sepenuhnya baru keluar. Aku tunggu kau seperti biasa dekat tempat kita nanti."
"Tapi kan...awak tak beritahu saya pun macam mana awak boleh masuk ke sini?"soal Liana saat tangannya meletakkan topang ketiak di bawah lengan kanan. "Ada orang perasan tak?"
Ares pegang keliling pinggang Liana dan mula bantu gadis itu berjalan. "Semua tu tak penting. Yang penting sekarang adalah aku dapat jumpa kau."katanya.
"Kenapa?"tanya Liana bingung-bingung. "Awak perlukan apa-apa dari saya ke?"
Lelaki itu palingkan kepala ke sisi lalu menatap lama wajah Liana sebelum tersenyum lebar. Hilang sudah riak serius dan marah darinya. "Ha'ah...nak tengok muka kau."jawabnya sebelum mengucup dahi Liana.
Terbutang kejung mata Liana bila bibir tu hinggap di dahinya. Panas membahang menjalar naik dari dada ke leher semula ke muka lalu ke telinga! Jantungnya ikut sama berdegup riang.
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...