🎶 CHAPTER 41🎶
"Seth?"tanya Puteri Aria dengan kepala terlentok ke kanan. Lelaki yang segak mengenakan kemeja putih yang di sensing lengan baju di seberang meja di pandang curiga.
"Kau tahu?"
"Seth yang mana kau tanyakan ni?Dalam muka bumi ni bukan hanya ada seorang saja yang menggunakan nama Seth...please la.." Puteri Aria capai gelas berkakinya. Jus oren dalam gelas itu kemudiannya di sisip sedikit.
Putera Mahkota membuat muka. Dia sebenarnya tidak suka bercakap dengan Puteri Aria apalagi meluangkan masa dalam ruang yang sama dengan adik kecilnya itu. Tapi disebabkan atas permintaan Permaisuri Johenah nak tak nak terpaksa la dia menghadap muka ni di awal paginya.
"Ya..kau tahu kan kita ada sepupu lelaki dari belah ayahanda. Anak kepada Marquise Rudden Deveneraux?"
"Ohh...Seth yang itu. Ha'ah. Dia belajar dekat akademi sama tempat aku belajar?Yang kau tiba-tiba baru nak tanya kenapa?Dia dah empat tahun belajar dekat situ tau tak.." Puteri Aria pandang funny akan abangnya. Selama ni tak pernah pulak Ares kisah.
Yalah, sedia maklum sendiri. Kalau family sebelah bapa ni memang kurang rapat atau boleh dikatakan sangat la stranger. Lagipun keluarga belah ayahanda mereka adalah commoner walaupun berpangkat noble, jadi mereka jarang sangat luangkan masa dengan ahli keluarga belah ayahanda mereka itu. So tak hairan la kalau Ares sendiri tak tahu hal ehwal mereka tu.
Sebenarnya ayahanda Ares dan Aria adalah anak lelaki kepada bekas Menteri pertahanan negara yang dijodohkan dengan Permaisuri Johenah 20 tahun yang lalu. Asal ayahanada Ares dan Aria adalah dari golongan bangsawan. Selepas berkahwin barulah ayahanda Ares dan Aria mendapat nama sebagai raja negeri ini.
"Hm.."Ares memegang dagu dengan tangan yang di sikukan atas meja makan tu. Pandangannya terarah pada pasu bunga yang tergeletak cantik di depannya. Semalam Liana asyik sibuk menceritakan tentang lelaki bernama Seth. Awalnya dia tidak fikir banyak. Tapi bila teringatkan Seth sepupu lelaki dari family belah ayahnya itu buatkan dia terasa tergugat pulak. Kalau Seth yang Liana maksudkan adalah sepupu lelaki dia, itu bermaksud yang Liana dan mengenali Seth lebih awal dari dia mengenali Liana la? Aish!
"Apa yang menganggu fikiran kau Ares?Beberapa hari ke belakangan ni jarang aku tengok kau keluar dari istana dengan sembunyi?"
Ares mengerling ke arah Aria lalu bersandar di kerusi itu. memandang adik kecilnya dengan renungan judging. "Apa masalahnya dengan kau kalau aku selinap keluar ke tidak. Kalau kau sibuk dengan akademi, sama jugak dengan aku sibuk hal istana. Suka hati la bila aku nak selinap keluar."
Terus Puteri Aria tersenyum. "Baguslah kalau macam tu..kan elok kalau kau fokus pada hal diraja dari buang masa dekat dalam hutan sana tu. Lagipun ada hal penting aku nak beritahu kau."
Ares diam tidak mengatakan apa-apa.
"Aku...nak mula bercinta."senyum Puteri Aria dengan lebar.
The heck!Mata kiri Ares mengerenyet aneh serta merta bila dengan pengakuan adik kecilnya itu. "Apa kau cakap?"
"Kau dengar aku tadi. Aku nak mula bercinta. Bonda dan ayahanda dah beri kebenaran. Hehehe." makanan atas pinggan itu di ambil Aria dengan gembira. Dan suap makanan ke mulut kemudiannya dengan senyuman lebar di bibir.
"Kecik-kecik dah pandai nak bercinta. Kau budak lagi. Tak boleh."tegas Ares serta merta.
"Dah kenapa?Ayahanda dengan bonda tak cakap apa-apapun..kau nak menegah kenapa!?"
"Of course sebab kau baby sister aku. Selagi kau belum dewasa jangan mengada nak bercinta."
"What ever. You're not my father."
Lidah Ares berketik saat dia pandang Aria kecik besar di seberang meja tu. Sebab ini ke bonda dia beria suruh luangkan masa dengan Aria. Bonda dia tahu yang Aria akan maklumkan hal ini kepada dirinya. Dan sah-sah bonda dia mahu dia yang uruskan Puteri Aria sebab ayahanda dan bonda dia sendiri tak boleh nak kawal sikap keras kepala dan degil Puteri Aria ni.
"Adakah kau ke akademi tu semata nak bercinta?Bukan mencari ilmu Aria Giovina?"
"Aku ke situ sebab ianya tempat bonda menemui cinta pertama dia. Dan aku harap aku dapat lakukan hal yang sama. Apa salahnya?"balas Puteri Aria dengan sassy. "Lagipun aku tak buat apa-apa yang salah. Bercinta itu bukan satu jenayah."
Ares mendiamkan diri untuk seketika. Dia teringat akan lelaki bernama Redd Sterling yang digilai oleh Aria selama dua tahun ini. "Jangan kau cakap dekat aku orang yang kau nak bercinta sangatkan tu adalah Redd?Mamat piano tu??"
"Hei!Sebut tu baik sikit eh. Jangan kau mengutuk cinta hati aku tu.."
Pfft!Apa dia?Cinta hati?Umur baru 16 tahun berlagak macam dah besar! "Jangan nak buat lawak. Aria. Aku tak izinkan kau bercinta seawal ni. Tak kira apa kau akan lakukan. Kalau kau dekati mana-mana lelaki pada usia kau macam ni. jangan salahkan aku lelaki yang kau cintakan tu pergi jauh dari sini tak berjejak."arah Ares dengan nada penuh autoriti.
BAM!
Puteri Aria menghempas sudu dan garpunya di atas meja dengan marah saat gadis itu berdiri tegak dari kerusi. Dia pandang berang ke arah Ares di hadapannya itu. "Apa kau cakap?!"
Ares ikut sama berdiri. Dia pandang penuh amaran akan Puteri Aria. Selaku anak sulung, dia kena bertanggungjawab dan tegas dalam menjaga adik kecilnya yang terlebih kasih sayang dan perhatian ni. Kalau apa-apa berlaku pada Aria, dia takkan maafkan dirinya! "Aku buat apa yang aku cakap Aria. "
"But he's a good guy Ares."rengek Aria dengan kening mencerlung tidak puas hatinya. "Ayahanda dan bonda pun tak halang..kenapa kau yang beria nak halang!"bentaknya selepas itu.
Ares berdengus kecil. "Aria...kau masih kecil lagi.....kau pasti nak bercinta seawal ni?"
"Aku bukan budak kecik!"jerit Puteri Aria.
"Well then...do it. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi. Dan jangan kau meraung depan aku apalagi ayahanda dan bonda kalau apa-apa terjadi."pesan Ares dengan marah sebelum berpaling pergi dari ruangan makan itu. Bercakap dengan Aria ni ibarat menuang air ke atas daun keladi.
Satu usaha yang sia-sia dan tidak hasil sama sekali!
"Aku bencikan kau Ares!!"jerit Aria di belakang saat perhatikan abangnya berjalan keluar dari ruangan tu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
Ngẫu nhiênKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...