🎶 CHAPTER 13🎶
Alunan muzik concerto bach memenuhi dewan orchestra semasa kelas Liana menjalani sesi latihan berkumpulan mereka. Terdiri daripada 10 orang pemain violin, 8 viola, 4 cello, 1 double bass, 12 windmill, seorang piano, 8 clarinet, 6 flute. dan beberapa orang lagi pemain soprano, tuba dan tenor saxophone. Mereka semua di situ memandang note muzik di stand masing-masing saat memainkan lagu yang disertakan.
Conductor di bahagian depan iaitu master menggerakkan tangan mereka mengikut rentak dengan tertib yang betul.
Selama 45 minit sesi latihan mereka berlangsung. Menggemakan seluruh dewan itu dengan lantunan muzik setiap perkusi yang dimainkan.
Bilah violin naik turun dengan seragam, petikan piano berdenting dengan seragam. Apabila beberapa barisan berhenti hanya kedengaran pemain violin sahaja yang melakukan pergerakkan. Setelah itu diselangi dengan cello dan bass. sebelum semua bergerak dengan serentak.
Lady Ambrinth paling hadapan mengetuai persembahan mereka sambil di bantu oleh seorang lagi pelajar lelaki yang duet sama dengannya sambil diiringi dengan pemain viola. Sedang dia terlalu asyik menggesek tali violinnya, air muka Lady Ambrinth berubah sebelum dia terlalu kuat menggesek bow dia hingga menyebabkan tali violin dia snap!
Terhenti semua orang di situ apabila lead solo mereka senyap.
Master Jovine di depan turunkan tangan ke sisi apabila perasan ada yang tidak kena pada Lady Ambrinth. Anak kepada Duke Massimo, seorang jutawan terkenal di tanah air dan juga sepupu kepada raja negeri sebarang. "Kamu tak apa-apa ke?"
Tercebik hendak menangis, Lady Ambrinth turunkan violin ke bawa dengan kepala tunduk ke bawah. "Maafkan saya master.."ucapnya perlahan.
"Kenapa ni Lady Ambrinth?"soal pelajar lelaki di sebelahnya waktu itu.
Liana di barisan belakang jengahkan kepala, cuba hendak cari tahu apa yang sedang berlaku waktu itu.
"Aku dengar malam tadi dia kena reject dengan putera mahkota..."
"Lah..."
"Masa dia balik ke dorm, matanya dah merah sebab banyak menangis.."
Beberapa orang pelajar perempuan berdekatan dengan kerusi Liana duduk mula berbisik sesama mereka. Hal itu membuatkan Liana toleh kepala ke kirinya. Memandang pelajar-pelajar perempuan pemain cello dan violin di situ berborak.
"Kau tahu ke apa yang berlaku?"
"Lady Ambrinth cerita, masa makan malam tu putera mahkota langsung tak nak pandang apalagi berborak...jadi Lady Ambrinth mulakan perbualan dulu, tak sangka pulak Putera Mahkota keluarkan kata-kata tidak elok pada dia...katanya Lady Ambrinth gunakan pengaruh keluarga hanya untuk dekati Putera Mahkota...dan ada la ayat lain."
"Takkanlah sampai macam tu"
"Apa nak dihairankan...kalau Puteri Aria sendiri berperangai kurang sopan, inikan lagi Putera Mahkota.."
"Takutnya aku nak dekati mana-mana ahli kerabat diraja Genovia ni.."Sedang mereka semua di situ berborak, waktu itulah Lady Ambrinth berjalan keluar dari situ bersama esak tanggis kesedihannya.
Sementara itu Liana yang dengar dan saksikan situasi tersebut buat hanya buat muka tidak kisah dia.
"Baiklah kelas..memandangkan kamu punya persembahan pada hari ini memuaskan. Saya habiskan kelas awal. Mana-mana yang ada kelas selepas ini boleh la bersiap untuk hadirkan diri. Dan sebelum kamu keluar, saya minta kamu untuk praktis note lagi dari Bach, BWV 1043 sebagai kuiz kamu minggu hadapan. Jika tiada siapa yang lulus dengan baik. Saya akan turunkan gred kamu."pesan Master Jovine selepas keadaan menjadi reda.
"Baik master."sambut mereka semua di situ dengan serentak.
"Lia!"panggil Lana dengan beg cello di belakang badan. Sudah awal bersiap mengemas.
Liana masih memasukkan bow dan violin ke dalam beg khas itu. "Kenapa?""Aku dah siapkan lagu tu..boleh kau tengokkan?"minta Lana dengan bersemangat saat berdiri di tepi kerusi.
"Lagu apa?"kening Liana berkerut semasa dongak memandang Lana di sebelahnya waktu itu.
"Ish...takkan dah lupa. Pertandingan aku tu la..."
"Ohh..okay. Boleh je. Bila kau nak tunjuk dekat aku?"
"Sekarang pun boleh. Kita lepak dekat depan laman kolam air terjun tengah bangunan ni."Lana bantu Liana pegang buku not muzik.
Seronok betul dia perhatikan. Liana berdengus kecil saat memandang wajah bersemangat Lana. "Aku doakan usaha kau ni berbuahkan hasil yang lumayan ya Lana.."kepala rakannya di gosok.
"Hehehe...thank you. Dah jom!"
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...