📜Pengawal Diraja📜

690 91 2
                                    

🎶 CHAPTER 9🎶

Seorang pengawal diraja berjalan masuk ke arah pintu bilik dua daun warna putih bertombol emas. Mendedahkan ruangan bilik tidur Utama putera mahkota yang gah dan mewah dengan design hitam putihnya. Di atas katil duduknya lelaki yang mengenakan hoodie kelabu sedang mengikat tali kasut.

             "Tuanku nak keluar lagi?"soal Jeremiah semasa bergerak menutupi pintu di belakang.

             Selepas menyelesaikan urusan dirajanya, Ares terus bersiap dan makan awal-awal lagi. Kebiasaan dia jika pada hari itu jadualnya tidak padat. Kalau ada masa lapang Ares akan keluar berjoging sekitar kawasan istana dan bukti di belakang hutan. "Ha'ah..."jawabnya saat mengikat tali kasut kaki kirinya.

             "Lama ke tuanku keluar?"soal Jeremiah, pengawal peribadi dan juga pembantu putera mahkota. Hanya beza beberapa tahun sahaja dengan Ares. Bahkan mereka berdua adalah sahabat baik sejak kecil lagi. Jeremiah masuk ke istana seawal usia 9 tahun kerana factor keluarganya yang juga staf di istana ini. Dan sejak itu dia berkawan dengan Ares.

             "Tak pasti...mungkin lama...mungkin sekejap. Bergantung pada keadaan."jawab Ares lagi sewaktu bangun berdiri. membetulkan pakaiannya sambil memandang Jeremiah.

               Jeremiah tersenyum. "Tuanku tahu kan malam ni ada sesi makan malam dengan kenamaan?Bagaimana kalau Raja tahu tuanku keluar sekali lagi?Tak ke masalah yang saya dapat nanti?" Sejak menjadi pengawal Ares, Jeremiah dah hafal sangat dengan perangai memberontak putera mahkota depannya ini. Disebabkan Ares tidak suka hidup dalam keadaan terkongkong dengan adat dan peraturan di istana, Ares kerap lakukan hal yang tidak sepatutnya di luar pengetahuan orang lain, kecuali dia.

Terus Ares gerak ke arah beranda biliknya. Dia gerak mendekati pokok besar yang bertemu dengan tembok batu di beranda itu. Laluan biasa yang dia gunakan setiap kali nak menyelinap keluar. Panjat sahaja pokok itu dan terus turun ke bawah macam tu je tanpa dikesan.

              "Tuanku....bahaya tu..nak saya temankan ke?"panggil Jeremiah saat keluar dari bilik tu untuk ke beranda. Dia perhatikan dengan risau pergerakkan Ares bersama kerutan di kening. Ke mana aje la putera mahkota dia ini hendak pergi? Dia cuba tanya, tapi sekalipun tidak mahu beritahu.

Ares berdengus kecil saat melangkau kakinya ke atas tembok itu. Sambil membuat muka funny, dia pandang akan Jeremiah yang sedang kerisauan.

                "Relaks my brother...nothing bad gonna happen. Aku cuma nak ambil angin aje. Kalau bonda tanya aku ke mana, pandai- pandai la kau bagi alasan. Macam tak biasa pulak."

Jeremiah cepat-cepat mendapatkan Ares, lengan itu dipegang terburu-buru. Dia begitu risau kerana takut jika Ares tidak sempat pulang ke istana sebelum majlis makan malam tu bermula.Puteri Aria tu bukannya boleh diharapkan sangat. Kalau boleh mahunya di dedahkan kegiatan rahsia Putera Mahkota Ares nanti kalau lelaki itu tidak hadirkan diri pada makan malam nanti. Memang la dia biasa beri alasan untuk Putera Mahkota Ares, tapi kadang-kadang dia sendiri mati kutu nak mencari idea.

                "Tuanku...saya tahu saya tak patut sibuk. Tapi boleh tak tuanku beritahu, tuanku nak ke mana?Kenapa setiap hari tuanku hendak keluar?Tuanku berjumpa dengan siapa?" soal Jeremiah sambil menurunkan tangannya dari lengan Ares.

              Ares pandang Jeremiah untuk seketika sebelum melepaskan keluhan mengalahnya. "Kan aku dah cakap...aku cuma berjoging untuk ambik angin. Berapa kali nak aku beritahu. Lagipun aku tak lama. Tahu la aku nak balik pukul berapa nanti. Jangan risau. Sempat punya aku balik ke sini sebelum majlis makan malam tu bermula.."

              "Macam mana kalau tuanku lambat?Saya nak jawab apa?"

               Ares tepuk tepi lengan Jeremiah memberi kepastian. "Jangan risau. Aku balik sebelum majlis tu bermula."

              "Biar saya ikut tuanku sekali kalau macam tu.."minta Jeremiah.

               "Tak payahlah..."

Jeremiah termenung memandang wajah Ares yang tersenyum senang kepada dia. Hairan. Sangat hairan sebenarnya....selama dia kenali Ares, jarang sekali Ares hendak senyum jika mahu melakukan sesuatu. kecuali satu perkara...iaitu setiap kali Ares keluar secara sembunyi begini, wajah Ares bersinar teruja, senyuman tu tak pernah lekang dari bibir. Apa yang buatkan putera mahkota mereka ini tersenyum senang?

               "Lelaki ke perempuan?"tanya Jeremiah tiba-tiba.

               Terkedip-kedip mata Ares dibuat soalan itu. "Hah?"hujung bibirnya terjungkit sedikit kerana hendak tersenyum.

               "Orang yang tuanku hendak berjumpa sekarang ni...lelaki ke perempuan?"

               Ares menjuling mata menyampah saat berdengus kecil hendak ketawa. "Dah la...banyak cakap pulak kau ni.."terus dia lompat atas pokok itu dan memegang dahan-dahan di situ sebagai sokongan.

Dalam keadaan tidak terkata, Jeremiah berdiri di beranda tersebut tanpa mengatakan apa-apa. Dia hanya diam memerhatikan pergerakkan Ares yang cekap melompat turun dari pokok itu tanpa bergelut sedikit pun.

               "Aku gerak dulu. Tolong cover untuk aku ya.."

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now