🎶 CHAPTER 67 🎶
"So itu la kisahnya.."beritahu Lana.
Mata kiri Liana berdenyut-denyut. Dia pandang Lana ibarat rakannya ditumbuhi kudis ngeri di wajah. "Kau ni biar betul..."soalnya sebab tak percaya dengan apa yang baru aje didengar.
"Betul la... takkan aku nak reka cerita pulak. Macam dah tak de kerja pulak..."Lana capai bantal bulat di atas katil Liana lalu di peluk rapat ke perut.
Liana di kerusi belajarnya melemparkan pandang ke arah pintu bilik. Dia termenung sekejap.
Jadi Redd nak pindah??
Sebab nak larikan diri dari Puteri Aria?
Dan tak boleh move on dari dia?
Kenapa macam kesian aje bunyi tu?
Dah tak ada pilihan lain ke selain pindah, kan sayang sebab dah masuk tahun akhir.
"Dia tak nak jumpa aku sendiri sebab risau kalau Puteri Aria tahu?"soal Liana.
"Iya...berapa kali nak aku jelaskan. Tak percaya kau boleh tanya Mathias. Dia ada sekali masa Redd datang.."kini Lana menumbangkan badannya ke atas katil pula. Dia suka baring atas katil Liana. Lembut lepas tu wangi. Macam bau Liana sendiri. Biasanya kalau dia penat ke bosan ke tak boleh tidur ke, bilik Liana la jadi tempat persinggahan dia. Lagipun Liana jarang sangat tidur atas katil ni sebab suka luangkan masa dalam studio dan juga latihan. Kalau Liana tidur pun beberapa jam dalam sehari.
Ya!Semua orang dalam akademi ni tahu betapa komitednya Liana dalam bidang muzik ni. Sebab itulah Liana ni pemuzik terbaik dalam akademi. Bukan sahaja pandai dalam menggunakan violin, tapi cekap menggunakan piano, gitar dan cello. Tak hairan la kalau ada yang datang dekati Liana dan jadikan Liana sebagai mentor mereka. Dan disebabkan Liana jugalah Mathias dan Lana menjadi mahir dalam alat muzik masing-masing. So Lana sedikit pun tak pernah nak rasa cemburu pada Liana kalau Liana lebih famous dan sangat di kenali dalam akademi ni.
Jangan lupa, latar belakang keluarga Liana dalam dunia seni sangat berpengaruh. Datuk nenek hinggalah ibubapa Liana sendiri terlibat sekali. Sesiapa yang berminat hendak menjadi penyanyi orchestra, pemain solo, inginkan debut sebagai seorang artis, atau mengikuti band muzik terkenal. Keluarga Liana la juaranya. Semua keputusan dan rekomen ada di hujung jari mereka.. Tapi Liana ni aje suka berusaha sendiri tanpa guna pengaruh keluarga. Kalau Ikutkan niat, dah lama sebenarnya Liana jadi artis atau pemain solo. Tak adanya Liana bazirkan masa dalam akademi ni. .
Infact Liana masuk akademi ni atas biasiswa yang Liana datang menggunakan kemahiran dan kudrat dia. Bukan pengaruh ibubapa atau family.
"Serba salah pulak aku dekat Redd...tak pasal-pasal hal boleh jadi rumit macam ni."Liana gosok belakang tengkuknya sebelum gerak meletakkan kepala ke atas lengan yang direhatkan pada meja belajarnya. Lalu dia berpaling ke arah katil.
Tsk!Lana mengetik lidah, dia baring mengiring sambil topang tapak tangannya di kepala. Pandang Liana pada masa yang sama. "Bukan salah kau...tapi seronok la jadi kau. Bukan setakat Putera Mahkota Ares, Seth anak saudara Raja Aryan, kemudian Redd si pemuzik terkenal dan artis pun nakkan kau yang selama ni tak terfikir nak bercinta. So apa perasaan kau?Cuba ceritakan sikit?"sengihnya selepas itu.
Liana menjuling mata menyampah. Ingat dia nak ke semua ni terjadi. Suka hati je cakap macam tu. Dia hampir aje hendak beri jari tengah pada Lana lepas dengar semua tu.
Ingat lawak?
Pening kepala ada la.
"Aku tak tahu siapa Putera Mahkota tu dari awal pun. Aku suka pada Ares sebab terminat masa dia main guitar dekat dalam hutan tu. Seth pulak aku tak terfikir pun dia akan suka dekat aku memandangkan layanan dia dekat aku macam nak cari gaduh aje. Si Redd tu jangan bagi aku mula. Kau sendiri tahu kan beef aku dengan Redd dari awal lagi kan. Mana la aku boleh agak Redd sukakan aku sejak awal lagi..."jelas Liana masih meletakkan kepala atas lengan di meja tu. Memandang Lana.
"So kau pilih siapa?"Lana meniarap lepas tu. Masih memandang Liana.
Menghela nafas Panjang Liana dibuat soalan tu. Dia meletakkan dagu atas lengan pula. Termenung memandang rak yang ada di atas mejanya. Barang-barang yang tersusun kemas dalam rak tu di pandang tanpa sebab.
Dia sukakan Ares dari awal. Tentang Seth, lelaki tu dah ibarat sebahagian dari hidup dia jadi nak rasa suka tu tak boleh nak explain. Sementara Redd jelas-jelas dia tidak sukakan lelaki tu, jadi takkan pernah dia terima perasaan cinta Redd. Tapi mengenangkan salah faham antara parents dia dengan Permaisuri Johenah, ianya bukan mudah untuk terima Ares dalam hidup dia. Lagi-lagi dengan status yang dipegang oleh Ares. Kalau diberi pilihan dia mahu Ares, tapi kalau tiada jodoh dia tak boleh nak buat apa. Terserah pada takdir, apa nak jadi, jadi la. Dia Ikutkan aje.
"Entah la Lana...apa aku tahu, aku lulus dari akademi ni dah dapat anugerah pelajar cemerlang."beritahu Liana.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...