🎶 CHAPTER 27 🎶
Hujung minggu tu Liana luangkan masa bersama keluarga Seth seperti kebiasaan yang dia lakukan sewaktu kecil. Keluarga Seth yang sememangnya perlakukan dia seperti anak sendiri dari dulu lagi buatkan dia selesa dengan mereka. Sampaikan ibubapa Seth dia panggil ibu dan ayah. Disebabkan Seth adalah anak tunggal, kehadiran Liana di dalam keluarga itu sedikit banyak beri seri pada keluarga kecil itu.Pada sabtu pagi, Liana di bawa menunggang kuda di ladang keluarga lelaki tu. Bersama Seth sekali di atas kuda yang sama sebab Liana tak pandai sangat menunggang. Kali terakhir dia menunggang sendiri pun berakhir di hospital lepas dia jatuh dari haiwan itu hingga menyebabkan tulang tangan kirinya patah. Tapi tidak la sampai meninggalkan trauma kepada dia.
Keluarga Seth adalah keluarga biasa yang hidup sederhana walaupun mempunyai status noble. Datuk lelaki itu adalah bekas Menteri pertahanan. Mempunyai beratus ekar tanah. Mereka menternak lembu, bercucuk tanam pelbagai jenis sayur-sayuran. Dari hasil tu mereka jual kepada para petani supaya dapat menyara kehidupan mereka yang tidak mampu bekerja berat. Hasil jualan tu nanti mereka bahagikan kepada orang miskin yang tidak mampu. Tidak sedikit pun mereka gunakannya untuk simpanan sendiri.
Bersama senyuman di bibir, Liana nikmati angin pagi itu semasa duduk di hadapan Seth atas kuda tu. Dulu masa kecik, ayah dia yang selalu bawa dia jalan-jalan naik kuda. Tapi bila dah besar, ayah dia dah sibuk. Jadi yang banyak luangkan masa dengan dia adalah Seth.
Clip!
Clop!
Clip!
Clop!
Derap langkah kuda yang ditunggang perlahan sahaja saat dua orang jalan menyusuri laluan kecil sepanjang ladang berumput tu. Melewati kawasan dimana lembut meragut rumput sebelum berhenti di depan kawasan dimana kambing biri-biri sedang berkeliaran di sekitar.
Seth lompat turun dari kuda terlebih dahulu sebelum dukung Liana turunvpula dari kuda tu. Berdiri sahaja mereka di situ, salah seorang pekerja ladang di situ menyambut kedatangan mereka.
"Tuan muda Seth...selamat pagi!"Robert, seorang lelaki berumur 45 tahun itu jalan dengan perlahan mendekati mereka.
"Hai Rob.."balas Seth sambil pegang tali cekang pada kuda tu.
Bila Rober bertentang mata dengan gadis berambut pendek di samping Seth waktu itu dia tersenyum mesra. "Apa khabar Cik Liana?Dah lama tak jumpa."
Sambil mengangguk senang, Liana balas sapaan itu dengan senyuman di bibir. "Khabar baik. Macam mana dengan kaki pakcik?" pandangnya ke kaki lelaki itu yang dulu terpaksa di potong kerana gout. Tiga tahun lepas rasanya ibubapa Seth tolong bantu biaya kos rawatan Robert. Salah satu kenapa dia sangat menghormati Seth dan keluarga lelaki itu. Bertuah tau siapa jadi menantu keluarga ni. Sudah la penyayang. Pemurah dan dermawan lagi tu.
"Dah baik. Walaupun pakai kaki palsu... pakcik rasa macam guna kaki sendiri."Robert tersenyum senang memandang tetamu kesayangan keluarga Rudden itu. 15 tahun dia bekerja dengan keluarga ini. Selama tu hanya Liana sahaja tetamu perempuan yang dia lihat dalam keluarga ni.
"Kami datang nak ambil angin. Harap tak menganggu."beritahu Seth.
"Oh ya..sudah tentu. kami semua pun sedang melakukan kerja. Maaf kerana tak dapat nak iringi tuan muda.."balas Robert semasa mengambil tali cekang dari Seth sambil tu.
"Tak apa."balas Seth.
Bila Liana pandang ke kanannya, dia ternampak kawasan kebun yang dipenuhi dengan pokok tomato dan salad hijau. "Kau jangan cakap ajak aku ke sini sebab nak suruh berkebun sekali Seth?"tolehnya ke kiri.
Seth berdengus kecil. "Hari ni hari menuai. Jadi ramai pekerja sibuk memetik hasil kebun. Dari kau besarkan punggung baik tolong sekali.."ajaknya semasa pegang hood sweater tu.
"The heck!"Cepat-cepat Liana lepaskan diri. Dia undur ke belakang hendak menjauhkan diri. "Memang tak la!Kalau kau nak!Kau buat sendiri. Asal libatkan aku."
"Ke sini Lia!"panggil Seth mahu mendapatkan tangan Liana.
Memang tak la dia nak terbongkok-bongkok berpeluh korek salad dari tanah tu!Liana pecut melarikan diri dari situ tanpa berlengah. "Tak nak!"teriaknya.
"Lia!"panggil Seth mengejar Liana di belakang.
"Arghhh!!!!Tolong!"jerit Liana tiada gunanya sebab takkan ada sesiapa yang bakal membantu dia sebab mereka sendiri ada dekat tempat dimana seorang orang sibuk dengan kerja masing-masing.
Sambil ketawa, Seth dengan mudah dapat menyaingi Liana sebelum memeluk gadis itu dari belakang dan mengangkatnya dengan mudah.
"Tak nak!!!!"kaki Liana terkapai-kapai di Udara bila Seth mengangkatnya dari tanah begitu saja. "Lepaskan aku la!Seth!"
"Kau tolong aku atau malam ni aku sumbat kau tidur dengan lembu..."ketawa Seth saat bawa Liana ke arah kebun sayur-sayuran beberapa meter dari tempat mereka bekejaran tadi dalam dukungannya itu.
"Apa jenis host rumah suruh tetamu dia petik salad!"
"Kau tetamu?Jangan perasan..sampai bila-bila kau bukan tetamu keluarga ni.."
"Seth Rudden!!!!"
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...