📜 Pindah 📜

612 85 2
                                    

🎶 CHAPTER 62 🎶

         "Ha?Apa dia?"mata Lana terbeliak luas memandang Redd. Lelaki ni baru cakap apa?

         "Ya.."angguk Redd semasa tunduk menguis batu dengan hujung kasutnya. Tangan di seluk dalam poket seluar. Mereka waktu itu berada di laman kanan bangunan yang memisahkan asrama dengan menara akademi. Redd nak jumpa Liana, tapi risau kalau Puteri Aria tahu. Itu yang dia cari Lana dan Mathias. Nak cari Seth kelibat lelaki tu tidak kelihatan di mana-mana. Alang-alang bertembung dengan dua orang ni, itu yang dia beritahu.

Mathias dekat sebelah Lana masa tu garu bawah dagu sebab tak tahu nak cakap apa. Dah kenapa nak pindah akademi?Kan dah masuk tahun akhir?Buang tebiat apa?

        "Dah kenapa kau tiba-tiba nak pindah?"tanya Mathias.

         "Aku tak boleh nak teruskan hubungan aku dengan Puteri Aria lagi. Kau sendiri tahu aku suka dekat Lia...jadi bila aku bersama dengan Puteri Aria, aku asyik teringatkan Liana... hal tu buat aku tak selesa."Redd mengangkat kepalanya pandang mereka dua orang.

         "What?"Lana buat muka 'what the f!' bila dengar. "Apa maksud kau Redd?Kau jadi kekasih Puteri Aria sebab kau suka dekat Liana?Apa maksudnya tu?"dia pandang Mathias, di siku tepi lengan lelaki tu. "Kau dengar tak tadi?Ke aku yang salah dengar?"maksudnya selama ni hubungan yang digempar gempurkan Puteri Aria hanya la terpaksa? "Serius aku tak faham situasi sekarang ni?"

Redd mengangguk kepala mendengar kata-kata Lana itu.

         "Kenapa?"Lana tanya lagi.

         "Sebab Puteri Aria ugut aku kalau aku tak nak terima dia jadi kekasih aku dia akan susahkan Liana dekat sini. Untuk tu aku pun terpaksa bersetuju. Demi lindungi Liana aku terima semua yang Puteri Aria nak aku lakukan termasuk la sertai pertandingan Muse Diraja nisedangkan aku dari awal memang tak nak.."

          Mathias terus rangkul bahu Lana, dia bertenggek pada badan tu sebab rasa penat dah berdiri lama. "So kau nak cakap sekarang ni...kau sukakan Liana tapi disebabkan Puteri Aria ugut kau, kau tak dapat nak bersama dengan Liana dan sekarang kau nak tukar akademi untuk larikan diri dari kongkongan princess bratty tu dan cuba untuk lupakan perasaan kau pada Liana?"

           "Aku dengar kau dari Liana hari tu masa pasukan kita orang kena bubar...aku ingatkan kau yang rancang semua tu sebab nak susahkan kita orang...adakah ia berkaitan dengan puteri bratty tu sekali?"Lana bertanya lagi.

            "Iya...Puteri Aria punya kerja. Aku masa tu tak tahu apa-apa. Jadi sebabkan salah faham tu Liana bencikan aku dan reject aku serta merta hari tu jugak. Then baru berita aku dengan Puteri Aria tersebar."Redd pandang Lana dengan renungan mengalahnya.

           "Wow...that so f*cked up!."ujar Mathias.

Dengan serentak mereka bertiga melepaskan hela panjang sebelum mendiamkan diri untuk seketika. Lana pandang wajah mendung Redd dengan perasaan simpati.

             Redd pula menyepak batu kecil di hujung kasutnya ke depan sebelum melemparkan pandangan ke sekeliling tempat tu. "Tapi tak apa...Liana dah tak marahkan aku. Dia pun dah tahu hal sebenar. Jadi aku ambil keputusan untuk pindah dari akademi ni cukup bulan. Tepat masa hari pertandingan Muse Diraja tu berakhir."

             Kening Lana berkerut. "Kenapa aku pulak yang rasa sedih bila dengar kau cakap macam ni?"baru la dia tahu sebenarnya Redd tak bersalah apa-apapun. Puteri Aria yang sengaja mencalarkan imej Redd di mata Liana supaya Liana bencikan Redd. Tak memasal hati seorang lelaki yang tidak bersalah jadi korban disebabkan rasa tamak!Dan sekarang Redd yang terpaksa mengalah dan lepaskan kesemuanya walaupun Redd tak salah apa-apa.

Mathias palingkan kepala, dia pandang Lana dengan mimik tak suka. Nak sedih buat apa! Memangnya Redd ni teman lelaki Lana ke!

            "Nanti kau sampaikan la hal ni pada Liana. Kalau aku ada buat salah, maafkan aku. Kemudian, Aku ucapkan selamat berjaya dekat Liana. Aku harap dia dapat tamat belajar dekat sini dan berjaya suatu hari nanti."senyum Redd dengan kelat.

            "Hmm...Okay.."angguk Lana.

            "Kau tak nak jumpa Liana dulu ke?"tanya Mathias. "Puteri Aria tahu tentang rancangan kau ni?"

            "Tak. Aku rancang senyap-senyap. Malas nak dengar Puteri Aria bising. Dah la dengar dia membebel tu buat kepala aku pening. Kalau dia tahu aku nak keluar akademi ni makin serabut jadinya"

             Lana menekap dahi sambil menggeleng kepala. Kesian..kesian"Itu lah siapa suruh jadi handsome sangat...kan dah susah bila orang dah suka.."

             "Kau ni kenapa!"Mathias cubit pipi Lana dengan tangan di atas bahu tu.

            "Ish!Dah kenapa cubit orang!"marah Lana.

            "Aku dekat sebelah kau ni tak ada pulak kau kata handsome kan..kalau lelaki lain..bukan main rambang mata.."

             "Lah...aku cakap benda yang facts kan..kau nak marah kenapa?"

Redd yang perhatikan dua orang itu tersenyum nipis. Walaupun dia terkilan, tiada apa-apa lagi yang dia boleh lakukan. Maybe Liana akan happy bersama dengan lelaki yang mencintai Liana lebih baik dari dia di masa depan kelak. Redd dongak memandang langit cerah di atas mereka waktu itu dengan senyuman sedihnya. Apapun..dia harapkan yang terbaik untuk Liana.

           

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now