📜Kenapa?📜

627 84 0
                                    

🎶 CHAPTER 75 🎶

Surat pindah akademi yang baru sahaja di cop oleh dekan serta panel akademi ditelitinya beberapa kali dengan renungan sedih. Berasa terkilan kerana dia terpaksa tinggalkan tempat ini gara-gara Puteri Aria semata untuk lindungi Liana. Bukan dia merungut, cuma terkilan, yalah selama 4 tahun dia belajar di akademi ni, rakan sekelas, tenaga pengajar dan persekitaran tempat ini sudah sebati dalam diri dia.

        "So betul la kau nak pindah keluar?"tegur Seth semasa lelaki itu ambil tempat di katil berhadapan dengan katil Redd. Dia pandang Redd sambil buka kasut dari kaki seusai pulang dari outing dia.

          Redd mendiamkan diri untuk seketika.Seth dah tahu?Maksudnya Liana pun dah tahu dari awal dia nak pindah?Tapi Liana tak tergerak hati untuk menemui dirinya ni?Walaupun sekejap? Nampak sangat la dirinya ini tidak penting dalam hidup Liana. "Ha'ah. Kau tahu dari mana?"

         Selesai menanggalkan kasut, Seth susunkan ia di bawah katil dengan kemas sebelum tarik stoking dari kaki pula. "Lia yang cerita dekat aku lepas kau sembang dengan Lana dan Mathias hari tu...."

         "Kau sure?"tanya Seth lagi.
 
          Redd mengangkat mata ke depan. Bertentang mata dengan Seth saat dia menarik sengih meleret ejeknya. "Kau suka la tu?Sebab aku pergi dari sini?Tak adalah yang nak halang kau bersama Liana atau aku cuba dekati Liana lagi.."selorohnya.

Seth menggeleng kepala, dia pandang funny ke Redd.

         "Tsk!Tsk!Tsk!Redd...Redd..."Seth sondong ke depan dengan kedua-dua tangan berada atas kakinya. Dia lentokkan kepala sedikit semasa berkata."Semudah tu kau fikir tentang aku?Jauh langit dari bumi Redd untuk aku rasa tercabar ada pesaing macam kau...Lagipun kau ada ke tak ada ke...ianya tak bawak beza. Sebab Liana memang takkan jadi milik kau..apalagi aku."

Mata Redd berkedip satu kali kerana dia terkejut dengan komen tu.

Kenapa Seth cakap macam tu?Liana sukakan orang lain ke?Bukan Seth?Yalah satu akademi tahu betapa rapatnya dua orang tu. Ibarat seperti pasangan kekasih pun ada. Sampaikan Seth terang-terang beri amaran kepada mereka semua supaya jangan dekati Liana terutama sekali student lelaki. "Apa maksud kau?Jangan nak over confident sangat boleh tak. Dah la kau. Kalau nak cari gaduh dengan aku baik kau diam. Buat semak kepala aku yang dah sedia semak ni tahu tak!"marah Redd.

Berasa tak percaya yang Redd masih tak faham apa dia cuba sampaikan, Seth menghela nafas Panjang.

          "Aku bukan nak cari gaduh."Seth topang tangan kanannya bawah dagu pada kaki kanan. Memandang Redd dengan kasihan. "Lia kata kau pindah keluar sebab kau nak protect dia dari Puteri Aria gara-gara perasaan suka kau dekat Lia. Jadi aku cuba beritahu kau, jangan risau pasal Lia kalau Puteri Aria tahu kau masih sukakan Lia. Sebab tak kira siapa yang cuba nak singkirkan Lia dari akademi ni, mereka takkan berjaya.."jelas Seth dengan Panjang lebar.

         Redd pandang Seth sambik berkerut kening   tak faham. "Kenapa kau cakap macam tu?"

         "Kalau kau nak tahu, teman lelaki Liana sekarang adalah Putera Mahkota Ares...walaupun mereka dikatakan telah berpisah, aku hafal perangai sepupu aku yang satu tu. Dia takkan lepaskan Liana macam tu aje. Kalau Puteri Aria ugut nak buang Liana dari akademi ni, kau buat tak tahu je la. Budak kecik tu apa la tahu selain nak rasa cemburu memanjang"Seth kemudiannya duduk tegak..

          Ternganga mulut Redd sebaik mendengar cerita Seth. Tanpa dia sedar, dia telahpun menelan air liur tak percayanya. "Serius??"

Seth mengangguk.

         "So tak payah la kau susahkan diri untuk pindah akademi. Habiskan aje study dekat sini sampai hujung semester. Rugi kalau kau berhenti macam tu je.."

          Masih belum sober dari terkejut, Redd buat muka kesalnya sebelum memalingkan muka ke arah pintu bilik. Liana dah berpunya selama ni. Haih! "Kau cakap senanglah...bukan kau yang menghadap Puteri Aria tu..."

         "Hadapkan aje la...nanti kalau dia dah bosan dengan kau...dia lepaskan kau la tu..jangan nak stress sangat. Nama pun remaja baru nak dewasa.."beritahu Seth semasa bangun dan mula membuka butang kemejanya. Hendak bersihkan diri. "Jumpa la sekejap Liana. Sejak dia tahu kau nak pindah sebab dia, Liana serba tak kena..even aku ajak dia keluar hari ni pun tak nak senyum macam selalu. Nampak sangat dia terganggu.."kata Seth lagi sebelum lelaki itu masuk ke dalam bilik air.

Redd tunduk memandang kertas di tangannya semula. Dia baca tulisan di kertas itu berkali-kali cuba nak dapatkan kepastian. Patut ke dia stay?Atau pindah?

Lantas Redd mengeluarkan telefonnya. Dia taip itu dan ini menghantar pesanan kepada ibunya di rumah. Dia cuba nak dapatkan pendapat ibu dia supaya dia pasti dengan keputusannya itu. Memandangkan kata-kata Seth buatkan pendirian dia goyah sedikit. Dari ibu dia kepada kakaknya lalu ayah dia. Dia tanya soalan yang sama dan pendapat mereka untuk finalize kan keputusannya. Tapi mereka semua beri jawapan yang sama.

Berasa kesal memikirkan hal itu, Redd hempas telefonnya atas comforter di sebelahnya sebelum tumbang ke belakang. Semuanya sebab Puteri Aria. Gadis itu menghantui dirinya seperti lintah darat!

Bersama keluhan berat, Redd tumbangkan badannya ke belakang lalu bawa lengan menutupi mata. Dia cuba nak tenangkan diri yang yang berasa dilemma hendak buat keputusan.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now