📜Peluang Kedua📜

606 80 0
                                    

🎶 CHAPTER 43 🎶


Liana, Mathias dan Lana memandang tak percaya akan Master Carol iaitu Ketua Panitia Musik akademi mereka sebaik mendengar apa yang disampaikan kepada mereka tadi.

          "Apa master cakap?"soal Lana dengan riak terperanjat.

          "Ada permintaan daripada Organisasi Kanser Diraja. Mereka bercadang untuk pelajar akademi ini menjalankan persembahan untuk Majlis Dana Kanser untuk kanak-kanak. Disebabkan kamu bertiga adalah calon yang terbaik. Saya minta Kerjasama kamu untuk jalankan persembahan di majlis itu nanti."senyum Master Carol. "Selain itu ada beberapa lagi event yang kamu bakal ikuti untuk beberapa minggu ni. Berikut merupakan jadualnya."wanita bersanggul itu menolak helaian kertas ke depan Liana.

Terkedip-kedip tidak tahu apa yang sedang berlaku, Liana capai kertas itu lalu di bawa dekat ke depan mukanya. Lana menyondong rapat ke tepi muka Liana. Lalu Mathias ikut sama memegang kertas itu hendak membaca akan isi kandungan di situ.

          "Kenapa?"Liana bertanya.

          Kening Master Carol terangkat tinggi. "Apa maksud kamu kenapa?"

          Lalu Liana lepaskan kertas itu,membiarkan Mathias yang membeleknya. "Bukan ke pasukan untuk persembahan akademi ini adalah Puteri Aria dan kawan-kawannya. Kenapa master ajukan hal ni kepada kami bertiga?"

         "Saya faham apa yang berlaku amat mempengaruhi kamu bertiga. Jadi sebagai tanda maaf saya kepada kamu bertiga saya telah aturkan beberapa aktiviti untuk berikan kamu markah untuk matapelajaran kamu nanti."serba salah Master Carol beritahu. Wanita itu bergerak tidak senang di kerusi empuknya itu bila Liana pandang dengan renungan dingin begitu.

         "Kalau master tahu kenapa Master buat keputusan tanpa berbincang bersama kami dulu? Sekalipun master nak setuju dengan permintaan Puteri Aria kerana dia adalah tuan puteri, sekurang-kurangnya master panggil kami bertiga dulu untuk beri keputusan."Liana beritahu sewaktu Lana dan Mathias di kiri dan kanannya diam.

Selama empat tahun mereka belajar dalam akademi ini. Dan telah banyak korbankan masa demi mendapatkan keputusan yang baik. Tak cukup dengan itu mereka bertiga telah berlatih untuk berada di tempat dimana mereka sedang berdiri. Jari melecet, tali violin putus berkali-kali, bow rosak, bahu dan leher sakit kerana banyak berlatih tanpa rehat. Semuanya untuk menaikkan nama baik akademi yang mereka hormati ini. Tapi dibalas dengan menikam mereka dari belakang!

         "Baiknya master ajukan saja semua ini kepada kumpulan quadruplet Puteri Aria. Dia pasti senang untuk lakukan hal ni."sampuk Mathias saat meletakkan kertas berisi jadual tadi di atas meja.

Master Carol pandang Mathias serta merta. Keningnya berkerut kecewa. Bukannya dia saja buat keputusan melulu tu, tapi terpaksa. Puteri Aria mengugut dia akan buatkan Liana, Lana dan Mathias dibuang dari akademi ini. Nak tak nak dia terpaksa luluskan jugak permohonan Puteri Aria untuk membubarkan kumpulan Liana. "Maafkan sayaDekan dan pihak pengurusan akademi yang beri arahan. Saya hanya menjalankan tugas dengan menyampaikannya kepada kamu bertiga.

Lana berdengus mengejek saat menyilang tangan ke dada.

        "Kelakar betul."ucap Lana dengan sinis mengingatkan kembali hari dimana Puteri Aria dengan bangga beritahu Panitia Musik yang beri kebenaran untuk pembubaran kumpulan mereka. Dan sekarang apa?Dah muntah nak jilat balik?Eww!Please!Memang tak la.

Master Carol bermain dengan hujung kertas di fail bawah tangannya itu saat diam di situ. Mungkin cuba atur ayat hendak bercakap. Tapi Liana mendahuluinya terlebih dulu.

        "Apa yang buatkan master ubah fikiran?"tanya Liana. "Rasanya tak mungkin pihak atasan akademi akan beri arahan ni macam tu aje...hanya untuk kami bertiga..pelajar biasa dan bukan sesiapa?"

          "Kan saya cakap sebagai tanda maaf?"Master Carol semakin panas punggung di kerusi tu.

          Lana mengecilkan mata memandang curiga. "Adakah ianya kerana khabar angin dimana Puteri Aria dan kumpulannya itu gagal membuat persembahan dengan baik?Untuk itu pihak akademi terpaksa gunakan kami semula?"

           "Wah...saya berasa sangat terhormat sebab di beri peluang kedua ni.."sindir Mathias berasa begitu terhina di situ. Agaknya pihak akademi ni anggap mereka ni sebagai objek dan alat semata bukan seorang pelajar.

           "Saya faham kamu masih marah. Tapi tolong la saya untuk kali ini.."minta Master Carol memandang tepat ke wajah Liana.

Tiba-tiba bunyi pintu diketuk kedengaran beberapa kali sebelum ia terbuka. Seseorang berjalan masuk ke situ. Membuatkan mereka bertiga dengan serentak berpaling ke arah pintu sebelah kanan bilik tu. memandang hairan dengan kehadiran orang itu, masing-masing berkerut kening.

         "Ohh..Seth. Masuk la."pelawa Master Carol dengan senyuman senang di bibir. "Saya baru saja selesai dengan mereka bertiga."beritahunya sewaktu bangun dari duduknya menyambut kehadiran lelaki lampai itu.

         "Kalau master lama lagi saya boleh tunggu di luar."Seth pegang tombol pintu itu sebelum tersenyum kepada mereka bertiga di situ.

Lana melambai kecil ke Seth dengan riang.

Sementara itu Mathias beri anggukan kepada Seth tanda membalas senyuman rakan sebaliknya itu.

Bila Seth bertentang mata dengan Liana, dia menarik senyuman nipis sebelum melarikan pandangan ke arah lain kerana berasa gugup bila ditenung lama dengan gadis tersebut.

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now