📜Melutut...📜

643 87 0
                                    

🎶 CHAPTER 36 🎶

Redd pandang tidak percaya ke arah gadis bersenyuman manis di depannya saat itu. Dia tidak menyangka lain pula hal yang terjadi.

       "Apa maksud tuan puteri?"

       "Ya...terima kasih pada Senior Redd kerana pujuk mereka bertiga untuk menjadi ahli pasukan quadruplet baru saya. Bagi mengganti pasukan lama saya.."Puteri Aria meletakkan satu cawan plastik berisi smoothie strawberi di depan Redd.

Nafas Redd naik turun kerana begitu risau dan marah yang bercampur baur dibuat sikap bratty Puteri Aria di depannya saat itu. "Kenapa tuan puteri buat begitu?Saya fikirkan tuan puteri perlukan rakan untuk latihan recitation..."

           Tidak menunjukkan sebarang reaksi belas kasihan mahupun berhati perut, Puteri Aria tersenyum manis. "Saya dah bosan dengan rakan kumpulan lama saya. Lagipun tak apalah. Bukannya bagi kesan buruk kepada sesiapa pun. Senior Redd mempunyai rakan kumpulan yang berkemampuan setanding Liana dan kawan-kawannya tu."

          "Tapi rakan-rakan kumpulan saya tidak tahu mengenai latihan dan juga persembahan yang perlu dilakukan untuk program kumpulan Liana tu nanti..dan kenapa tuan puteri tiba-tiba buat keputusan ni?"

           "Sebab saya tak suka Liana. Selagi Senior Redd tidak terima saya sebagai teman wanita Senior Redd. Saya akan pastikan semua urusan Liana dekat sini menjadi sukar"beritahu Puteri Aria dengan bersahaja.

Terbuka mulut Redd kerana lelaki itu begitu tergamam dengan reaksi yang diberikan oleh Puteri Aria. Gadis di depannya sedikit pun tidak mempunyai perasaan berhati perut. Sampai ke tahap ini Puteri Aria sanggup lakukan?

            "Jemputlah makan biskut ni. Saya yang masakkan di istana malam tadi. "Saya minta diri dulu."pamit Puteri Aria dengan sopan sebelum bangun dari situ dan gerak keluar dari bilik studio Redd itu.

Mata Redd bergerak kanan dan kiri kebingungan. Dia tidak tahu hendak lakukan apa lagi. Mengenangkan statusnya yang tidak setinggi seperti Puteri Aria. Dia tidak berdaya lakukan apa-apa.

Entah berapa lama dia termenung Redd tidak sedar. Pejam celik sahaja lamunnya tersentak gara-gara suara marah yang menyergah ruangan studio latihannya itu.

         "REDD!!"tengking satu suara lantang tidak lama kemudian.

Kenal siapakah tuan punya suara, dengan pantas Redd berdiri memandang ke arah pintu bilik studionya itu.

        "What the f*Ck!"seranah Liana dengan berang saat berarak mendekati Redd di situ.

Kejung Redd di situ saat pandang wajah merah padma Liana. Dia sendiri yang belum sober dari terkejutnya pandang ke arah dinding kaca. Bila Liana tiba di situ, sudah lama ke Puteri Aria beredar?

          "Lihat apa yang awak dah lakukan!"tanpa amaran Liana pukul dada Redd. "Disebabkan kata-kata awak tu, Puteri Aria telah bubar kumpulan quadruplet saya. Dan ambil alih semuanya begitu saja!"

Terundur sedikit Redd gara-gara tindakan Liana itu. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa untuk seketika kerana berasa serba salah.

           "Katakan sesuatu!Jangan diamkan diri begini!Awak tahu tak apa yang dah berlaku disebabkan tindakan melulu awak tu!Atau awak bantu Puteri Aria sebab saya tak terima perasaan awak?Macam tu?"desis Liana di depan muka Redd. Kolar kot lelaki itu di cengkam kuat.

Redd masih tidak mengatakan apa-apa, matanya yang kemerahan kaku terarah pada wajah marah Liana. Dalam diam dia mengepal erat jari jemarinya dalam genggaman.

       "Fix this!No matter what you have to. Fix this!Or else. I'm gonna hate you will all my gut!"arah Liana dengan tatapan keberangannya.

             Waktu itulah Redd mengangkat tangannya lalu pegang tangan Liana yang sedang mencengkam kolar kot dia. Dengan satu rentapan, dia tolak tangan Liana turun ke bawah dengan kasar lalu mengundur ke belakang menjarakkan diri.

               "Kalau macam tu beritahu saya. Adakah awak sudi menjadi teman wanita saya?"tanya Redd dengan tatapan seriusnya.

              Laina pandang Redd naik turun dengan mimic muka 'buang tebiat apa lelaki ni' bila dengar soalan tu. "Itu yang awak fikirkan sekarang ni?You're such an unbelievable man, Redd Sterling."lafaznya hampir hendak menjerit depan muka tu.

               "Jawab Lia...kalau awak nak saya bantu awak...beritahu saya."

              "Fine...dengar sini elok-elok. Saya, Liana Florence sama sekali tiada perasaan pada awak, Redd Sterling. Dan saya takkan terima permintaan awak tu sampai bila-bila. Puas hati sekarang..."

Seakan direntap kuat tangkai jantungnya mata Redd berkaca. Dia pandang wajah berang Liana dengan tatapan marah dan kecewa yang amat sangat. betapa dia berharap yang Liana terima permintaannya ini.

            "Kenapa?"

Liana berdengus mengejek.

            "Kenapa awak tanya?Obviously sebab saya tak sukakan awak. Dan takkan sukakan awak. Jadi berhenti susahkan hidup saya dan jauhkan diri awak dari saya Redd. Supaya Puteri Aria tidak dengki dengan hidup saya sampai menyusahkan hidup orang sekeliling saya hingga mempengaruhi kehidupan mereka."

              "Teruk sangat ke saya ni sampaikan tak ada sedikit perasaan suka awak pada saya?"

             "Oh my gaddd!What is wrong with you?Am I not clear enough? I don't love you Redd. And I can't..."lafaz Liana dengan kesal. "Please...Redd. Awak nak saya melutut pada awak ke?"

Terkedu Redd dekat situ, dia terus palingkan kepala ke arah dinding kaca yang menghadap luar koridor. Pandang saja dia, pelajar-pelajar di luar mula memerhati dan menyaksikan situasi itu. Dia tak boleh biarkan Liana dalam masalah lebih teruk lagi. Cukup la lepas apa yang Puteri Aria telah lakukan ni.

             "Keluar sekarang."arah Redd tanpa memandang Liana.

             Tidak berganjak dari situ Liana pandang tepi wajah Redd untuk seketika. "Sama ada awak pulihkan keadaan ni atau saya akan bencikan awak sampai bila-bila."beritahu dia sebelum berpaling dan keluar dari bilik tu dengan marah.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now