📜Lakaran📜

670 92 0
                                    

🎶 CHAPTER 15🎶

Dewan Makan Harmony

Semua pelajar-pelajar di situ berpakaian casual masing-masing untuk makan malam. Seperti biasa, dua barisan di kanan untuk pelajar kelas seni, dan dua barisan di kiri untuk pelajar kelas muzik. Aturan yang telah ditetapkan sejak awal. Disebabkan ada sebahagian pelajar muzik ambil kelas seni, mereka kebanyakannya duduk di meja kelas seni sebab pelajar-pelajar dari jabatan seni lebih mesra dan sporting.

Kalau dibandingkan, pelajar-pelajar dari jabatan muzik lebih bersikap tertutup, pendiam, matang dan selalu bersikap serius. Mereka lebih sofistikated, vibe anak-anak kaya gitu.

Tapi lain pula ceritanya dengan pelajar-pelajar dari jabatan seni, mereka lebih bersikap easy going, humor, lasak dan selalu bersikap gurau senda. Pelajar seni lebih care free, vibe budak-budak.

Jadi boleh Nampak sangat perbezaan kalau masuk dalam dewan makan tu. Sebelah kanan lebih bising dibandingkan barisan di sebelah kiri yang senyap dan teratur.

Bunyi dentingan garpu dan pisau meriah di meja makan pelajar seni. Mereka berborak sambil makan. Tidak ada aturan atau tertib tapi masih kemas dan tersusun.

Liana disebelah Mathias sibuk bergurau dengan Lana di sebarang meja. Mereka sedang bermain paper rock scissor. Cuba mencabar siapa yang bakal minum satu gelas penuh dengan jus lemon segar yang diperah tangan dengan mereka sendiri.

          "Paper rock scissor!"laung Lana sebelum enam tangan keluar di tengah meja .Empat dari mereka mengeluarkan batu, dua yang lain gunting dan kertas.

          "Yeah!Sorak Mathias sambil menumbuk Udara."

           "What?"dengan mata terbutang luas Liana pandang tangannya yang memegang batu. "Hei! Kau kata tadi nak keluarkan kertas...asal batu pulak?"tanya dia kepada Lana.

           "Ahahah...Liana. Kau kalah. Sekarang minum."ujar mereka di situ saat menyua gelas berisi jus lemon itu ke depan muka Liana.

            Penuh kengerian, Liana telan air liur dengan susah payah. "Eewww..mesti masam kan?"tanya dia.

            "Hahahaha..siapa kalah dia minum. Sekarang teguk sampai habis!"sorak mereka.

            "Lia!Lia!Lia!"Lana mula menepuk tangan memberi sorakkan.

Habis satu meja tu mula bersorak memanggil Lia. Hiruk pikuk meja makan tu dibuat mereka.

            "Sorry bestie!"sengih Lana dengan gembira.

Ugh!

             Liana mengerang geram sebelum capai gelas itu. Matanya memandang jus lemon yang berbau kuat itu. Mesti masam ni! "Aku bencikan kau orang."ucapnya sebelum pejam mata dan meneguk habis jus lemon itu dengan satu nafas. "Ghhhh!!!!"ngerangnya mengeliut kemasaman setelah menonggengkan gelas kosong itu atas kepala.

             "Woooo!!!"semua di situ menepuk tangan kuat.

             "Hebat la kau!"ketawa Mathias.

             "Hahaha...bagus!"Lana membuat thumbs up. Terserlah riak puas hati dia,

Seorang pelajar perempuan hulurkan satu gelas air kosong kepada Liana selepas itu.

             "Kau memang nak kena kan!Semua ni idea kau!Kenapa aku jugak yang kena."Liana dah bangun hendak naik atas meja itu mahu menerkam Lana.

             "Ehh..!"mereka di kanan dan kiri Liana cepat-cepat bangun. Menangkap lengan Liana untuk tarik rakan mereka supaya duduk. "Jangan Lia.."

              "Ahahah...sorry la. Kan namun pun bet. Kau yang nak join sekali kan?"ketawa Lana.

Sambil bercemberut tidak puas hati, Liana kesat mulutnya dengan lengan baju Mathias dekat sebelahnya. Dia baru sahaja hendak membuka mulut apabila keadaan meja itu menjadi senyap dengan mengejut dan semua orang dekat situ pandang ke belakang Liana.

Lana terutamanya sekali, gadis itu pandang bungkam di situ.

                "Kenapa?"tanya Mathias bila perasan kawan-kawan mereka di meja itu pandang ke belakang dengan riak seperti baru Nampak hantu. Sebab nak tahu kenapa, Mathias pun toleh. Sekali tu dia pun sama jugak seperti mereka.

                Liana pandang kanan dan kirinya dengan bingung bila semua di situ diam dan tunduk makan seperti tiada apa-apa berlaku. Dah kenapa? "Asal dengan kau ni?"tanya dia.

                "Liana Florence."suara dalam dan tegas memanggil dari belakang.

               Serta merta Liana duduk tegak. Ahh!Sheesh!Not again. "Ya saya."sambutnya semasa berdiri dan memusingkan badannya ke belakang dengan slow motion.

                Warden Talia memandang Liana dengan tangan mencekak pinggang. "Pulangkannya sekarang."minta dia sambil menadah tangan kepada Liana.

                "Apa dia?"tanya Liana dengan muka blur dia. Perkenalkan, Warden Talia, ketua warden dan juga orang yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar di akademi ini. Seorang wanita yang garang lagikan menakutkan bila marah. Ramai-ramai orang di sini, Warden Talia adalah orang pertama yang perlu di jauhi selepas tiba di akademi ni.

                "Jangan buat tak tahu. Selain kamu tiada orang lain yang suka buat perangai ni. Pulangkannya semula kepada saya...atau saya heret kamu ke bilik Badan Disiplin Pelajar.."

Semua di situ pandang.

Hal itu buatkan Liana mengerling ke belakang bahu Warden Talia, melihat barisan meja pelajar muzik. Seperti tahu-tahu dirinya di pandang, dia Nampak Redd sedang memandangnya dari jauh.

                "Macam mana puan tahu orangnya saya?"tanya Liana saat mengocek poket seluar. Bibir tercebik muncung ke depan.

                "Saya terima laporan. Jadi berikan saya kunci pintu pagar yang kamu ambil dari bilik saya sekarang."arah Warden Talia.

Siapa la mulut tempayan tak sayang nyawa ni kan?Liana pandang semula ke arah Redd. Suspek terdekat dia!

Grrr!

                 "Nah."serah Liana meletakkan kunci ke atas tangan Warden Talia.

                  "Hmph!Sekali lagi saya dapat tahu kamu cuba curi keluar dari akademi. Saya bawa hal ni ke pejabat disiplin. Faham tu?"

Berbahang muka Liana waktu itu kerana malu yang amat sangat. Boleh pulak warden marah dia depan semua pelajar dalam dewan makan ni. Macam dah tak ada masa lain pulak nak buat!

                  "Kau okay?"tanya Mathias saat berdiri di tepi Liana waktu itu.

Masih memandang Redd, Liana tenung lama wajah itu sebelum duduk semula di situ dengan geram. Semuanya salah Redd!Hanya lelaki tu aje tahu kegiatana dia keluar masuk akademi ni. Siapa lagi!

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now