📜Date Sama!📜

739 101 1
                                    

🎶 CHAPTER 10🎶

       "Please~~"

       "Tak nak!"

       "Boleh la...bukannya lama mana pun.."

       "Saya tak nak..."

       "Please...pleaseee~~~"

        "Ke pekan?Awak jangan nak bergurau...macam mana kalau ada orang nampak saya?"

        "Jangan risaulah...tak ada siapa boleh perasan pun kita ke situ.."

Liana pandang atas bawah akan lelaki lampai di depannya dengan reaksi tak boleh blah. Tangannya bersilang di dada kerana masih protes dengan idea yang baru disampaikan tadi. Dia tak rancang pun nak berjumpa dengan guitar boy hari ni.

Macam biasalah kan dia ke tempat lepaknya untuk bermain gitar. Tiba-tiba muncul mahkluk ni dengan mengejut dan beritahu mahu mengajak dia ke pekan bagi meraikan pesta cahaya di pekan bawah bukit ni.

Bukan sahaja bagi idea tak masuk akal, lelaki ni malah dengan berani cadang supaya mereka keluar dari kawasan yang dikawal ketat ni.

Untuk pengetahuan la, kawasan Akademi Art and Music ni sebenarnya satu kawasan dengan Istana Utama Genovia. Seluruh kawasan tempat ini termasuklah hutan itu adalah kawasan yang telah dikawal ketat bagi menjaga keselamatannya. Jadi orang luar memang tidak boleh masuk kecuali ada pas masuk dan pas keluar untuk ke situ. Dan alasan Utama kenapa Liana sedikit pun tidak berasa takut untuk merayau sendirian di kawasan ni.

          "Jom la Lia...sekejap aje. Aku janji kita tak lama pun dekat situ.."ajak Guitar Boy lagi saat memegang tangan Liana dalam kedua-dua tangannya.

Liana pandang skeptikal akan lelaki di depannya. Bukannya dia tak nak keluar, cuma dia tak tahu macam mana nak lakukan hal tu. Sebabnya pintu masuk gerbang kawasan ini dikawal oleh tentera. Kalau dia ada pas keluar dari akademi tak apa jugak. Dia nak keluar pun curi-curi.

         "Aku handle semuanya, kau follow aku aje okay?"Guitar Boy merangkul bahu Liana. "Okay?"

         Sambil pegang tangan yang merangkul sekeliling bahunya, Liana pandang ke tepinya lalu bertemu muka dengan wajah Guitar Boy itu. "Macam mana awak nak keluar dari sini??"soalnya mematai dengan curiga akan lelaki yang dia tidak pasti apakah identiti yang dimiliki sejak hari pertama perkenalannya. Mereka berdua memang dah selesa berkawan, jadi tiada tanda red flag dari Guitar Boy ni kecuali identiti misterinya aje.

           "Ini..."Guitar Boy tunjuk muka sendiri pada Liana sambil tersenyum handsome.

Liana tolak tangan tu turun dari bahunya dan menjarakkan diri. Ada ke patut!Dia tengah serius boleh pulak bergurau.

           "Ish...saya serius ni?Kalau kita kena tangkap, bukan saya aje kena buang akademi, dengan awak sendiri masuk penjara.."

           "Tak adalah...jangan risau.."ujar Guitar boy sambil merangkul bahu Liana semula.

           Sesuatu terlintas dalam fikiran Liana apabila tubuh sasa itu berlaga dengan tepi lengannya, bau harum dari lelaki itu juga buatkan dia terfikir akan sesuatu. "Adakah awak bekerja untuk keluarga diraja?"duganya.

          "Huh?Kenapa kau tanya macam tu?"

          "Yalah...selain pelajar akademi dan orang istana, tiada orang luar yang boleh berada di kawasan ni, kalau awak bukan orang akademi, itu bermakna awak orang istana kan?"

           Hujung bibir Guitar Boy terhorot meleret saat dia tunduk memandang wajah bingung Liana. Sepasang mata yang bulat dan bersih itu buatkan dia ketawa kecil. "Good guess!Kau baru nak perasan ke?Dah lama kita berkawan...hahaha..kau tahu nasib baik aku lelaki baik. Kalau aku penculik, dah lama kau kena jual.."selorohnya saat bawa Liana jalan pergi dari kawasan tu.

             "So betul la awak orang istana?Guard?Chef?Butler?"tanya Liana lagi.

             Guitar Boy tidak menjawab. Dia hanya tersenyum sambil memandang ke depan. "Cubalah teka lagi..kalau kau jawab dengan betul, aku akan berikan kau hadiah.."

Mereka berdua keluar dari kawasan hutan itu saling berdampingan sehinggalah menyusuri laluan bertar sepanjang jalan itu. Selepas beberapa belas minit akhirnya mereka tiba di hadapan pintu gerbang. Seperti yang diketahui, pondok kecil yang menempatkan tentera sedang berkawal di situ.

Liana sudah kecut perut bila nampak mereka yang bersenjata di situ berdiri memandang ke arah mereka sebaik sahaja sedar kemunculan tiba-tiba mereka ke situ.

Habis la!

Habis la!

Kena bom mereka kejap lagi!

Takut-takut Liana bersembunyi di belakang Guitar Boy! Yalah!Kalau nak tembak, tembak si pencari pasal depan dia ni dulu!Baru dia!

Waktu Guitar Boy berjalan dengan selamba ke arah tentera-tentera di situ, secara automatik tentera-tentera di situ turunkan senjata ke samping dan gerak hendak memberi tabik hormat. Namun belum sempat mereka hendak berbuat begitu, Guitar Boy senyum kepada mereka lalu beri jari satu di depan bibir membuatkan mereka di situ mengangguk kepala tanda faham.

Liana yang tidak sedar akan hal itu, masih berdiri memandang belakang badan lelaki depannya mencari perlindungan. Sekali tu...

         "Jom..."

Tangan itu muncul dari tepi lalu menggengam jari jemari Liana dalam cengkaman jari jemari runcing itu.

Menahan nafas kerana terkejut, Liana bingung-bingung pandang kanan dan kirinya. Tentera di situ sedikit pun tidak cuba menghalang atau berkata apa-apa, malahan membiarkan mereka keluar melepasi gate itu begitu saja.

          "Huh?Apa awak dah buat?"tanya Liana masih memandang ke belakangnya.

          "Tak ada apa-apa. Kan aku kata semuanya akan okay."

Liana pandang akan tangan yang menggenggam jari jemarinya sebelum memandang tepi muka Guitar Boy. Hairan dia...kenapa lelaki ni boleh happy lepas buatkan dia langgar peraturan lebih teruk ni! Kalau ketahuan habis dia!

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now