🎶 CHAPTER 95 🎶
"Kali ni aje Lia...tolong!""Saya tak tahu Redd.."
"Jangan la give up sekarang.."
Liana merenggus kasar, dia pusing menghadap Redd sebelum meletakkan buku yang di ambil tadi ke dalam rak buku semula. "Apa kata awak pulak yang fikirkan sesuatu?Saya dah kehabisan idea sekarang ni?" desisnya dengan perlahan kerana enggan membuat bising dalam perpustakaan itu.
Redd menguak rambutnya ke belakang dengan frust! "Kalau saya tahu saya takkan cari awak Lia."
"Gosh!This is so tiring!"keluh Liana sambil meraup wajahnya kekesalan. Dah seminggu mereka cuba lakukan sesuatu untuk dekatkan Redd pada Puteri Aria. Namun ada saja halangannya.
Lantas Redd capai tangan Liana, dia cengkam jari jemari itu penuh berharap. "Lia...please"
Haih!
Apa dia nak buat ni?
Tak pasal-pasal dia yang kena peningkan kepala untuk Redd.
"Apa kata kalau awak jumpa dengan dia depan-depan Redd?"cadang Liana.
Cepat-cepat Redd melepaskan tangan Liana, dia tersandar lemah di rak itu. "Saya dah cuba..tapi Puteri Aria tak nak jumpa dengan saya....saya tunggu dia dekat dalam bilik latihan quadruplet dia..tapi lepas nampak dia larikan diri.
"Hish!Awak ni kan! Fine..saya tak ada banyak pilihan...tapi saya boleh cadangkan beberapa idea aje sekarang ni.."
"Hah..apa dia tu?"bulat mata Redd sebaik mendengarnya.
Maka bermula la misi Liana untuk membantu Redd mendekatkan diri kepada Puteri Aria.
Serius beritahu!
Ianya tidak mudah!
Pelan pertama Liana suruh Redd pergi ke tempat biasa Puteri Aria selalu lepak untuk luangkan masa atau berbual dengan rakan sekelas gadis itu. Awalnya memang dah okay tau, sekali tu ada peminat entah dari mana mengerumuni Redd. menghalang lelaki itu dari mendekati Puteri Aria. Yang mana berakhir dimana Puteri Aria tinggalkan tempat itu kerana padat dengan kerumunan peminat lelaki itu.
Pelan kedua, Liana arahkan Seth jalan dengan Redd untuk buatkan pertembungan tidak sengaja dengan Puteri Aria supaya Redd boleh jumpa dekat situ tanpa rasa janggal atau obvious sangat. Dah menjadi dah...tapi masa Seth tinggalkan Redd berdua dengan Puteri Aria, boleh pulak master muncul dekat situ, terus master itu minta Redd berjumpa untuk bincangkan sesuatu. Sekali tu gagal sebab Redd tak sempat nak cakap apa-apa!
Hari seterusnya Lana pula yang tolong. Gadis itu kononnya menghantar jambangan bunga dekat atas meja belajar di kelas Puteri Aria siap tulis masa dan tempat di dalam kad tu untuk berjumpa. Beria la ingat menjadi, sekali tu Lana tersalah letak dekat meja budak lelaki. Meja budak lelaki tu bersebelahan dengan meja Puteri Aria. Dah sudah!Tak pasal-pasal Mathias yang kena mintak maaf dekat budak lelaki tu bila budak lelaki tu datang ke tempat pertemuan tersebut.
Tidak berputus asa lagi, Liana minta Redd untuk datang ke studio dia supaya nanti dia boleh aturkan pertemuannya dengan Puteri Aria ke situ. Kira okay la tu kan sebab Redd memang dah datang awal ke studio Liana hari tu, tup-tup...Puteri Aria tak hadir ke akademi pada masa tu sebab ada urusan diraja yang perlu dihadiri. Melepas lagi!
BAM!
Tak pasal-pasal pintu bilik kelab muzik itu terbuka dengan kasar. Menyentak fokus pelajar-pelajar yang ada di situ dari latihan mereka.
Liana dekat depan kelab itu turunkan violin dari bahunya setelah melihat Puteri Aria berjalan masuk ke kelab mereka dengan muka bercemberut macam nak cari pasal.
"Keluar sekarang!"arah Puteri Aria dengan tangan bersilang di dada dan kening mencerun kepada semua ahli kelab di situ.
Terkebil-kebil mata setiap seorang di situ kerana tidak faham apa yang berlaku. Mereka tidak berganjak langsung.
"Tak dengar ke!Aku kata keluar dari sini sekarang!Tinggalkan kita orang berdua sendirian." Puteri Aria menempik bila semua di situ buat-buat tak kisah dengan arahannya tadi.
Pelajar-pelajar junior dan ahli kelab di situ mengerling ke arah senior mereka iaitu Liana masa itu. Menunggu akan arahan dari gadis itu.
"Tak apa...awak semua boleh keluar dulu ambil angin. Nanti masuk semula.."beritahu Liana dengan senyuman nipis di bibir kepada mereka semua di situ.
Dengan patuh mereka semua pun beransur keluar dari situ tanpa mengerling ke arah Puteri Aria yang sedang ke barangan di situ. Sempat ada yang jalan mengelakkan diri dari bertembung atau berada jarak yang dengan Puteri Aria di depan pintu masuk kelab tersebut.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...