📜Akademi Art And Music📜

1.5K 122 4
                                    

🎶 CHAPTER 1 🎶

            "Akademi Art and Music, ditubuhkan sejak 50 tahun yang lalu oleh Raja Genovia yang merupakan pemerintah Negeri Genovia. Disebabkan minat baginda terhadap muzik baginda telah menubuhkan akademi ini menggunakan dananya sendiri dengan harapan dapat melahirkan perintis muzik dan seni yang mampu digunakan untuk hiburan di istana dan majlis rasmi diraja yang lain. Ianya juga di bina sempena ulang tahun kelahiran Permaisuri Genovia. Dari tahun ke tahun seterusnya Akademi Art And Music berkembang mengikut zamannya. Sehinggalah adat turun temurunnya. Iaitu mana-mana perintis yang berjaya serta terpilih bakal mengadakan persembahan di Istana Utama Genovia di hadapan Raja serta keluarga kerabat.. Selepas kemangkatan Raja Genovia, pemerintah seterusnya telah mengubah peraturan di Akademi Art and Music ini. Iaitu akademi ini akan terus di tubuhkan untuk anak-anak yang berminat dalam muzik. Sebagai ganjarannya bagi mereka yang cemerlang dan berpotensi tinggi dijemput untuk mengadakan persembahan di Istana Utama Genovia."


            "LIANA FLORENCE!!"bergema suara tu di dalam kelas tu.

Suara lantang itu membuatkan kepalanya yang tunduk membaca buku bawah meja tersentak lalu satu balingan tepat hinggap mengenai kepala. Sebatang marker pen jatuh di atas meja sejurus itu.

Serta merta dia bangun dari kerusi dan memandang ke wanita yang sedang bercekak pinggang depan kelas.

Sesiapa kalau nampak boleh bayangkan ada aura gelap sekeliling badan pengajarnya itu. Ianya seakan ahli sihir dari filem Snow White And the Huntsman. You know...watak permaisuri putih yang menakutkan tu?Macam tu la bayangan di mata dia saat itu.

Aduhai!

Kantoi lagi nampaknya.

Kenapa masa dia curi-curi makan tak tertangkap tapi masa dia baca buku lain boleh pulak nampak?

Mahu tak mahu, perlahan-lahan dia undurkan kerusi ke belakang.

            "Ya saya, master."sambut Liana semasa bangun berdiri. Buku tadi dia masukkan bawah laci meja.

Semua rakan sekelas Liana toleh memandang Liana. Mereka semua memang dah biasa dengan sikap kartun Liana ni. Dari awal masuk sampailah sekarang mereka dekat akademi ni. Perangai langsung tak berubah. Katanya minat muzik, tapi kalau dalam kelas tak pernah tak kena marah.

Master Juliette beri muka berserahnya.

          "Kamu apakan lagi dekat belakang tu?Dengar ke tidak apa yang saya terangkan dekat depan tadi?"marahnya sewaktu mencekak kedua belah pinggang memandang Liana.

Heh?

Liana pandang kanan. Cuba cari bantuan. Tapi kawannya, Lana Violet malah palingkan kepala ke arah lain.

Sekali lagi Liana pandang ke kiri pula. Meja sahabatnya, Mathias Comet buka buku seluas-luasnya depan muka tu. Halang kononnya!

Perangai dua kawannya ini langsung tak guna!Memang tak boleh harap.

           "Maaf master...saya tak dengar.." ngakunya dengan akur kerana dah jelas dia tak boleh nak cakap apa lagi. Kalau dia mengelak, bukan setakat marker pen aje yang melayah, entah-entah clarinet master dia ikut melayang.

            "Ini la kamu! Macam mana ujian penilaian muzik kamu nak lepas kalau dalam kelas saya asyik buat perkara lain aje?Cuba la fokus sikit?Nak berapa kali saya pesan kepada kamu mengenai hal ni Liana?"bebel Master Juliette dengan garang.

Bukan salah dia okay.

Pertama sekali dia masuk akademi ni kerana keturunan family dia semuanya berasal dari akademi ni.Kalau umur akademi ni berusia 50 tahun, begitu juga dengan generasi keluarga dia. Liana Florence adalah generasi ke-5 yang menyertai akademi ini sejak berumur 13 tahun lagi sehingga la masuk usia 18 tahun.

So, bukan tak rela cuma tak ikhlas.

Kedua, dia bukan tak fokus..dia dengar je. Cuma perhatian dia lebih terarah pada buku sejarah Akademi Art dan Music ni. Serius dalam buku ni ada banyak perkara yang tersimpan rahsia. Yang ramai tak tahu. Terutama sekali tentang muse of music. Tahukan muse tu apa?Ianya macam sumber inspirasi...bukan setakat God Of Greek what so ever je ada goddess...music pun ada goddess jugak. Katanya muse of music ni dapat bantu seseorang mendapat ilham mencipta lagu atau apa saja idea baru la. Itu yang buatkan dia tertarik untuk membacanya.

Solely...yang perlu disalahkan adalah buku sejarah ni!

         "Apa yang kamu lakukan tadi hah?"

         "Tak ada apa-apa."

         "Dah tu apa yang kamu sembunyikan bawah meja kamu tu?"

          "Buku."

          "Kamu ni kan!"

           Liana tersengih kambing. "Maafkan saya master."ucapnya dengan muka seposen. "Saya janji tak buat lagi!"tangannya di angkat tanda ikrar.

           "Sekarang beritahu saya apakah rima not yang dimainkan ni..."Master Juliette sentuh skrin ipad yang dipegang. Dan satu Alunan muzik pendek kedengaran dari gadjet itu.

Liana yang dengar terlentok kepala ke kanan. Rasanya dia tahu not tu...

            "C sharp(C♯)"jawabnya dengan nada tak pasti.

            "Keluarkan violin kamu...mainkan saya satu lagu yang mengandungi note tu."arah Master Juliette.

Liana angkat bekas violin yang ada di bawah mejanya lalu di keluarkan perkusi itu darinya. "Yang mana-mana ke?"

            "Mana-mana aje. Janji kamu tahu konsep dia."

Semua di situ palingkan kepala memandang penuh nanti akan pelajar yang terkenal dengan perangai main-mainnya. Walaupun tidak serius ketika dalam kelas, bakat dalam muzik memang tidak boleh dinafikan ada padanya.

              Liana pandang tali-tali violinnya lalu meletakkan jari pada note muziknya. Here's goes nothing! "Saya akan mainkan lagu F-chopin :nocture in c sharp minor..."jawabnya.

Lalu berkumandang la lantunan lagu dari violin Liana di dalam kelas itu.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now