🎶 CHAPTER 96 🎶
"Ada apa ni Aria?"tanya Liana dengan kening berkerut tidak fahamnya.Puteri Aria berpaling menghadap Liana dengan nafas naik turunnya.
"Kau tanya aku?Patutnya kau beritahu aku ada apa sebenarnya kau dengan Redd kebelakangan ni?"merah padma muka Puteri Aria waktu itu sampaikan leher dan telinga gadis itu juga kemerahan.
Mata Liana berkedip laju kebingungan. Dia pandang tidak faham.
Memangnya ada apa?
"Tiada apa-apa...kenapa tuan puteri marah macam ni?"
Terus tercebik Puteri Aria masa tu.
"Mana aku tak marah!Aku cuba jadi baik dekat sini kau tau tak...tapi tak ada satu pun yang berjalan lancar untuk aku!"
Liana berkerut kening. Kepalanya terlentok sedikit sebelum tersenyum mahu ketawa. Comel aje la dia perhatikan Puteri Aria ni.
"Aku tak tahan betul la...sejak aku putus dengan Redd...sikit pun Redd tak terkesan kan? Aku nampak kau kerap luangkan masa dengan Redd...kau ingat aku tak tahu ke?"
"Saya rasa tuan puteri dah salah faham dekat sini, ianya bukan seperti yang tuan puteri fikirkan."
"Oh ya?Kalau macam tu apa kau nak kata tentang hal kau berdua dengan Redd hari tu dalam perpustakaan. Siap pegang tangan lagi tu!"
Oh-oh!
Liana mengetap bibir.
"Bukan itu aje...sebelum ni aku nampak kau bergelak tawa dengan Senior Redd, kemudian kau duduk sama dengan Senior Redd dekat dewan makan....berborak senang hati!"timbul urat di leher Puteri Aria semasa dia bercakap.
"Itu-"
"Benci betul la! Aku cuba nak move on kut!"dengan marah Puteri Aria duduk menghenyak punggung di kerusi berdekatan sebelum merenggus kasar. "Dah la kebelakangan ni Senior Redd selalu muncul dekat depan mata aku...lepas tu aku kena tengok pulak kemesraan kau dengan dia...makin susah la aku nak lupakan Senior Redd macam ni..."luahnya.
"Aria, awak dah-"
"Kau jangan nak bagi banyak alasan dengan aku ya. Kau tahu tak berderet budak lelaki dekat luar sana cuba confess dekat aku lepas Senior Redd berpisah dengan aku...dan aku reject sebab aku masih tak boleh lupakan dia...dan kau dekat sini...belakang aku, seronok luangkan masa dengan dia!"
Liana melepaskan dengusan tak percayanya saat dia memandang Puteri Aria. "Kalau tuan puteri sukakan Redd?Kenapa tuan puteri asyik larikan diri dari Redd?"
Bercemberut Puteri Aria."Mana kau tahu aku larikan diri hah!?Aku cuma tak nak buat Senior Redd nampak aku ni desperate sangat ..sebab tu aku jarakkan diri...." marahnya. Lagipun dia malu la nak berdepan dengan Redd!
Liana turun dari pentas kecil itu lalu ambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Puteri Aria. Dia sondong sedikit ke tepi untuk pandang muka tu. Tangannya naik menopang bawah dagu.
"Dah tu sekarang ni Puteri Aria nak apa?"
Dengan muka grumpy dan kening berkerutnya,Puteri Aria menjeling ke Liana sebelum berdengus kasar tidak puas hati. Dia menyilang tangan ke dada lalu melemparkan pandangan ke papan hitam di kiri bilik itu.
"Aku tak tahu. Itu masalahnya."
"Tuan puteri nak get back semula ke dengan Redd?"
"Kalau aku nak get back sekalipun, nak ke Senior Redd terima aku semula. Kan aku minta break dekat dia dulu?"
"Mana la tahu kan?"Haish!Dah gatal sangat mulut ni nak beritahu, tapi dia biarkan aje.
"Kau tak main kayu tiga di belakang Ares kan?Kau dengan Senior Redd tak ada apa-apa hubungan kan??Beritahu aku Lia!Sebelum aku bencikan kau lebih dari aku dah bencikan dekat kau sekarang ni!!!"'Puteri Aria menghentak kaki hendak naik angin.
Cepat-cepat Liana menggeleng kepala.
"Tak ada...saya dengan Redd tak ada apa-apa. Sumpah. Ianya bukan seperti yang tuan puteri fikirkan..Redd tak sukakan saya lagi...dia dah sukakan orang lain.."
Duduk tegak Puteri Aria di buatnya. "Apa dia?Dia sukakan orang lain!"membutang mata saat dia bertanya.
Waktu itu Liana benar-benar cuba menahan diri dari ketawa, dia tenung wajah Puteri Aria sambil mengangguk kepala. "Iya...Redd telah menyukai seseorang sejak awak dengan dia berpisah hari tu.." tambahnya lagi.
"What the hell!?Secepat tu?"Puteri Aria dengan marah mencengkam pemegang kerusi tu dengan nafas naik turun hendak hilang kesabaran.
Hihihihi! "Kalau tuan puteri mahu get back semula saya rasa tuan puteri kena cepat-cepat berjumpa dengan Redd dan beritahu perasaan tuan puteri tu serta merta..."Liana buat muka seakan cemas semacam.
Dengan sedih, Puteri Aria mencebik bibir kerana mahu menangis bila dengar kata-kata Liana tu. "Serius la..."
Liana mengangguk kepala.
"Macam mana kalau dia reject aku balik?"Puteri Aria benar-benar bersedih. Dia berasa tak percaya kerana Senior Redd dengan mudah jatuh cinta pada orang lain sedang dia masih bergelut hendak move on!
Bahu Puteri Aria di rangkul Liana, dia berbisik dengan perlahan di tepi muka tu. "Haih...selagi tak cuba awak takkan tahu...dari duduk dan tengok, better bertindak kan?"soalnya.
"Kau sure?"
Liana mengangguk lagi. Dia menarik sengih meleret penuh maksud. Kalau Redd tak boleh dekati Puteri Aria dengan sendiri, biar Puteri Aria sendiri yang temui lelaki tu. Dan ini adalah cara terakhir dia. Kalau Redd lepaskan jugak, dia takkan tolong lelaki tu lagi.
"Ya, saya yakin."
Puteri Aria pandang tak pasti akan Liana sebelum termenung mengetap bibir cuba mencari kepastian. Patut ke dia temui Redd?
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...