📜Jeremiah📜

595 82 3
                                    

🎶 CHAPTER 58 🎶


Dengan tekun mata itu mengerling kanan dan kiri silih ganti sementara tangan sibuk menulis note muzik yang ada di skrin komputer ke dalam buku muziknya. Liana di dalam studio latihannya. Kebanyakan pelajar sedang luangkan masa di dalam kelas atau bilik latihan mereka. Termasuklah Lana serta Mathias. Dua sahabatnya sibuk beberapa minggu ini kerana padat dengan kelas seni masing-masing.

Sambil mengerling sekejap ke skrin komputer depannya, Liana catit note muzik yang dia perlu berlatih untuk pertandingan Muse Diraja nanti. Disebabkan ada banyak nota muzik dia masih belum siap di salin selepas di rosakkan oleh Puteri Aria tempoh hari, dia hanya catit bila dia mahu menggunakan note muzik tu.

Brit!

Brit!

Telefon di sebelah keyboard komputer bergetar.

Menarik perhatian Liana serta merta.

Dia mengerling ke skrin melihat siapa yang call, sekali tu nama 'MAMA' muncul di situ. Buatkan dia segera meletakkan pen dan capai telefon tu sebelum menjawab panggilannya.

        "Hai mama...?"Liana pandang ke depan bersama perasaan berdebarnya.

        "Liana Florence...what have you done honey?"tegas sahaja suara dalam panggilan tu.

Bersama keluhan panjangnya Liana menunduk ke bawah. Nampaknya berita itu telah sampai ke telinga mama dia. Pasti Permaisuri Johenah yang lakukan hal itu hanya untuk memastikan dia patuh dengan arahan wanita itu.

         "Kenapa ni mama?"

         "Kamu tahu kenapa mama hubungi kamu, Liana."

Walaupun dia anak tunggal dalam keluarganya, layanan ibu bapa terhadap dirinya sangat tegas dan penuh peraturannya. Bukan dikongkong. Cuma berdisiplin. Jadi sejak kecil sehingga sekarang dia didik dengan penuh etika dan tertib. Melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik keluarga adalah perkara terakhir yang dia akan lakukan! Tapi ada masa tu dia teringin jugak langgar peraturan. Dan...dan dia langgar peraturan. Yang mana hanya berakhir dia jatuh cinta pada putera mahkota.

Liana mengetap bibir dengan kuat. Tidak membalas kata-kata itu.

        "Mama tak tahu apa yang terjadi di sana. Tapi bila mama menerima panggilan dari Permaisuri Johenah, nampaknya hal yang berlaku di situ adalah serius. Jadi jujur pada mama. Adakah benar kamu bercinta dengan Putera Mahkota Ares?"

         Sambil menggentel hujung kertas nota muziknya, Liana mengangguk kepala. "Ya Ma."

         "Liana...apa mama nak buat dengan kamu ni?"

Dia pun tak nak buat apa dengan dirinya ini. Bukan dia saja-saja jumpa Ares di hutan tu dan berkawan dengan lelaki tu. Bukan dia yang sengaja nak bercinta dengan seseorang yang bergelar sebagai putera mahkota!

          "Maafkan Lia Mama."ucapnya dengan mengalah.

           "Mama tak bantah kamu nak bercinta atau berkawan dengan lelaki. Mama cuma nak kamu tahu setiap perbuatan dan keputusan kamu itu ada kesan dan akibatnya. Kerana keputusan kamu tu, Permaisuri Johenah memberi amaran kepada mama mengenai kamu supaya berhenti berhubungan dengan anak lelakinya itu kerana salah faham antara kami berdua.."

Haih!

Nak bercinta pun susah.

         "Baik Ma."akur Liana tanpa membantah.

         "Mama takkan masuk campur urusan peribadi kamu Liana. Mama hubungi kamu ni bukan hendak meleteri kamu...mama cuma nak kamu tahu..."

          Dia takkan langgar arahan tu. Jadi jangan risau. Walaupun sakit dia akan terima dengan hati terbuka. "Lia faham mama.."

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now