🎶 CHAPTER 25 🎶
Hah?
Excuse me!? Apa dia tadi.
Kening Ares terjungkit sebelah saat lelaki itu pandang Liana dengan kepala terlentok sedikit.
"Siapa Seth tu?"perlahan-lahan Ares menurunkan gitar dari riba lantas di sandarkan pada pokok di sebelahnya. "First time aku dengar kau sebut nama lelaki lain bila kita berdua macam ni.."
Berkedip mata Liana waktu itu. Dia agak terkedu dengan reaksi Ares. Muka Nampak tenang bersahaja tapi cara bercakap tu macam sinis menyindir. Ke perasaan dia je?
"Seth Rudden. Anak didik ayah saya. Masa kecil Seth bergurau dengan ayah untuk menjadi anak didik beliau. Sejak kecil lagi...saya pun didik dengan ayah Seth. Dari situ kami berkawan rapat sehingga sekarang. Disebabkan ibu dan ayah saya tinggal jauh di luar negara, kadang-kadang saya menginap di rumah ibubapa Seth jika ada minggu outing." jelas Liana sambil membalas tatapan misteri depannya itu.
Ares buat muka tak percaya. Walaupun Liana kedengaran jujur, entah kenapa naluri lelaki dia begitu skeptikal mendengarnya.
"Kau tahu...antara lelaki dan perempuan tiada istilah berkawan kecuali salah seorang tu mempunyai perasaan suka pada seorang tu...baru mereka berkawan. Kalau tiada perasaan...itu bukannya berkawan tapi sekadar sebagai kenalan."beritahunya.
Kata-kata Ares yang berbelit itu buatkan Liana bergelut hendak fahamkannya. Kalau tak suka bukan kawan?Kalau suka tu baru kawan? "Apa awak kata?Saya kurang jelas..."
"Sini...dekat sikit dengan aku..."Ares menepuk tempat kosong di depannya itu.
Tidak berfikir apa-apa Liana ngesot ke tepi, mendekat pada Ares hingga buatkan bahu mereka saling bersentuhan. "Ulang balik apa awak kata tadi?"
Sambil mendekatkan wajahnya ke tepi telinga Liana, tangan Ares merangkul belakang badan Liana lalu dia berkata. "Lelaki takkan cuba berkawan dengan seseorang tu kecuali dia suka dan berminat pada orang tu..."
Apa yang-
Liana kejung memandang ke depan bila sel neuron dia mula berhubung. Oh my gosh! Kata-kata itu cukup jelas beritahu dia sesuatu. Tanpa mengatakan apa-apa memalingkan kepalanya ke kanan, serta merta dia bertemu muka dengan bibir Guitar Boy.
Ekoran terlalu terpaku akan lelaki di depannya waktu itu, Liana hanya mampu pandang dengan keadaan mulut terbuka sedikit kerana begitu tergamam.
"Jadi apa maksud awak sekarang ni?"Liana jarakkan sedikitkan kepalanya ke belakang supaya nafas dia tidak mengenai muka Guitar Boy. Risau dia kalau lelaki depannya ini terganggu dengan nafas dia.
Dengan sembunyi, tangan Ares naik memegang belakang bahu Liana. Menolak badan itu supaya rapat semula kepadanya.
"Maksudnya, aku berminat dengan kau. Sebab itu aku berkawan dengan kau Liana. Are we clear now?"jelasnya dengan sengih meleret di bibir. Masih tidak lari dari memandang mata bundar Liana.
Merah muka Liana saat itu. Dia begitu blushing dengan confession tersebut ditambahkan lagi dengan jarak mereka berdua yang sangat rapat. Salah aje bergerak ni, insiden besar boleh terjadi."Ta-tapi saya-"
"It's okay. Aku tak paksa kau. Aku cuma nak beritahu kau dulu yang aku suka dengan kau."
"But we barely know each other..."beritahu Liana selepas dia diam seketika kerana hendak kekalkan postur diri supaya tidak menjadi jeli di situ. "Nama awak pun saya tak tahu.."
Dengusan kecil lepas dari Ares bila dia berasa lucu dengan muka bingung Liana waktu itu. Terkutik hatinya mahu mengucup pipi gebu depannya saat itu. "Kau akan tahu lambat laun. Take your time...Lia."
Liana mengecilkan mata bila Guitar Boy senyum pada dia dengan handsome begitu. Buat perut dia memulas aneh. Dia pun suka pada Guitar Boy ni, tapi itulah...misteri sangat. Buatkan dia sedikit ragu-ragu mengenai perasaan Sukanya ini. Entah orang baik ke orang jahat ke siuman ke tidak..siapa tahu kan!
"Jangan macam-macam dengan saya ya. Jangan fikir awak handsome awak boleh bergurau tentang perasaan dengan saya."Liana tepuk dada tu dengan perlahan.
"Hahaha, aku handsome ke?Hahahaha......takutnya. Kau ugut aku ke memuji ni?"
"Dua-dua. Bukan ugut...beritahu je.."
"Kalau aku suruh kau stay dekat sini jangan ikut Seth...kau nak tak?"
Liana bawa tangannya naik memegang lengan yang tidak memeluk dirinya saat itu. Dia cuba hendak kekalkan jarak mereka supaya tidak terlalu rapat. Bukannya dia tak suka, dia cuma tidak mahu lelaki depannya itu berasa tidak selesa kerana dirinya.
"Apa awak cakapkan ni?Kalau saya tak ikut Seth apa saya nak cakap dekat parents dia nanti. Kan saya dah setuju nak ikut. Mereka mesti dah prepare..."
"Bagusnya kau ni kan..pandai jaga hati orang lain..."puji Ares flashing senyuman lebar menampakkan barisan gigi kepada Liana.
Liana ikut ketawa bila dengar pujian itu. Macam tak ikhlas je bunyi tu."Baru tahu ke saya ni baik?Tsk..tsk..tsk!"
Senyuman Ares perlahan-lahan memudar bila dia tidak dapat berhenti dari menatap wajah Liana di depannya waktu itu sampaikan tangannya kirinya naik menekup tepi muka tu tanpa kawalan dia.
Sentuhan itu juga membuatkan Liana balas tatapan itu. "Kenapa?"
"Can I kiss you now Lia?"bisik Ares tidak lama selepas itu.
Liana menjungkit tinggi keningnya saat pandang terkejut akan permintaan tersebut. Kiss?Dekat dahi macam hari tu ke? "Okay..."angguknya memberi kebenaran.
Bersama senyuman senang di bibirnya, Ares bawa wajah Liana mendekat kepadanya sebelum dia menyengetkan kepalanya ke kiri memagut perlahan sepasang bibir itu dengan mata terpejam.
Terpaku Liana waktu itu. Matanya berkedip perlahan kerana tidak menjangka hal itu. Dia fikirkan kiss yang dimaksudkan itu pada dahi bukan bibir!
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...