🎶 CHAPTER 39 🎶
Selimut berwarna merah jambu itu ditarik dekat ke atas badan Lana dengan berhati-hati. Mata yang kemerahan dan basah itu dipandang dengan serba salah. Hampir setengah jam dia memujuk Lana kerana kesedihan. Barulah rakannya terlelap. Itupun tidak sempat menjamah makanan yang dia selinap masuk dari cafeteria melalui Mathias tadi. Lana terlalu sedih sampai tiada selera hendak makan tak kira lah sebanyak mana dia cuba pujuk.
Tanpa menghasilkan sebarang bunyi, Liana bangkit dari katil tu lalu tunduk menyalahkan lampu nigh stand sebelah katil tu. Sebelum bergerak ke arah pintu. Sampai saja di situ suis lampu di sebelah pintu itu di matikan lantas bergerak keluar dari bilik Lana.
Dengan berhati-hati pintu bilik itu ditutupnya sehingga bunyi 'klik' yang perlahan kedengaran.
Kini Liana berdiri di hallway dorm. Lengang dah sebab sudah masuk jam 9 malam. Mungkin kebanyakan student perempuan berada di dalam bilik masing-masing atau bilik umum.
Kriuk~~~
Berlagu sudah perut dia tanpa sedar.
Haih!
Liana tunduk memandang perutnya saat tangannya naik mengusap perutnya yang kosong sejak siang tadi. Semuanya gara-gara Puteri Aria dan Redd la dia tak sempat nak fikir apa-apa kecuali Lana dan Mathias. Kasihan dua sahabatnya itu. Dan semuanya salah dia.
Kriuk~~~
Sekali lagi perutnya berkeroncong.
Dengan langkah malasnya Liana atur langkah menyusuri koridor itu untuk ke bilik dia di sebelah kanan selekoh tu. namun baru beberapa langkah di atur tiba-tiba telefon dalam poket hoodienya bergetar-getar.
Sambil berjalan tu, dia mengocek telefon tu dari poket lalu memandang ke skrin. 'Seth Calling' dibaca dengan hairan.
"Hello?"sapa Liana dengan perlahan.
"Kau dah tidur ke?"
Liana membelok ke kiri lalu bertembung dengan sekumpulan pelajar perempuan yang mengenakan masker di wajah masing-masing. Buatkan dia terkejut sekejap dekat situ. Uish!Ada ke patut merayau dengan benda alah tu dekat muka! "Tak...baru habis pujuk Lana ni. Kenapa?"jawabnya sambil usap dada sendiri nak surutkan rasa terkejutnya tadi.
"Keluar sekejap sini. Aku ada dekat luar bangunan asrama."
"Nak apa?"Liana berhenti di depan pintu biliknya tidak lama selepas itu. Dia pandang muka pintu tu dengan kening berkerut tertekannya. Ini mesti Seth dah tahu apa yang berlaku. Tak terbayang dia wajah lelaki tu nanti bila jumpa.
"Turun je la sekejap. Tak lama pun."
Liana gigit bawah bibirnya. Teragak-agak sebenarnya. "Okay."jawab dia.
Keluar saja dari pintu asrama tu, angin malam serta merta menyapa. Seram sejuk jadinya bila Liana jalan menuruni tangga di situ dia dah nampak kelibat Seth di depan laluan menyusuri tu.
"Hey..."tegur Liana saat Seth membelakangkan dirinya.
Tersentak dengan segera, Seth memusingkan badannya. Dan bila lelaki itu memandang wajah Liana di bawah cahaya lampu jalan di tepi mereka, dia serta merta tahu Liana sebenarnya telah menangis. "Kau okay?"soalnya perlahan.
"Urm."angguk Liana tidak memandang Seth. Dia pandang apa saja kecuali muka lelaki tu. Risau kalau air mata dia tumpah dekat situ.
"Mathias dah beritahu aku apa yang berlaku. Macam mana dengan keadaan Lana?"perlahan saja suara Seth bertanya.
"Dia merajuk tak nak makan sebab sedih. Tapi dah tidur tadi."jawab Liana saat tunduk menguis rumput di bawah kaki dengan hujung kasut. Kedua-dua tangan ada di dalam poket hoodienya.
Seth melepaskan hela nafas panjangnya sebelum mendekat ke arah Liana. Tanpa mengatakan apa-apa lagi dia pegang belakang kepala Liana lalu menarik gadis itu ke dalam pelukannya. "Aku tahu kau orang yang kuat. Still aku nak kau tahu, apapun keadaannya aku ada dekat sini untuk kau.."beritahunya memeluk tubuh itu.
Masa itulah Liana sembamkan wajahnya ke dada Seth dan melampias segala perasaan yang dia rasakan selama satu hari ni. Serius dia cuba tidak menangis dihadapan Lana kerana tidak mahu menambahkan perasaan susah hati. Tapi bila dah diperlakukan seperti ini..sesiapa kalau ada di tempat dia pasti akan turut menangis.
"Aku tertekan Seth.."luah Liana dari balik sedu sedannya.
Seth tunduk mengeratkan pelukannya itu dan mengusap belakang badan Liana menenangkan gadis itu. "Nangis la..aku ada dekat sini."bisiknya di tepi kepala Liana.
"Puteri Aria tu buat aku stress!Aku tak tahu apa masalah dia sampai nak susahkan orang lain semata cemburukan aku...aku tak suka pun si Redd tu. Yang dia nak sakitkan hati sangat dekat aku kenapa..."
Seth tepuk belakang Liana lalu mengucup tepi kepala tu semasa Liana mengadu teresak-esak dalam pelukan mereka.
"Please Seth...jangan sampai parents aku tahu tentang hal nikalau papa tahu dia mesti marah."nangis Liana menghentak kaki di situ.
"Ya...jangan risau."angguk Seth.
Tidak lama lepas menangis tu, Liana tolak dirinya jauh dari pelukan Seth. Dan barulah dia berani nak pandang muka lelaki tu. Namun kerutan di keningnya semakin menebal taktala sedar ada yang bertampal di tepi bibir tu.
"Kenapa dengan bibir kau ni?"secara automatik tangannya naik ingin memeriksa plaster putih di bibir Seth itu.
Seth menarik sengih meleretnya. Dia tunduk memandang wajah Liana sebelum kedua-dua tangan naik hendak menyeka air mata dari pipi sejuk itu. "Nothing serious."beritahunya.
"Kau bergaduh ke?"Liana pandang mata Seth cuba nak cari tahu kebenaran.
"Tak adalah...bergurau dengan member sekelas. Sekali tu terluka. Biasalah lelaki kalau main kasar."Seth menurunkan tangan Liana dari bibirnya.
Liana tidak bertanya dengan lebih lanjut, tapi dia hanya pandang curiga akan Seth waktu itu. Masih tak percaya yang itu luka bergurau!
Dan waktu itu di atas salah satu jendela bilik di asrama lelaki yang hanya seberang jalan sahaja, menghadap bangunan asrama pelajar perempuan berdirinya Redd. Memerhati dalam diam kelibat Seth dan Liana di bawah lampu jalan depan laluan masuk asrama itu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
Macam mana? Okay tak tu?
🤭🤣 Tinta cuba nak create jalan cerita yang best...but this is only idea got.. hopefully it's good..
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...