🎶 CHAPTER 83 🎶
"Bonda restu?"tanya Putera Ares sewaktu pandang silih ganti wajah orang tuanya di situ dengan nafas tertahan. "Kenapa?Bukan ke selama ni bonda bertegas dengan anakanda supaya putuskan hubungan dengan Liana?"Permaisuri Johenah mengetap garis nipis di bibir berasa malu bila Putera Mahkota Ares mengungkit kenyataan lama dia itu.
"Tapi tidak lagi, ayahanda telahpun berbincang mengenai hal ini dengan bonda kamu."ujar Raja Aryan.
Untuk seketika Putera Mahkota Ares berasa tidak yakin dengan apa yang didengarnya. "Jadi maknanya, ayahanda dan bonda tidak kisah dengan pilihan anakanda?"soal dia lagi.
Permaisuri Johenah pun mengangguk kepala. "Hm. Bonda tidak akan masuk campur mengenai hubungan privasi kamu. Asalkan ia tidak akan memburukkan nama baik keluarga diraja kita.."
"Kenapa?"
"Apa maksud kamu kenapa?"kening Raja Aryan berkerut tidak faham.
"Kenapa bonda tiba-tiba ubah fikiran?"Putera Mahkota Ares masih tidak boleh percaya dengan apa yang didengarnya. "Tempoh hari anakanda melutut depan bonda...bonda sedikit pun tidak menghiraukan permintaan anakanda?"
"Sebab masa tu bonda dikaburi dengan perasaan malu dan dendam bonda...tapi adinda kamu telah buatkan bonda sedar , keputusan bonda tidak akan buat keadaan semakin baik. Lagipula ayahanda kamu pesan supaya bonda relakan saja keputusan kamu itu."jelas Permaisuri Johenah.
Putera Mahkota Ares pandang wajah sugul Permaisuri Johenah dengan lama.
"Bonda tahu selama ini bonda tegas dalam mendidik kamu, mengawal segalanya supaya Nampak sempurna sampai tidak tahu yang bonda tidak letakkan diri bonda ditempat kamu sehingga faham apa yang kamu perlukan apa yang kehendakkan...sebab itu bonda ambil keputusan, kali ni kamu perlu bertanggungjawab untuk setiap keputusan yang kamu buat dalam hidup kamu. Dengan cara ini baru kamu tahu tentang kesan dan akibat suatu tindakan dan keputusan yang kamu buat."beritahu Permaisuri Johenah.
Raja Aryan mengangguk kepala setuju. "Lambat laun kamu bakal menjadi raja dan pemimpin. Sebab itu ayahanda dan bonda rasakan tiba masanya kami biarkan kamu buat pilihan. Jadi kalau bersama dengan Liana boleh ubah kamu jadi orang yang lebih baik, ayahanda dan bonda restu pilihan kamu itu. Dan ketepikan segala kisah silam yang pernah terjadi di antara parents Liana dan bonda kamu."
Terkedu Putera Mahkota Ares waktu itu. Hatinya di pagut rasa tersentuh yang sangat kuat. Akhirnya... kata-kata yang dia ingin dengar selama ini.
"Ayahanda tahu mengikuti protocol diraja dan regulation sebagai putera mahkota buatkan hidup kamu terkekang dari jalani hidup yang normal. Tapi kamu kena faham, ianya perkara yang tidak boleh dielakkan. Untuk itu ayahanda harap selepas ini kamu jadi lebih baik dalam menjalani hidup kamu."pesan Raja Aryan sebelum tersenyum kepada Putera Mahkota Ares.
Sambil mengetap gigi menahan diri dari menangis dekat situ kelegaan, Putera Mahkota Ares mengangguk kepala. "Baik ayahanda...baik bonda. Terima kasih."
Permaisuri Johenah ikut sama tersenyum. "Maafkan bonda ya. Bonda harap anakanda boleh sampaikan mohon bonda kepada Liana."
Putera Mahkota Ares mengangguk kepala. "Baik bonda."
"Bagaimana keadaan Liana?Ayahanda dengar dari Puteri Aria yang Liana jatuh sakit?"
"Huh?Aria beritahu?Liana..dia okay. Jeremiah baru beritahu Liana dah sedar."
"Ya. Puteri Aria yang beritahu." angguk Raja Aryan.
"Baguslah kalau begitu. Pastikan pesan kepada Liana untuk banyakkan minum air."tambah Permaisuri Johenah pula. "
"Anakanda patut berterima kasih kepada Puteri Aria kerana adinda kamu yang berani itu yang ceritakan hal sebenar kepada ayahanda. Kalau tidak...sampai ke sudah la ayahanda tidak tahu apa yang bonda kamu lakukan kepada kamu.."beritahu Raja Aryan.
Permaisuri Johenah mula buat menyampah dia lepas dengan Raja Aryan bercakap begitu.
Putera Mahkota Ares dekat situ begitu tercengang. Berasa tidak percaya yang Puteri Aria yang menjadi punca kenapa bonda mereka ubah fikiran?Haih...budak kecik tu kan!Memang tiada kerja lain nak buat selain sibukkan hal orang lain?
Keluar saja dari bilik bacaan Raja Aryan, Putera Mahkota Ares atur langkah dia menyusuri koridor itu sehingga tiba di depan anak tangga. Waktu itu dia sedang tunduk menaip sesuatu pada skrin telefon. memberitahu Jeremiah dia akan ke hospital sebentar lagi.
"Ares?"panggil suara tu dari tingkat atas tiba-tiba.
Mendongak terus kepala Putera Mahkota Ares dari anak tangga itu ke beranda tingkat atas tu. Puteri Aria berdiri dekat situ menyandar pada tembok batu tu.
"Baru balik dah nak pergi ke?"Puteri Aria menarik sengih meleretnya.
Serta merta Putera Mahkota Ares mengecilkan mata dia. "Apa kau dah buat hah?"soalnya.
"Buat apa?"Puteri Aria buat muka innocent tak tahu apa-apa dia.
Putera Mahkota Ares menjuling mata menyampah. "Jangan nak pura-pura tak tahu ya. Aku dengar apa yang bonda dan ayahanda beritahu aku tadi.."
"So??"Puteri Aria bertenggek dekat tembok tu. Kedua-dua tangannya di sikukan atasnya. Memandang Putera Mahkota Ares. "Kau happy kan?"
Terkatup terus mulut Putera Mahkota Ares.
"Let's make it clear here. Okay. Aku buat semua bukan sebab nak tengok kau atau Liana happy! Aku buat semua sebab nak pastikan isu kau orang berdua tak effect kehidupan harian aku..."beritahu Puteri Aria dengan nada sassy dia. "Kau ingat aku suka tengok kau melepek macam pacat bulat tak berdaya macam hari tu...kemudian tengok Liana nosebleed sebab stress..."
Putera Mahkota Ares tersengih sinis. "Oh really?Ke sebab kau memang dah ada soft spot dalam hati tu untuk aku dengan Liana?"
Puteri Aria menyelak rambutnya ke belakang bahu dengan mimic muka 'excuse me'. "Duhh!I need to keep my enemy in shape to maintain my purpose in life. Okay. Aku perlukan hiburan. Dan hiburan aku tu adalah mengjengkelkan hidup harian kau orang berdua. So jangan nak happy sangat." cebiknya.
"What ever you says sis...what ever you says.."Putera Mahkota Ares menyambung langkah menuruni tangga itu.
"Kau jangan cakap dekat Liana ya pasal semua ni! Kalau dia tahu!Siap kau!" teriak Puteri Aria dari tingkat atas tu!
Putera Mahkota Ares menarik senyuman lebar dia bila dengan teriakan itu. Memang tak la dia nak rahsiakan apa-apa dari Liana. Dia nak ceritakan jugak dekat Liana yang Puteri Aria sayangkan Liana dalam diam!Biar padan muka Puteri Aria tu malu tak cukup muka!
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
I take to much caffeine today...
🤣🤣🤣🤣🤣berderet chapter nak kena publish! Hahaha...apapun terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca.
Tak apalah la ya chapter banyak2.
tinta tak sure boleh dapat tak 50 buku sebelum masuk tahun 2023 nanti. Apapun I will push my limit for it!
Let's break the record!
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RastgeleKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...