📜Kisah lama📜

633 84 0
                                    

🎶 CHAPTER 28 🎶

Bau Masakan yang enak menerawang dalam cottage tu bila meja makan penuh dihidangkan dengan Masakan yang enak lagikan hangat di atasnya. Membuatkan suasana makan malam keluarga itu kelihatan cozy dan hangat. Di kerusi makan sebelah kiri meja duduknya Puan Daniela. Wanita itu menghidangkan makanan ke atas pinggan Encik Rudden yang duduk di head desk. Seperti Seth, dua orang itu memilik feature wajah yang visual. Hidung muncung Seth ikut Encik Rudden, kening dan mata Seth pula ikut Puan Daniela.

Sangat menawan!

           "Ibu dengar pihak akademi mengadakan pertandingan Muse Diraja untuk pelajar senior. Adakah kamu berdua bakal menyertainya?"soal Puan Daniela memandang Seth di sebelah Liana seberang meja tu.

Encik Rudden capai gelas berisi air kosongnya lalu menyisipya sedikit sambil lirik akan Seth juga.

          "Masih dalam pertimbangan."jawab Seth sewaktu Liana hulur tangan hendak mencapai penkek kentang yang terletak jauh sedikit dari gadis itu. "Seth perlu hadirkan diri untuk kelas seni sekali.."beritahunya sambil mencapai pinggan tu untuk Liana lalu di suakan depan gadis itu.

          "Cuba la sertainya. 20 tahun yang lalu, ayah serta ayah Liana ikut serta pertandingan tu."beritahu Encik Rudden kembali tunduk menyambung makan.

         Tersentak Liana, dia pandang ke arah Encik Rudden dengan kening terangkat tinggi. "Serius?Siapa yang menang?"

         Puan Daniela ketawa kecil melihat reaksi teruja Liana itu. Dia pandang ke depan dimana Liana duduk berhadapan dengan dia dimeja itu. "Cuba kamu teka.."

        "Tapi mama kamu pun ikut serta pertandingan tu Lia..waktu itu persaingan sangat sengit sebab Puteri Mahkota iaitu Permaisuri Genovia yang sekarang ini sertai pertandingan tu sekali...just for head up...it's was a fierce competition."

         Seth di sebelah Liana mengerling ke kanannya. "Puteri Mahkota yang menang Lia."beritahu dia yang enggan mahu buat parents dia mengimbas semula kisah lama remaja mereka tu. Nanti sampai ke tengah malam belum tentu lagi habis.

           Laju kepala Liana berpaling. Mulutnya yang penuh dengan makanan sibuk mengunyah saat memandang Seth. "Really?Apa yang berlaku?Cerita la sikit..."dia tak tahu pulak ayah dia mempunyai sejarah dalam pertandingan tu.

          Puan Daniela menopang bawah dagunya dengan kedua-dua tangannya bersedia hendak bercerita. "Kalau kamu nak tahu, 20 tahun yang lalu, ayah kamu adalah seorang pemain violin yang sangat terkenal di akademi kamu tu. Disebabkan kemahiran dia tu, ayah kamu telah menyebabkan ramai student perempuan jatuh cinta pada dia. Menariknya ibu kamu dan puteri mahkota pada masa tu adalah sahabat baik. Sayangnya mereka berdua jatuh cinta dengan lelaki yang sama...kamu boleh agak siapa?"sengihnya dengan meleret.

           "Buhhuk!Uhuk!"sedak Liana tidak semena bila makanan yang dia tidak habis kunyah ditelan bulat-bulat. Kelam kabut la dibuatnya!

           "Nah minum ni.."serah Seth gelas minuman kepada Liana sebelum menepuk perlahan belakang badan tu. "Ibu please..." pandangnya ke Puan Daniela dengan reaksi ' like really?'

           "What..Lia yang tanyakan.."Puan Daniela membela diri. "Lagipun kisah mereka menarik kamu tahu. hanya kerana muzik, seorang lelaki berjaya menangi hati wanita yang paling sukar untuk didekati."

           "Siapa?"Liana membutang mata yang sudah berair gara-gara tersedaknya tadi.

           "Hahaha..."ketawa Encik Rudden tiba-tiba. "Ayah masih ingat lagi waktu itu, ayah kamu Liana. Dia jenis yang bukan senang jatuh cinta. Fokus dia waktu itu adalah muzik. Jadi memang tak fikir apa-apalah sampailah Puteri Mahkota itu Permaisuri Genovia yang sekarang ni tegur ayah kamu dulu sambil ditemani mama kamu."

           "Yup...disebabkan sikap mama kamu yang langsung tidak berminat hendak bercinta dengan sesiapa masa tu memang tak pernah cuba ambil hati ayah kamu seperti mana puteri mahkota masa tu cuba lakukan"tambah Puan Daniela.

           Seth melepaskan keluhan panjangnya saat pandang bosan akan Puan Daniela. "Kalau macam tu kenapa mama dan ayah Liana boleh bersama??"

            "Ha'ah...memangnya puteri mahkota mengalah macam tu je ke?"makanan dekat pinggan tidak lagi dihiraukan. Liana terlalu asyik dengan cerita yang disampaikan mereka itu. "Mama buat apa je masa tu?"

            "Bukan mama kamu, tapi ayah kamu Liana."beritahu Encik Rudden. Dia melirik akan Seth yang bersandar malas di kerusi dengan tangan diletakkan atas kerusi Liana. "Ayah kamu jatuh cinta pada mama kamu kerana mama kamu tak cuba ambil hati dia. Ego lelaki ni bila orang lain tau. Makin tak suka la mereka makin mahu dapatkan."

            "OMG!Hahaha.."Liana pegang kedua-dua belah pipinya. "Lepas tu?"

           "Long story short, mereka bertiga sertai pertandingan tu. Ayah kamu cuba sebaik mungkin menangi pertandingan tu. Dan pada hari perlawanan akhir tu, mama kamu masuk hospital kerana apendiks. Jadi dia tak dapat nak ikuti pertandingan pusingan akhir tu. Dan ayah kamu kerana terlalu risau ikut turut tarik diri gara-gara mahu menemani mama kamu jalani pembedahan hari itu. Disebabkan Puteri Mahkota calon yang tersisa. Dia menang tanpa lawan pada hari itu."cerita Puan Daniela dengan senyuman lebar.

            "Sejak tu ayah kamu dan mama kamu mula bersama. Puteri Mahkota awalnya tak terima, tapi lama-lama dia mengalah sebab Nampak yang masa tu di mata ayah kamu hanya ada ibu kamu saja."kata Encik Rudden.

           "Wah!"Liana ikut berbunga sendiri bila memikirkan tindakan ayahnya yang sanggup tarik diri sedangkan boleh menang pada hari pertandingan tu. "Hahaha...kenapa sama macam Seth?"tolehnya ke sisi. "Hari tu masa saya kena tahan dekat hospital sebab keracunan makanan, Seth pun tarik diri sebab saya.."ceritanya.

            Encik Rudden yang dengar pandang senang ke arah Seth. Dan seperti tahu-tahu Seth buat muka cool seakan tidak blushing dengan komen Liana tu. "Iya ke?"

Masa itulah Liana terdiam bila dia tersedar sesuatu. Pandangannya kaku di pinggangnya.

          "Ohh...anak ibu. Sayang betul kamu pada Liana ya.."sakat Puan Daniela waktu itu kerana perasan telinga anak lelakinya itu sudah kemerahan.

           "Apa ibu ni.."cemberut Seth. "Dah la makan..sejuk makanannya tak sedap nanti."arahnya kepada Liana supaya berhenti ceritakan hal tu.

          "Hahaha...kamu blushing ke?"sakat Puan Daniela lagi.

Encik Rudden ikut ketawa dengan hal itu. Tapi tidak komen apa-apa sebab risau Seth makin malu depan Liana.

          "Liana...kamu sertai la pertandingan Muse Diraja tu ya. Ayah kamu pasti senang dengan berita ini nanti."ujar Encik Rudden selepas itu.

          "Ha'ah...mungkin kamu boleh penuhi impian  ibubapa kamu yang terlepas peluang tu?"Puan Daniela memberi sokongan.

Tidak tahu hendak membalas apa, Liana hanya mampu tersenyum nipis. Trauma dia bila diingatkan balik insiden dimana dia muntah-muntah sebelum pengsan kerana keracunan makanan.

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now