📜Hang Out📜

591 91 2
                                    

🎶 Chapter 88 🎶

Tutup sahaja pintu bilik air, Liana pandang dengan bingung akan orang yang sedang duduk di atas katil depannya. Sambil mengesat mukanya dengan tuala kerana baru sahaja selesai mencuci muka Liana jalan dekati katilnya. Tiang IV drip dia di sorong sama.

         "Puteri Aria?"sempat Liana mengerling ke sekeliling bilik rawatan itu. Rasanya waktu dah masuk 10 malam. Kenapa tuan puteri ni boleh berada di sini?

          Kepala Puteri Aria tersentak dari membelek buku nota muzik yang tergeletak atas katil tu. "So kau la pasangan muse abang aku selama ni?Lagu-lagu ni kau orang berdua yang tulis?"tanya gadis itu dengan bersahaja.

Dah kenapa pulak budak ni ada dekat sini?

Tak apa ke keluar dari istana lewat malam macam ni?

         "Apa tuan puteri buat dekat sini?"Liana merasakan waktu itu mungkin Puteri Aria mahu memarahi dia selepas tahu kenyataan hubungan dia bersama Puteri Aria. Yalah macam dalam drama tu kan. "Dah malam kan?"

          "Hospital diraja ni keluarga aku yang punya...suka hati aku nak datang keluar macam hotel sekalipun.."Puteri Aria campak buku muzik itu ke tepi dengan malas sebelum menyilang tangan ke dada. "Nampaknya kau masih hidup.."selorohnya melirik wajah pucat Liana.

           "Terima kasih sebab ambil berat.."Liana dekati tepi almari kecil dimana lipatan tuala berada. Dia meletakkan tuala lap muka tadi di situ sebelum berdiri di tepi almari sebelah katil. "Something berlaku ke?"tanya dia semasa capai gelas kosong lalu menuang air dari jag ke dalamnya. Rasanya tadi Ares pesan lelaki itu ada urusan hendak di lakukan sebelum berjumpa dengan dia semula?Takkan Ares yang hantar Puteri Aria ke sini kerana tidak sempat? Air itu diteguk sehingga habis.

Puteri Aria melepaskan keluhan.

           "Memangnya perlu ada yang berlaku untuk aku jumpa kau ke?Ingat sikit..kau tu bercinta dengan abang aku. Sebencinya kau dekat aku...kau kena cuba ambik hati aku sebagai adik perempuan Ares. Kau tahu...title girlfriend kau boleh berubah jadi ex girlfriend dengan mudah?"

Ada apa pulak ni?

           Liana ambil tempat di katil itu tapi meninggalkan jarak antara mereka berdua. Dia tilik wajah sugul Puteri Aria. Ada sesuatu yang missing dari Puteri Aria...tapi dia tak sure apakah ia. "Kalau macam tu saya panggil tuan puteri dengan nama saja boleh kan?"

           "Suka hati kau la nak panggil aku apa. Asal jangan mencarut."

Untuk seketika Puteri Aria diam memandang Liana tanpa mengatakan apa-apa sebeum tunduk memandang ke bawah bersama hela nafas Panjang dilepaskan sekali lagi. Selepas pertemuannya dengan Redd siang tadi, Puteri Aria dihurung rasa sedih dan terkilannya kerana terpaksa melepaskan cinta pandang pertama dia begitu saja. Namun kalau perasaan dia hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan, dia tak boleh nak paksa Redd terima perasaan dia. Untuk itu dia ambil keputusan untuk melepaskan saja Redd.

Liana pun ikut sama diam di situ. Sebab dia tak tahu nak cakap apa bila Puteri Aria yang sentiasa bercakap banyak kali ini mendiamkan diri. Ianya buatkan dia kekok dan janggal.

         "Aku dah putus dengan Senior Redd.." beritahu Puteri Aria saat mengangkat kepalanya dan menoleh ke Liana. "Aku lepaskan dia...aku takkan paksa dia untuk bersama dengan aku lagi Lia..."

           Liana pandang dengan kening terangkat tinggi. Tanpa sedar dia menahan nafas terkejut. Huh?Puteri Aria datang temui dia malam-malam begini hanya untuk beritahu hal ni? "Tuan puteri okay tak?"

            "Kalau aku okay ada aku datang sini malam-malam menyemak depan mata kau ke!"gerutu Puteri Aria dengan renungan tak puas hati. "Kalau aku ada kawan nak dengar masalah percintaan aku ni dah lama aku cari dia orang bukan kau!"sentapnya selepas itu.

            Dengan kening berkerut susah hatinya, Liana pandang wajah cemberut Puteri Aria dengan perasaan serba salahnya. "Aria-"

             "Apa aku nak buat lepas ni Lia..." Tidak semena Puteri Aria mencebik sedih sebelum mula meraung dekat depan Liana. "Aku sukakan Senior Redd. Tapi kalau paksa dia bersama dengan aku buatkan Senior Redd bencikan aku...aku terpaksa lepaskan dia..."

              Aduhai!Cepat-cepat Liana tarik Puteri Aria ke dalam pelukan. Belakang kepala itu di pegang dengan kening berkerut kerisauan. "Shhh....shhhh..."Menangis pulak dah!Apa dia nak buat ni?Bukannya dia pandai sangat memujuk.

             Air mata berjuraian turun ke pipi Puteri Aria semasa tanggisannya mula tersedu sedan kuat. Dengan lemah tidak bertenaga Puteri Aria memejamkan mata lalu merehatkan kepalanya ke ceruk leher Liana. "Aku tak tahu pulak sakitnya bila berpisah dari orang yang kita suka ni."raungnya dengan sedih.

Liana tepuk belakang badan Puteri Aria sambil menghayun badannya kanan dan kiri mahu menenangkan gadis itu kerana risau kalau tanggisan gadis itu menganggu pesakit lain dekat bilik rawatan berdekatan.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now