🎶 CHAPTER 87 🎶
Detak!
Detak!
Detak!
Heel kasut hitam bertali milik Puteri Aria menghentak lantai marmar berkilat koridor dengan seragam dan kedengaran yakin setiap kali puteri muda itu melintasi para pelajar yang lalu lalang melintasi dirinya waktu itu. Sama sekali tidak peduli sekiranya ada yang beri tunduk hormat kepadanya atau tidak.
Rambut ikal panjang hitam berkilat dia diikat satu ke belakang pada hari itu. Buatkan ia berhayun kanan dan kiri dengan anggun setiap kali Puteri Aria berjalan. Setibanya di pintu studio tempat Redd sentiasa jalani latihan, dia beri ketukan terlebih dahulu sebelum membukanya ke dalam.
"Hello senior.."sapa Puteri Aria dengan nada cerianya.
Redd yang baru sahaja selesai menjalani latihan waktu itu sedang menutup penutup piano sewaktu dia tersentak dengan kehadiran Puteri Aria ke situ.
"Senior baru habis latihan ke?"Puteri Aria berdiri dengan kedua-dua tangan di belakang badan. memandang tepat ke wajah kacak teman lelakinya bersama senyuman lebar di bibir.Redd seperti biasa, lelaki itu hanya memberi reaksi dingin tanpa ekpresinya. "Ada apa-apa yang tuan puteri perlukan?"
Terus Puteri Aria dekati piano itu lalu memegangnya dengan perlahan sambil berkata. "Of course. Mesti la saya perlukan sesuatu dari awak, Senior Redd..kalau tidak manalah saya berada di sini menyemak pandangan awak.."
Redd menjuling mata menyampah.
"Saya sibuk. Lain kali aje. "cepat-cepat Redd memotong perbualan mereka itu. Dia capai note muzik lalu di simpan ke dalam fail sebelum fail itu di sumbat ke dalam beg.
"Tak lama pun. Sekejap aje. Lepas ni saya janji saya takkan ganggu senior lagi."beritahu Puteri Aria dengan nada tenang bersahajanya. "You know...I'm also a busy person too. But at least I try spend time with you...so now seat and listen."arah dia selepas itu.
Tangan Redd yang sedang memegang tali beg hendak di gantung ke bahu itu berhenti dari bergerak sebaik mendengar Puteri Aria berkata begitu. Keningnya berkerut kerana hairan dengan angin yang dibawa oleh Puteri Aria waktu itu.
"Hmm...nak mula dari mana ya?"Puteri Aria keluarkan lollipop dari kot uniform akademinya. Lalu di buka pembungkusnya dengan perlahan. "Saya ada banyak perkara nak beritahu tapi memandangkan senior terlampau 'sibuk' saya singkat saja perbualan kita."
"Apa yang tuan puteri cuba sampaikan ni?"Redd pandang dengan mata dikecilkan kerana berasa pelik dan tidak faham dengan perubahan angin Puteri Aria berdasarkan cara gadis itu berkata-kata.
Lollilpop yang telah di tanggalkan pembungkusnya itu di pegang Puteri Aria saat dia memandang Redd."Senior tahu....lepas saya berfikir semula dan buat pertimbangan dengan sangat lama, saya sedar satu perkara. Senior nak tahu apa tu?"
Mata Redd berkedip satu kali taktala Puteri Aria pandang tepat ke matanya dengan sengih meleret seakan mengejek kepadanya. Ianya buatkan Redd berasa jengkel sendiri. Dia pun apa lagi ikut sama tersengih dengan sinis.
"Tuan puteri sedar yang tuan puteri hanya seseorang yang tidak tahu hendak rasa simpati apa lagi hormati keputusan orang lain atas kedegilan tuan puteri tu ke?"
Puteri Aria ketawa. Dia sedikit pun tidak terasa malahan dia dengan gembira tersenyum.
"Close. But the truth is. You know at first I thought that I want you to be mine because I love you...but then I realized it actually not. I want you because you liked Liana at the time when I first saw you. I'm jelous with Liana because she had everything. Looks, talents, fans, popularity and including hot guys around her..meanwhile me, just a bratty princess who didn't know how to bring up herself toward public. That's why I decide I have to make you mine..."
"Kemudian?Tuan puteri nak katakan apa lagi?Bukan ke permintaan tuan puteri tu dah tertunai."Redd menyilang tangannya ke dada. Kening dia mencerun kerana berasa tidak puas hati. "Tuan puteri tak tahu apa yang tuan puteri dah lakukan terhadap saya dan buatkan semuanya menjadi kacau bilau.."
"Sebab itu senior bencikan saya."
"Ya!Sebab tuan puteri la Liana salah faham pada saya. Beranggapan segala perbuatan tuan puteri tu adalah keputusan saya. Jadi Liana memusuhi untuk perkara yang saya tak lakukan. Buatkan peluang saya untuk bersama dengan Liana tiada sama sekali!"
"Well...I'm sorry. Tapi benda dah berlaku, dah lepas pun. In the end, Liana telah bersama dengan abang saya. Sekalipun saya tak buat apa-apa, Senior Redd tetap juga tiada peluang untuk bersama dengan Liana. Mainly here, it's not my fault. It's yours. Senior yang lambat bertindak. Pilih untuk mendiam kerana fikir diri senior tu bagus sangat."senyum Puteri Aria lepas tu.
Berketik rahang Redd mendengar kata-kata berlagak itu. Dia hampir saja hendak melampias kata carutnya ke depan muka cantik Puteri Aria saat itu.
"Jaga bahasa tu tuan puteri."tegur Redd menahan sabar.
Puteri Aria menjungkit bahu tidak peduli dengan kenyataan Redd.
"What ever! Tujuan saya ke sini adalah untuk beritahu kepada senior yang saya putuskan hubungan kita dengan rasmi. Mulai hari ni Senior Redd bebas. You're not my boyfriend anymore."Puteri Aria perlahan-lahan mendekati Redd lalu berdiri di hadapan lelaki itu dengan rapat sebelum tangannya naik menyua lollipop itu ke depan mulut Redd.
Menahan nafas terkejut Redd dibuatnya. Dia pandang tidak berkedip akan wajah Puteri Aria yang berada hampir di depannya waktu itu. "Break?Tuan puteri baru nak break dengan saya lepas apa yang berlaku?"soalnya tak percaya.
"Kenapa?Ini kan yang senior mahu??Now you free from me. I'm not interested with you anymore."
Mudahnya!"That's it?"Nafas Redd naik turun kerana dia begitu marah dan hampir hilang kesabaran terhadap Puteri Aria detik itu. Kepalan penumbuk digenggam dalam kepalan penumbuk dengan erat.
"Yup. That's it. We are O.V.E.R... over. So, jangan risau. Rahsia senior tersimpan rapi. Dan saya takkan ganggu senior lagi. Itu saja dari saya. Good luck untuk pertandingan Muse Diraja tu. Saya dengar awak terpilih. Seiring dengan Liana dan Seth."Puteri Aria menyuap lollipop tadi ke mulutnya sebelum berpaling pergi dari situ meninggalkan Redd sendirian.
Redd yang ditinggalkan di situ pandang tidak percaya akan Puteri Aria sehingga la gadis itu tutup pintu bilik itu. Kenapa dia rasa sakit hati?Bukan ke sepatutnya dia gembira sebab tiada lagi kaitan dengan tuan puteri menyakitkan hati tu lagi?
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
عشوائيKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...