🎶 CHAPTER 42🎶
Penuh ruangan kelas recitation itu dengan gema alunan lagu yang dimainkan oleh Liana, Lana dan Mathias. Seperti mana perasaan yang mereka sedang rasakan, begitu jugala lagu yang dimainkan.
Para pelajar dan juga master yang menyaksikan persembahan dari tiga orang itu juga boleh merasakan aura marah dan bengang dari gesekan bow pada violin, cello dan bass dari mereka bertiga. Jari jemari yang menekan tali pada perkusi itu juga keras dan pantas.
Seakan Liana, Lana dan Mathias sedang meluahkan perasaan mereka melalui cara mereka mainkan alat muzik masing-masing.
Liana yang sedang berdiri di sebelah kiri Mathias tunduk menggerakkan kepalanya setiap kali tangan kanannya bergerak menggesek bow pada tali violinnya. Kening ikut berkerut-kerut setiap kali jari jemarinya bergerak laju atas permukaan tali violinnya.
Tugasan mereka adalah sebuah lagu yang agak sukar untuk dimainkan kerana menggunakan note minor G. Ianya epic orchestra yang sangat detail untuk dipersembahkan. Begitu juga untuk pelajar yang lain.
Namun antara ramai-ramai pelajar yang membuat persembahan sebelum kumpulan Liana, Ramainya tidak lepas kerana tidak mahir mengawal Teknik jari dan gesekan mereka. Jadi ramai yang out tune dan kurang impak.
Dan bila giliran kumpulan Liana para master memang tidak sabar menunggu kerana tiga orang itu sangat terkenal dengan Teknik String yang biasanya dikuasai oleh pemain professional yang mempunyai pengalaman lama dalam perkusi bertali.
Lantas selesai persembahan mereka beberapa minit kemudian.
Dengan serentak Mathias dan Lana berdiri .Mereka memberi tundukkan hormat kepada para audience di dalam dewan itu. Tunduk sahaja mereka, semua orang bertepuk tangan kerana kagum. Memang gemuruh seluruh dewan tu dengan bunyi tepukan tangan dari mereka.
Namun Liana, Lana mahupun Mathias tersenyum. Mereka bertiga masih terkesan dengan insiden Puteri Aria tempoh hari. Jadi mereka menjadi dingin dan serius untuk sementara waktu.
"Terima kasih Liana, Lana dan Mathias. Persembahan kamu bertiga adalah yang terbaik untuk recitation pada minggu ini. Teruskan usaha. "beritahu Master Joseline di depan pentas itu.
Sekali lagi Liana tunduk sebelum berpusing ke arah tangga. Lalu diekori oleh Lana dan Mathias.
"Aku tak faham kenapa mereka bubarkan pasukan quadruplet kumpulan Liana..."
"Kan...aku dengar ahli kumpulan dari geng Redd kebanyakannya belum lepas dari lagu-lagu dari tahap paling susah?Walaupun dia orang mahir, Liana, Lana dan Mathias lebih pakar dalam lagu yang bertahap sukar."
"Aku tak tahu kenapa Panitia Musik setuju dengan pembubaran tu.."
Bisikan mula kedengaran setelah Liana dan yang lain ambil tempat di kerusi kosong berdekatan. Dan duduk sahaja mereka, Liana, Lana dan Mathias mendengar lebih jelas dengan apa yang mereka borakkan.
"Semalam Puteri Aria ada buat persembahan dekat Orchestra Vivaldi. Penonton malam tu kurang berpuas hati dengan persembahan mereka. master yang hadir malam tu pun malu sebab nama akademi terjejas kerana persembahan dia orang tu.."
Lana diam memandang ke depan sewaktu dengar perbualan mereka itu.
"Haih!Kan bagus kalau Puteri Aria tak pandai-pandai buat keputusan sendiri!Tak adalah nama akademi kita terjejas.."
"Nama aje tuan puteri..perangai macam tak ada kelas langsung.."
"Nasib baik Liana dengan dia orang berdua jenis yang bukan suka berdendam. kalau aku dekat tempat dia orang...tuan puteri ke bukan. Aku lawan je."
"Sama la dengan aku wei..."
"Lagi kesian dekat Lana la..."
Perbualan itu buatkan Liana melepaskan nafas kesalnya. Dia lantas toleh ke seat belakang mereka waktu itu. memandang kumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang sejak tadi sibuk berborak.
Bertentang sahaja mata mereka dengan Liana, masing-masing terkebil bingung .
"Ada apa Lia?"
Liana pandang kesal ke arah mereka lalu berbisik perlahan. "Aku hargai kau orang untuk membela kita orang. Tapi aku lebih hargainya kalau kau orang berhenti berbicara tidak elok mengenai keluarga diraja Genovia ni.."
Terdiam mereka waktu itu. Air muka masing-masing tercebik malu.
Mathias waktu itu toleh ke belakang dan memandang setiap seorang di situ. Memang mereka marah, tapi tak adalah sampai ke tahap hendak mengutuk Puteri Aria begitu sekali. Nama pun budak-budak. Tak matang lagi, nak di buruk-burukkan nama orang tu kenapa?
"Ha'ah. Kita selaku senior perlu tunjuk contoh yang baik supaya jadi pengajaran pada pelajar-pelajar junior yang lain. Kalau kita didik mereka dengan sikap bergosip dan mengatakan hal yang tak baik di belakang mereka, sikap ni akan dicontohi."tambah Mathias dengan perlahan.
"Maaf."ucap mereka dengan kepala tertunduk malu.
Barulah Liana kembali memandang ke depan. menyaksikan persembahan dari pelajar lain. Waktu itu mereka sedang bergelut hendak harmonikan persembahan mereka itu yang mana agak off beat.
"Telinga aku sakit."bisik Lana di sebelah dengan kening berkerut. Tidak suka dengan apa yang di dengarnya waktu itu.
Liana yang faham apa yang disindirkan oleh Lana itu diam tidak mengatakan apa-apa selain diam memandang ke depan dengan nafas kesalnya.
Dan sepanjang waktu itu dalam senyap seseorang memerhati perbualan Liana dan mereka di situ.
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...