📜Peduli📜

603 85 0
                                    

🎶 CHAPTER 72 🎶

Lelaki bertopi tadi keluarkan baton hitam dari balik belakang bajunya lalu melibas tangan yang mencengkam lengan Liana!

SNAP!

        "ARGH!!"teriak lelaki berjambang tu tak semena.

Liana bertentang mata dengan lelaki bertopi tersebut saat menghentak batang hidung lelaki berjambang tu sepantas kilat sebelum lelaki berjambang tu tumbang ke belakang tidak sedarkan diri.

BANG!

Terbalik meja makan dibuat lelaki berjambang tu sebab dia terjatuh atas meja di situ. Memeranjatkan geng mat motor yang lain sehingga mereka semua bangun hendak bertindak lepas bos mereka di tumbangkan begitu sahaja.

Liana berdiri kejung di situ dengan apa yang terjadi.

Lana menjerit kecil kerana terkejut sebelum menyorok di belakang Mathias.

Mathias membutangkan matanya.

Seth di situ memandang tak percaya dengan apa yang baru dia sedari waktu itu.

Ahli geng mat motor yang lain dah siap nak balas semula tindakan tu, tapi pergerakkan mereka mati apabila lelaki-lelaki yang mengelilingi mereka turut mengeluarkan baton dan di acukan ke depan muka dan bawah leher masing-masing. Menghadang mereka dari bergerak seincin pun.

Semua orang dalam diner tu menahan nafas tanpa sedar kerana betapa tegangnya situasi di tempat itu.

Lelaki bertopi tadi menutupi baton dia semula lalu memandang ke muka geng mat motor yang sedang memandang berang ke arahnya. "Sementara saya berkata dengan baik di sini, sebaiknya kamu semua keluar dari diner ini tanpa membuat sebarang kekecohan. Sekiranya kamu semua enggan memberi Kerjasama, pihak berkuasa akan menahan semua yang terlibat dan ditahan serta merta."

Mata Liana tidak berkedip memandang lelaki bertopi di depannya dengan nafas tertahan. Mulutnya terbuka sedikit kerana begitu tergamam dengan apa yang dilihatnya. Bapak laju gila tangan lelaki tu bergerak. Dia yang dekat depan-depan pun tak sempat nak tengok. Tup-tup lelaki berjambang tadi tumbang.

Nak tak nak terpaksa la mereka semua akur.

Lelaki berjambang yang tumbang tadi di angkat oleh mereka di situ dengan lekas. Sambil geng mat motor di situ berjalan keluar mereka sempat mengerling ke arah lelaki-lelaki yang berdiri di situ dengan hairan. Hairan sebab macam mana lelaki bertopi tadi dengan mudah menumbangkan bos mereka hingga pengsan begitu saja.

       "Lia!Kau tak apa-apa?"tanya Seth yang muncul di sebelah Liana. Dia rangkul bahu Liana sebelum capai pergelangan tangan gadis itu untuk di periksa. Merah berbirat dengan kesan jari jemari.

        Liana tunduk memandang tangannya sambil mengangguk kepala sebelum pandang ke lelaki bertopi di depannya. Siapa mereka semua ni?"Aku okay..."balasnya perlahan.

         Waktu itulah lelaki bertopi tadi mengerling ke tangan Liana sebelum menundukkan pandangannya. "Maafkan saya sekiranya saudarai terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi."tunduknya tanda maaf.

          "Apa yang dah berlaku tadi?"tanya Lana pada Mathias.

           "Aku tak nampak."jawab Mathias dengan nada termenungnya.

Seth pandang akan lelaki bertopi di depannya dengan hela nafas pendek.

Dan bila lelaki bertopi itu bertentang mata dengan Seth dia terus berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di samping. Dada mendabik ke depan.

"Baik kamu jangan beritahu hal ni pada Ares kalau tak nak dia lakukan hal yang tak sepatutnya pada geng motor tu.."beritahunya dengan perlahan. Ya. Seth tahu siapa mereka semua ni sebab dia hafal sangat dengan pergerakkan combat tadi. Bapa dia adalah seorang pendidik dalam akademi tentera diraja. Tak terkejut bagi dia kalau ada yang mahir dalam seni pertahankan diri seperti yang ditunjukkan oleh lelaki bertopi tadi.

         Dengan pantas Liana pandang ke muka Seth lalu ke lelaki bertopi di depannya lepas dengar nama Ares. "Apa dia tadi?"soalnya.

         Lelaki bertopi tu berkata. "Maafkan saya marquise muda. Tuanku hanya beri arahan kepada kami untuk memastikan keselamatan saudari Liana. Selebihnya perlu saya laporkan seperti seadanya."

Liana menahan nafas dengan dalam lepas faham apa yang sedang berlaku ketika itu. Patut la dia rasa macam ada yang perhati dan ekori mereka sepanjang hari ni. Rupa-rupanya memang betul. Dan semua itu adalah kerja Ares?Macam mana lelaki tu tahu dia nak keluar?Memangnya dalam akademi ada mata-mata Ares ke?

Seth tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia tak tahu nak cakap apa sebab masih terkejut dengan kehadiran pengawal peribadi putera mahkota di dalam diner ramai-ramai begini. Habis la kalau apa yang terjadi pada Liana ni sampai pada sepupunya itu. Mengenangkan karakter Ares yang baran itu, dia tak yakin yang geng mat motor tu bakal terlepas hidup-hidup macam tu aje.

         "Jom kita keluar dari sini Lia.."ajak Seth sewaktu tunduk mencapai barang-barang Liana dari bawah kerusi.

           Sesaat sebelum dirinya dibawa keluar dari situ, Liana sempat menoleh."Terima kasih."ucapnya perlahan sebab masih menggigil dengan apa yang berlaku di depan mata dia sebentar tadi.

Lelaki bertopi itu beri anggukan kecil kepada ucapan Liana tanpa mengatakan apa-apa selepas itu.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now