📜Abangnya📜

669 86 5
                                    

🎶 CHAPTER 66🎶

           Puteri Aria meletakkan napkin di atas dia mengerling ke arah Permaisuri Johenah. "Apa yang bonda lakukan sejak tadi?Sampai anakanda siap makan bonda masih tekun membelek skrin ipad tu?"

           Permaisuri Johenah mengangguk kepala. "Bonda sedang membaca profile calon bakal isteri kekanda Ares kamu.."beritahu sambil scroll skrin ipad tu.

           Kening Puteri Aria terjungkit. "Sekali lagi?"soal dia. Membayangkan sikap abangnya yang aneh itu, dia yakin sekalipun 100 calon datang menemui lelaki tu tiada seorang pun bakal diterima oleh Ares tidak kira apa sekalipun sebabnya. Bukan setakat akan menyusahkan calon-calon tu, Ares mungkin akan menyakiti hati mereka dengan hanya sepatah perkataan sahaja. "Sebaiknya bonda batalkan saja rancangan bonda itu.."

            Permaisuri Johenah tersentak. Dia mengangkat kepalanya memandang Puteri Aria di sofa satu seat di tepi sofa di mana dia sedang berada. "Kenapa anakanda berkata begitu?"

Duh!Obviously!Demi menjaga air muka semua calon-calon tu nanti. Kalau mereka nak jadi pasangan abang sulungnya, mereka pertama sekali perlu menepati citarasa cerewet Ares. Seperti ayahanda mereka berdua, Ares mempunyai kecenderungan untuk menyukai sesuatu atau seseorang yang betul-betul dia mahukan. Selagi Ares tidak mahu selagi tu Ares tidak pandang atau pedulikan sesuatu tu atau seseorang tu. Basic knowledge!

          "Kekanda Ares tidak akan menerima mana-mana calon yang bonda tetapkan... anakanda rasa bonda lebih tahu sikap kekanda Ares bagaimana kan?"Puteri Aria pandang funny ke Permaisuri Johenah.

Terkedu waktu itu. Permaisuri Johenah jadi sentap kerana teringatkan hal yang disampaikan oleh Ares kepadanya beberapa minggu yang lepas. Anakanda sulungnya itu nekad hendak protes semua permintaan dan kata-kata dia. Semuanya kerana tidak dapat bersama dengan gadis bernama Liana Florence tu. Bukannya dia mahu menolak, tapi bila difikirkan semula dia rasa kekok dan tidak senang mengenangkan latar belakang Liana adalah anak kepada cinta pertama dia?Andai kata mereka bertemu semula satu hari, macam mana dia nak handle!?

          "Tidak mengapalah, awal-awal berkenalan la dulu.."ujarnya perlahan.

          "Ikut suka bonda la...anakanda dah beritahu awal mengenainya. Jangan sampai bila kekanda Ares bertemu dengan mereka dan semua calon itu mengadu mengenai tindakan kekanda Ares kepada mereka, baru bonda hendak menyesal..."Puteri Aria bangun dari situ. "Anakanda minta diri dulu. Ada latihan recitation yang perlu anakanda jalankan. Bonda tak apa kan tinggal di sini sendiri?" pamitnya.

           "Ya..tidak mengapa. Kamu boleh beransur pergi."

Puteri Aria memberi tundukkan kecil sebelum berpaling dari situ.

Keluar sahaja Puteri Aria dari ruangan persendirian permaisuri, dia atur langkahnya menyusuri koridor sebelah kiri. Biasanya dia guna tangga sayap utara sebab lebih hampir ,tapi hari ini dia nak ambil angin sekejap, jadi jalan jauh pilihan dia.

Kebetulan, pada masa Puteri Aria mahu membelok, Jeremiah keluar dari pintu bilik bacaan Putera Mahkota Ares bersama dua orang maid. Dua orang itu sedang menatang dua buah dulang yang terisi dengan makanan. Dan bila dia mendekat baru Puteri Aria Nampak dengan jelas.

Serentak mereka bertiga tunduk memberi hormat kepada Puteri Aria sebaik bertembung dengan gadis tersebut.

         "Selamat sejahtera Puteri Aria."tunduk mereka.

          "Hm.."angguk Puteri Aria dengan kecil menyambut sapaan mereka acuh tak acuh kerana waktu itu dia mengerling ke makanan yang tidak tersentuh sedikit pun dalam pinggan di dulang depannya. "Ares tak nak makan lagi?"tanya dia menjadi hairan.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now