📜Mohon Maaf!📜

629 84 1
                                    


🎶 CHAPTER 77 🎶

          "Ehem!"dehem Liana semasa tunduk menyarung kasut saat duduk di kerusi. Biasanya dia sarung kasut berdiri. Entah kenapa la hari ni jugak dia nak demam. Patut la semalam berat semacam badan dia...nak sakit rupanya,

Aduhai!

Liana bingkas bangun dari kerusi tu yang hanya membuatkan dia terduduk semula kerana kepala dia pening dan mahu pitam. Cepat-cepat Liana pegang kepala. Memejam mata dengan erat untuk kurangkan sakit tu.

Berdesing hebat telinga dia sejurus itu!

Inilah Liana Florence. Si cengeng yang cepat tertekan kemudian jatuh sakit sebab pressure yang banyak. Haih! Buatkan dia teringat kes keracunan sampai masuk hospital je! Jinx betul la. Setiap kali dia ada event mesti ada yang tak kena. Sama kes macam Puteri Aria bubar group mereka last minute sehari sebelum event mereka berlangsung!

Knock!

Knock!

Pintu diketuk sebelum ia terbuka.

         Muncul Lana di muka pintu dengan senyuman lebar di bibir. "Morning. Ready to go L-"

Liana angkat kepala, memandang Lana sebelum sempat nak bersuara dirinya dah diterpa.

          "Lia...kenapa dengan kau?"Lana membongkok depan Liana lalu menekup pipi kawannya itu sebelum menahan nafas dengan kuat. "Oh my goodness...you burning." berkerut kening Lana bila sedar.

          "Aku okay.."beritahu Liana menolak tangan Lana dari dahinya.

           "Apa yang okaynya...Kau demam ni."

           "Jom je la kita ke dewan. Lambat nanti habis jadi tumpuan orang.."

           Lana cepat-cepat tolong Liana pegang beg violin dan lengan Liana untuk imbang kawannya berjalan keluar dari bilik tu. "Kau sure kau larat buat persembahan?"

           Liana mengangguk kepala. "Sikit aje ni."dia tepuk tangan Lana yang sedang merangkul lengannya.

Setibanya mereka di dewan, sama seperti hari sebelumnya para pelajar yang tidak terlibat sudahpun memenuhi tempat duduk yang ada untuk menyaksikan persembahan dari peserta kumpulan kedua.

Disebabkan kejadian yang berlaku minggu lepas, beberapa orang peserta yang terlibat pada hari itu tidak senang duduk di tempat masing-masing. Mereka di situ semua berborak dengan gelisah memikirkan apa pulak yang bakal Putera Mahkota Ares lampiaskan kepada mereka nanti selepas naik ke pentas.

         "Berdebarnya aku rasa...cuba kau pegang tangan aku.Sejuk kan?"

          "Jangan cakap kau je...aku ni dah ulang alik masuk tandas sebab nak terkucil punya pasal.."

          "Please...jangan kena maki lagi sudah. Melutut aku dekat situ nanti.."

Borak mereka yang ada di kanan dan belakang Liana saat itu. Dia yang duduk bersebelahan dengan Seth diam bersandar di situ tidak mengatakan apa-apa. Sebab dia yakin Ares akan betulkan semula keadaan. Lelaki tu dah janji pada dia.

Tiba-tiba muncul Jeremiah atas pentas tu. Lelaki lampai lagikan segak itu gerak meletakkan kerusi dan note music stand dekat tengah pentas sebelum meletakkan gitar sedang note muzik di atas tempat itu. Dan setelah dia selesai, Putera Mahkota Ares pulak yang naik ke pentas. Buatkan semua orang di situ membuka mata dengan luas hendak beri perhatian.

Sampai saja mikrofon di tangannya, Putera Mahkota Ares berdiri di situ. Menghadap semua orang yang sedang memandang ke arah pentas. Dan sebaik sahaja dia mengerling, Ares nampak Liana di sebelah Seth serta merta sebelum dekatkan mikrofon itu ke depan mulutnya.

Seth di sebelah Liana pandang ke wajah Ares dengan kening berkerut tidak faham. Dia cuma terfikir waktu itu Ares kelihatan ceria dari sebelumnya. Muka Ares juga tidak setegang kali terakhir dia lihat. Entah kenapa Seth merasakan Ares sedang senang hati?

           "Sebelum kita mulakan pertandingan, ada sedikit perkara yang saya mahu sampaikan."ucap Putera Mahkota Ares melihat para pelajar di tempat duduk penonton. Lantas berhenti di tempat duduk Liana, Sambil dia pandang, sambil tu dia berkata."Memandangkan saya ada buat silap pada minggu lepas, hingga ramai peserta gagal membuat persembahan, saya telah maklumkan kepada master yang lain untuk evaluate pelajar minggu lepas dan pilih mereka mana yang layak. Sehubungan itu juga, saya ingin memohon maaf atas kekasaran bahasa saya tempoh hari. sebagai permononan maaf, saya ingin mempersembahkan satu lagu yang telah direka khas oleh saya dan pasangan saya. Saya harap hadiah mohon maaf saya ni dapat tenangkan hati kamu.."

Ucapan Putera Mahkota Ares buatkan mereka di situ pandang tak percaya dengan mulut masing-masing ternganga taktala alunan lagu dari petikan gitar lelaki itu mula berkumandang dalam dewan orchestra tu. Master di situ juga mengangguk kepala berpuas hati dengan tindakan Ares.

Mana yang gelabah dan gemuruh tadi mula tenangkan diri.

Para peminat putera mahkota pula masing-masing mengeluarkan telefon dan merakam moment tersebut dengan tekun.

Sementara itu Liana di sebelah Seth hanya tersenyum senang memerhatikan Ares memetik gitar dan mendendangkan lagu yang mereka berdua cuba reka tidak lama dulu. Tak sangka Ares telah siapkan lagu tu dengan masa yang singkat.

           "Kau dah berbaik dengan dia ke?"bisik Lana di tepi telinga Liana.

           "Kenapa?"pandang Liana ke Lana dengan senyuman dibibir.

           "Dia nampak normal dari biasa.."Lana ketawa kecil lepas tu. "Dan handsome.."terus dia dengarkan lagu yang dimainkan oleh Ares atas pentas tu. "Kau buat lagi dengan dia lagu tu...bertuah kau jah!"

Tiada mood untuk merasa senang hati, Seth buat muka berserahnya sebelum sandar ke belakang dan meletakkan tangan di atas perut.

Persembahan 3 minit itu kemudiannya berakhir dengan jaya. Selesai membuat persembahannya, Putera Mahkota Ares pun berdiri, lelaki itu beri tundukkan kecil kepada mereka sambil ditemani dengan tepukan gemuruh. Setelah itu baru dia kembali ke tempat duduk para juri sebelum emcee mula memberi makluman mengenai pertandingan untuk pasukan kedua.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now