📜Geram!📜

629 88 1
                                    


🎶Chapter 65 🎶

         "Huhuhuhu!"nangis tak pasal-pasal pelajar perempuan dekat atas pentas tu bila di beri komen yang kasar oleh Putera Mahkota Ares. Merah teruk muka tu dibuatnya.

          "Next!"arah Putera Mahkota Ares dengan berang saat campak kertas milik peserta pelajar perempuan di atas pentas tu ke lantai. "Dah diberi masa seminggu untuk berlatih!takkan la persembahan macam ni aje?Artis jalanan lagi bagus la!'

Ketar ketir semua orang dalam dewan sejak sejam yang lepas. Antara 30 orang peserta yang sepatutnya bertanding, hari itu hanya 10 orang sahaja yang bakal menjalankan persembahan sambil disaksikan oleh pelajar akademi yang lain serta baki peserta yang tidak mempunyai jadual pada hari itu. Dan selama Sejam tu kelapan-lapan orang peserta yang melakukan persembahan semuanya turun pentas dalam keadaan muka kemerahan. Kalau tak sebab menangis, sebab malu!

Peserta seterusnya, seorang pelajar junior tahun kedua. Seorang pemain harp bernama Antonio. Serius cakap muka budak tu memang pucat habis seperti nak termuntah dekat situ lepas berdiri atas pentas.

Master yang menjadi juri dekat meja bersama putera mahkota pun lebih kurang sama. Panas punggung mereka sejak tadi kerana Putera Mahkota Ares tidak habis-habis memberi komen pedas pada setiap peserta.

          "Kau nak tengok aje atau nak buat persembahan?Aku tak ada masa selamanya nak tengok muka pucat kau tu?"getus Putera Mahkota Ares dengan renungan serius dia. "Apalah..nak jadi perkusi tapi naik pentas dah menggelabah..."

Terketap bibir Antonio masa tu. Dia berkerut kening lalu pandang sekitar pentas tu dengan cemas. Tak pernah dia rasa secemas ni. Wajah Putera Mahkota Ares buatkan perut dia memulas yang amat sangat sampai gelombang angin tidak menyenangkan mula muncul. Antonio tunduk ke bawah sebelum tunduk menekup mulut dan berlari turun dari pentas tu dengan kelam kabut.

Kesemua orang dalam dewan tu kejung tidak bersuara apalagi bergerak. Mereka tidak sangka yang mereka akan saksikan semua ni. Mereka ingatkan Putera Mahkota yang digembar gemburkan selama ini hanya khabar angin. Rupa-rupanya memang betul!

Selepas hari ketiga Putera Mahkota Ares hadir ke akademi itu, lelaki itu hanya pasang muka ketat seperti orang nak cari gaduh. Sesiapa yang cuba engage perbualan dengan lelaki tu pasti hanya akan mendapat malu setelah lelaki itu bersikap acuh tak acuh dan tidak menghiraukan sesiapa yang mendekatinya. Lagi-lagi pelajar perempuan dari keluarga anak orang kaya dan berpengaruh. Mereka langsung tidak melepaskan peluang untuk dekati Ares, tapi sayangnya layanan dingin sahaja yang mereka peroleh.

            "Next siapa!"panggil Putera Mahkota Ares. "Siapa yang rasa tak boleh nak buat persembahan...tak payah susah-susah naik pentas. Dari buang masa aku!"beritahunya semasa menyelak dengan malas helaian kertas iaitu profil pelajar di atas meja waktu itu.

Liana dekat seat belakang tu dah pandang geram ke Ares. Dia perhatikan aje kelakuan Ares tu. Kalau ya pun tak payah la nak tinggikan suara. Lelaki tu adalah masalah hormone ke apa? Mana la peserta lain tak kecut perut bila putera mahkota mereka garang menakutkan begitu?

Kalau dia sendiri pun boleh jadi kalut kalau berdiri depan pentas menghadap Ares kalau lelaki tu pandang muka orang macam nak maki!

           "Eh..Lia..kenapa dengan putera mahkota tu?Dia memang macam tu ke?"bisik Lana dekat sebelah Liana ketika itu. "Hari tu tak adalah menakutkan macam hari ni?Ke sebab kes kau putus dengan dia tu?"

Ha'ah!Bergaduh!Bergaduh sebab minta get back balik dia tak nak. Jadi Ares sengaja lepaskan marah dekat peserta-peserta ni!Dia tahu sangat perangai Ares macam mana. Lelaki tu cuba nak beritahu dekat dia 'selagi Liana tak nak get back semula, selagi tu Ares takkan berhenti dari marahkan semua peserta yang terlibat dalam pertandingan tu'

Haih!

Dia tak sangka pulak Ares akan sampai ke tahap macam ni sekali!

          "Aku tak tahu Lana."gerutu Liana dengan perlahan.

Waktu itu peserta seterusnya ialah Redd. Lelaki itu dengan instrument piano mula mendaki tangga. Dan tunduk sahaja Redd di situ satu tepukan kuat yang datangnya dari Puteri Aria bergema kekok dalam ruangan tu. Sebab cuma Puteri Aria aje yang bersemangat nak beri tepukan. Penonton lain dah kejung membatu sebab takut kalau mereka bersuara atau buat bunyi mereka pulak yang kena maki.

Seusai Redd memberi tundukkan memperkenalkan diri, dia ambil tempat di hadapan piano. Seorang pelajar yang menjadi page turner dia sudahpun berdiri di situ meletakkan note muzik.

Ares buat muka tak berminat. Dia hanya pandang jari Redd mengetik setiap papan kunci piano di situ sambil mendengar alunan yang dimainkan. Disebabkan itu bukan kali pertama dia lihat persembahan Redd, dia langsung tidak tertarik. Kalau bukan kerana Puteri Aria yang desak dia supaya biarkan Redd terpilih dah lama dia buat.

          "Wah...tengok Redd tu...dia steady aje.."bisik Lana lagi.

Liana pandang tepi muka Redd sebelum melepaskan hela nafas Panjang. Of course. Di belakang Redd ada Puteri Aria. Jelas-jelas la Ares takkan berani lakukan sesuatu yang boleh membuatkan Puteri Aria melontarkan tantrum!

Dan selepas persembahan Redd tamat beberapa minit kemudian, Putera Ares bangun dari situ tanpa mengatakan apa-apa dan keluar dari dewan tu dengan langkah marahnya.

Liana perhatikan langkah marah Ares sehingga lelaki itu meloloskan diri melalui pintu keluar dewan bersama iringan pengawal keselamatan dan Jeremiah di kanan lelaki tu. Hish!Macam manalah dia nak berhadapan dengan Ares ni?

Kalau dia biarkan habis semua peserta gagal buat persembahan.

Kalau dia jumpa Ares jadi satu pulak!

          "Nasib baik la Redd tak kena maki.."Lana menarik nafas lega. "Jom la kita gerak keluar. Pertandingan dah selesai. Master nak buat penilaian tu.."

Liana mengangguk. Dia bangun dari situ sambil membawa telefon di dalam tangan. Niat nak rakam persembahan tadi, tapi tak jadi lepas Ares mula marah-marah dari perserta pertama sampai la peserta terakhir tadi sebelum Redd. Diikuti dengan para pelajar yang lain, mereka berasak-asak keluar dari dewan tu sebelum tiba di hallway bangunan tu.

Seperti dapat di agak suara teriakan teruja pelajar perempuan kedengaran. Semuanya berlari ke satu arah sebelum berkumpul depan dinding kaca yang menghadap laluan Utama kawasan laman bangunan tu.

       "Ada apa tu?"tanya Lana.

       "Siapa lagi... kalau bukan Putera Mahkota Ares kau orang tu..."Liana palingkan kepala ke kanan lalu ternampak Redd berjalan keluar bersama Puteri Aria dalam rangkulan lelaki itu. Bertuah betul Aria tu ha! Dapat bersama dengan orang yang disukai tanpa halangan. Sementara dia!?Reject lelaki yang suka dia tapi direject dengan lelaki yang dia sukai.

         Lana buat badan kengerian. "Ihhh...tak nak aku. Dah la garang. Menakutkan lagi tu. Aku tak tahu la apa yang kau sukakan dekat lelaki menakutkan tu?"

Liana berdengus kecil. Dia pun tak tahu kenapa Ares boleh bertukar sikap kasar macam tu? Bingung dia dibuatnya!

Itulah kata pepatah yang digonggong melepas yang dikejar tak dapat!

         "Oh ya... sebelum aku lupa. Redd beritahu aku suruh beritahu kepada kau yang dia last bulan ni dekat akademi."beritahu Lana semasa mereka jalan menyusuri laluan pavement menuju ke bangunan utama.

Laju kepala Liana berpaling.

          "Apa dia tadi?" tanya Liana terperanjat.

          "Ha'ah. Redd nak pindah keluar. Disebabkan dia tak boleh cakap dekat kau depan-depan, dia mintak aku yang sampaikan.."

Liana pandang ke depan semula dengan perasaan tak percaya. Dah kenapa Redd nak pindah keluar?Dah hujung-hujung ni?

           "Kenapa di nak pindah keluar?"

            "Itu?Aduh..panjang la kisahnya. Nanti balik bilik aku story dekat kau eh...kang aku cerita dekat sini mahunya ada yang dengar..."

Haih...ada saja la halnya. Liana menggeleng kepala dengan kesal.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now