🎶 CHAPTER 100 🎶
Akhirnya!
Hari yang dinantikan oleh kesepuluh peserta yang terlibat dalam pertandingan Muse Diraja. Selepas berperang dengan latihan dan kelas yang padat, tiba juga hari yang mereka tunggu-tunggukan sejak beberapa minggu yang lalu.
Pada hari itu cuaca sangat cerah dan berangin. Seakan menyambut kedatangan para ibubapa serta penonton luar ke dalam bangunan dewan orchestra dimana majlis bakal di langsungkan. Para media juga hadirkan diri untuk menyiarkan siaran tersebut secara langsung kerana ianya merupakan sambutan tahunan diraja yang amat di nantikan setiap tahun. Selain itu tetamu berpengaruh dalam bidang seni muzik juga telah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.
"Mama!"panggil Liana semasa berlari ke arah pasangan suami isteri yang anggun mengenakan pakaian formal sedondon warna di depan pintu masuk dewan orchestra. Lelaki bercermin mata sebelah wanita tersebut senyum melihat Liana saat gadis itu mendekat.
Liana lompat ke dalam pelukan wanita lampai bersanggul itu dengan pelukan erat.
Dengan kemas Puan Aeris memeluk tubuh Liana bersama senyuman di bibir. "Taniah sayang untuk kelayakan kamu."
Liana ketawa saat mengeratkan pelukannya. "Lia ingat mama tak jadi nak datang.."
"Papa minta mama kamu yang hadirkan diri walaupun dia sangat sibuk..."beritahu Encik Damian.
"Hai papa!"sapa Liana semasa melepaskan pelukan lalu mendapatkan papa dia pula. Tubuh lampai lelaki itu di pelik dalam keadaan kaki berjengket kerana tidak sampai hendak memeluk bahu tu.
"Hai cupcake.."senyum Encik Damian saat mengucup tepi kepala Liana sebelum melepaskan pelukannya.
Puan Aeris yang sememangnya seorang wanita yang tegas dan serius itu berdiri dengan renungan judgingnya menilik sekeliling dewan itu seakan mencari kelibat seseorang. "Mama dengar kekasiha kamu tu, Putera Mahkota Ares ada sekali?"
"Ada, Permaisuri Johenah dengan Raja Aryan dah tunggu sejak tadi.."disebabkan Liana telah dimaklumkan lebih awal oleh Permaisuri Johenah mengenai perjumpaan dua keluarga itu, dia telah hantar pesanan kepada ibubapa dia untuk hadir ke majlis pada hari itu. Liana merangkul kedua-dua belah lengan ibubapanya sebelum iringi mereka jalan menerusi isle deretan kerusi di situ.
Pada masa itulah kepala mula berpaling, mata mula memandang, mulut mula berbisik taktala para tetamu yang ada di situ perasan akan kemunculan pasangan suami isteri yang terkenal dalam dunia persembahan muzik dan seni instrument. Ramai yang tergamam dan bergumam akan sesuatu mengagumi pasangan tersebut.
"Oh my god!Tengok siapa yang datang tu..."
"Aku tak sangka aku akan dapat lihat sendiri idola aku secara depan-depan macam ni.."
"Itu ibubapa Liana ke?"
"Wah...tak hairan la. Kau tengok la sendiri. Bukan setakat visual saja dimiliki oleh mereka, anak mereka sendiri berbakat sama seperti mereka.."
Perbualan mereka hanya di dengar sekilas sahaja oleh ibubapa Liana waktu itu kerana ianya sudah menjadi kebiasaan mereka setiap kali munculkan diri di hadapan public.
Setibanya di barisan seat dimana Putera Mahkota Ares dan ahli keluarga diraja berada, Liana berdiri di situ dengan senyuman di bibir. "Selamat pagi tuanku.."sapa Liana kepada Permaisuri Johenah di situ. "Kenalkan ini adalah ibubapa saya.."ajunya kepada wanita itu saat melepaskan rangkulan dari lengan mereka berdua.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...