📜Secret📜

737 102 3
                                    

🎶 CHAPTER 11🎶

Seluruh kawasan pekan itu sibuk dan padat dengan penduduk. Seluruh kawasan yang asalnya tidak sibuk kini telah penuh dengan hiasan lampu gantung dan pelbagai jualan dari penggerai kecil. Ada juga yang menjaja makanan serta snek pelbagai jenis. Bau haruman Masakan dan wangi menerawang sekitar tempat itu. Menyambut sesiapa yang datang ke situ dengan keramaiannya.

Hiruk pikuk kawasan pasar di situ. Suara orang berborak dan laungan menjual barangan jugak memeriahkan tempat itu. Bersebelahan dengan tempat itu terdapat sebuah parit yang besar bersambung dengan air laut. Merentangi sekeliling kawasan pekan yang betul-betul hampir dengan kawasan perlabuhan. Jadi menggunakan kemudahan air di situ, ada peniaga yang bersampan dan juga pelancong yang berdayung sepanjang parit itu.

Biasanya setiap musim dan perayaan pekan itu sangat sibuk. Bukan sahaja jadi pusat tarikan pelancong, para penduduk juga sangat padat mendirikan rumah di kawasan itu. Menjadikan salah satu tempat yang mengenalkan Genovia.

Raja Genovia sekarang yang telah memajukan seluruhan kawasan itu sejak ditabalkan menjadi pemerintah. Kebijaksanaan dan prihatin Raja Genovia berjaya membantu kehidupan penduduk di pekan itu dari miskin dan terbiar, tiada seorang pun pengemis atau orang susah yang kelihatan di situ. Semua nasib terbela. Malah kejadian jenayah pun rendah sebab tiada orang kesusahan di situ.

Makmur dan selamat.

Itulah moto kerajaan Genovia.

Ramai-ramai orang di petang itu, Ares jalan sambil memegang satu cawan berisi jus di tangan kanannya. Hood berada di atas kepala. Senyuman senang terukir di bibir kerana berasa senang hati. Selepas terperap di dalam bilik study dan menghadap urusan penting negara bersama ayahandanya, dapat juga dia ambil angin. .

              "Mmm...manisnya.."suara di samping buatkan lamunan Ares tersentak. Dia palingkan kepala memandang ke tepi. Melihat wajahnya itu serta merta dia tersenyum lebar. Bersama dengan insan yang diminatinya menambahkan lagi perasaan senang dia waktu itu.

              "Kau suka?Kalau nak lagi kita boleh singgah sekejap lagi."

              "Kalau awak nak bagi saya penyakit diabetes...boleh aje.."

              Sambil mengesat kesan comot di tepi bibir itu, Ares berkata. "Makan la perlahan-lahan. Kejap lagi aku bawa kau naik sampan dekat sana tu.."

              "Sampan?"bulat mata tu memandang Ares. "Iya-iya la ni...kalau kita karam macam mana?Awak tahu ke nak dayung sampan?"

               Terkutik dengan perangai selamba gadis di depannya, Ares ketawa kecil. "Lia..jangan pandang aku sebelah mata okay. selain mendayung sampan aku boleh buat lebih dari tu..."

Liana ketawa.

              "What ever you say."gumamnya semasa menggigit donut bersalut coklat sebesar tapak tangan itu dengan berselera.

Hal itu membuatkan Ares sondong ke tepi lalu tunduk ikut menggigit bahagian depan donut itu dengan serentak bersama Liana.

              "Hei!"marah Liana memukul dada tu dengan kening mencerun. "Kalau nak,beli la sendiri. Apa makan orang lain punya. Suka hati.."

              "Aku yang bayarkan untuk kau kan...mintak sikit pun kedekut.."ujar Ares sambil menjilat kesan coklat dari bibir sendiri. Dia tidak terasa dengan sikap Liana. Malah ianya buatkan dia semakin selesa setiap kali bersama dengan Liana.

Dari awal pertemuannya, Liana perlakukan dia seperti orang biasa, tiada formality, tiada rasa kekok atau terpaksa untuk bercakap dengan dia atau bersikap indifferent seperti mana orang lain lakukan jika bersama dia. Semuanya kerana Ares merahsiakan identiti sebenar dari pengetahuan Liana. Bukan dia saja-saja. Ares cuma terpaksa. Kalau Liana tahu siapa dirinya yang sebenar, pasti Liana akan berkelakuan sama seperti orang lain. Tak dapat la dia jalani hidup seperti orang biasa lagi. Yang mana dia tak nak hal tu berlaku.

             "Awak tengok tu!"sergah Liana dengan teruja memegang kuat lengannya.

             Tersentak dengan hal tu cepat-cepat dia pandang bingung. "Kenapa?"soal Ares.

             "Ada orang buat persembahan jalanan la..mari tengok!"cepat-cepat Liana cengkam jari jemarinya lalu menarik ke satu arah dengan lekas.

             Terkedek-kedek Ares berlari anak di belakang Liana waktu itu. Ini la Liana..pantang kalau sesuatu berkaitan dengan muzik!Minat sungguh! "Jangan cepat sangat...jatuh pulak nanti."pesannya sambil tu.

Bila sampai di tempat yang crowded dengan orang, mereka berdua berdiri di barisan belakang. Langsung tidak nampak akan persembahan di situ kecuali mendengar alunan muzik yang dimainkan.

              Disebabkan Liana rendah dari orang ramai di situ, dia terpaksa menjengket cuba lihat. "Ramainya orang..tak Nampak pulak.."jengah Liana.

               Ares di sebelah Liana boleh nampak sebab dia lebih tinggi dari mereka di situ. Sempat la jugak dia lihat kelibat kugiran di depan kelompok tu. "Kau nak tengok ke?"tolehnya ke sisi. Ternampak la Liana bergelut menjengket kaki dan melompat kecil semata hendak tonton persembahan tu.

               "Nak!Dia orang persembahkan lagu kegemaran sa-argh!"terhenti kata-kata Liana bila dirinya dengan tiba-tiba terangkat tinggi ke Udara. "Oh my god!"tangannya cepat-cepat capai tangan yang memegang erat kakinya.

                Ares mengangkat Liana ke atas bahunya dengan mudah. "Dah boleh nampak belum?"soalnya.

                "Apa awak buat ni?Turunkan saya."minta Liana saat tunduk memandang kepala yang ada dicelah kaki dia. Malunya bukan kepalang!Mesti dia berat kan?

                 Tangan Ares memegang kemas kaki Liana "Tengok dulu..baru aku turunkan." beritahunya memandang ke depan.

Tidak mengatakan apa-apa lagi, Liana kembali memandang ke persembahan di depannya sebelum tersenyum senang. Tangannya waktu itu hinggap pada tangan Guitar Boy yang berada di pehanya.

🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now